Sunday, October 24, 2004

24 DON'Ts...

assalamualaikum,

alhamdulillah, allah masih mezngizinkan aku utk post dekat blog ni lagi... rasanya dah takde idea, tapi tak boleh la nak jadikan alasan... bila pergi blog² org lain, they all have lots of story to share with... but it doesn't mean that i don't have any idea, but maybe i don't 'get' enough time to think, what should i write here...

ramai gak yg dah ada blog, yatie sahlan dah sambung balik blog dia, since dia stop berblog sejak first entry lagi... azim dah start buat blog, heheheh... bagus bagus... najwa pun dah sambung balik, dah pakai blogspot lagi tu (tiru aku la tuh)... dan lain-lain yg hanya boleh disenaraikan kat sebelah kanan tu...

actually, i just finished my 'bank reconciliation' works... dahsyat tu, bawak kerja balik rumah tu... nak buat camne mak ngah, kat office tak sempat nak abiskan, terpaksa la bawak balik rumah... kat umah ni pun, bukannya boleh spend time dekat depan PC ni je, sometimes kena la fikir family jugak... we have to spend some times for them also... memang la dorang tak mintak, tapi takkan la aku nak suruh dorang mintak pulak kan... kadang², bila fikir balik, sikitnya masa aku spend utk dorang... entah la... semoga allah mengampunkan aku...

i read mingguan wanita, and found an interesting article... i like to share it here... ops, jangan ingat mingguan wanita hanya boleh dibaca oleh wanita tau, heheheh... enjoy it!

(edited by me ;-> )

-------
dekat dunia ini, kita dikelilingi oleh banyak perkara yg best, tapi sesungguhnya, itulah juga perkara yg boleh mendatangkan mudharat pada kita...

just take a look at 24 don'ts here, which shouldn't be done by us... semoga kita dapat memuhasabah diri kita, insya allah...

1. jgn sengaja melewatkan solat. perbuatan ini tidak disukaiNya...
2. jgn masuk toilet tanpa sebarang alas kaki (selipar). dikhuatiri terbawa keluar najis dan kotorkan rumah kita...
3. jgn makan & minum dlm bekas yg pecah atau sumbing. makruh sebab merbahayakan...
4. jgn biarkan pinggan mangkuk yg telah digunakan tak berbasuh. makruh sbb mewarisi kepapaan...
5. jgn tidur lepas solat subuh, nanti rezeki mahal (sebab berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)...
6. jgn mkn tanpa baca BISMILLAH dan doa makan, nanti makanan yg dimakan adalah dari muntah syaitan...
7. jgn keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. takut² mati dalam perjalanan...
8. jgn pakai kasut / selipar yg lain pasangan. makruh dan mewarisi kepapaan...
9. jgn biarkan mata meliar masa berjalan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa...
10. jgn bergaul bebas di tempat kerja. banyak buruk dari baiknya...
11. jgn menangguhkan taubat bila berbuat dosa, sebab mati itu boleh datang anytime...
12. jgn ego utk minta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah...
13. jgn mengumpat sesama rakan, nanti rosak silaturrahim...
14. jgn lupa bergantung harap hanya pada Allah dalam setiap perkara. nanti kita sombong bila berjaya dan kecewa bila gagal...
15. jgn bakhil utk bersedekah. sedekah tu memanjangkan umur dan rezeki kita...
16. jgn banyak ketawa, nanti mati jiwa...
17. jgn biasakan berbohong, sebab ia adalah sifat munafiq dan menghilangkan kasih sayang org pada kita...
18. jgn suka aniaya manusia atau haiwan sebab doa makhluk teraniaya cepat dimakbulkan Allah...
19. jgn terlalu susah hati dgn urusan dunia. akhirat itu lebih utama & kekal selamanya. carilah kehidupan dunia utk akhirat...
20. jgn duduk dalam bilik air terlalu lama, sebab situ tempat tinggal jin kafir dan syaitan...
21. jgn merokok dan memasang kemenyan kerana asap adalah makanan jin...
22. jgn lupa baca BISMILLAH dan salam ketika masuk rumah kerana dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama...
23. jgn memakai tangkal kerana Allah tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal. ini akan dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal tu, bukan pada Dia...
24. jgn mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan', sebab semuanya utk kebaikan, dan sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui...

yang baik itu dariNya, dan yg buruk itu dari hambaNya...
------

wallahu a'lam...

p/s: tadi solat tarawih dekat surau jalan F, ustaz dr badrul amin jadi imam... syahdu je dengar dia baca... teringat dekat kaset zikir munajat dia...

No comments: