Monday, March 31, 2008

MMU oh MMU...


assalamualaikum wrb,

mmu tak boleh nak di'list' dlm world ranking of universities... patutla mmu tak boleh nak register, rupa²nya no 3 dlm malaysia...

boleh refer dkt sini

wsalam...

Tuesday, March 25, 2008

CATATAN vs CACATAN...


(ditulis pada 25 march)

assalamualaikum wrb,

lawak lawak... bila semua negeri dah ada MB/ketua menteri, ada la plak satu negeri yg takde MB lagi... bila sultan dah lantik org lain, 'mamat tu' (baca:PM) nak org lain, kononnya dah bg watikah la itu la ini la... ini negara ada sultan la sedara, bukan takde sultan... pastu ckp calon MB yg dilantik ni bertentangan dgn perlembagaan... lembaga apa ni? lembaga 'mereka' (baca:umno) ke perlembagaan negara?

bila salah satu parti dlm kerajaan campuran dkt perak plan nak boikot angkat sumpah MB baru, kecoh team 'mamat tu' ckp parti tu derhaka la itu la ini la... yg pastinya 'mamat ni' (baca:DAP) dah minta maaf secara terbuka... so bila team 'mamat tu' boikot istiadat dkt negeri yg masih takde MB ni, tak derhaka ke? apa la... ckp mcm 'org kulit keruh!

ya allah ya tuhanku, Kau tunjukkanlah kebenaran dan bukakanlah hati mereka² utk menerima agamaMu yg sebenar...

(ditulis pada 20 march, tp tak boleh send)

assalamualaikum wrb,

alhamdulillah, allah masih meminjamkan udaraNya kpd aku utk terus bernafas di bumiNya... hari ni cuti umum sempena maulidurrasul, sempena kelahiran junjungan besar Rasulullah s.a.w. (12 rabi'ul awwal)... since esok tinggal sehari je kerja for this week, aku pun ambik jugak la cuti hehehe...

minggu ni banyak benda yg berlaku yg best... alhamdulillah, rezeki allah... politik tanah air, PM announce kabinet dia, yg dikatakan kabinet 'menyelamatkan diri'... banyak yg disingkirkan i.e. rafidah aziz, radzi sheikh ahmad, JJ, etc... ada yg dah dilantik, tp taknak plak i.e. anifah aman n tengku azlan... ada yg kalah pastu letak jawatan i.e. khir toyo... dll cerita2 politik malaysia skrg ni...

anwar ibrahim dah ada kabinet bayangan utk 'government in-waiting' dia... makin hari makin panas politik malaysia ni... harapnya kita sebagai rakyat tak tertindas n terzalim oleh perkara2 yg berlaku sekarang ni...

mrs dwen dah 25 weeks pregnant... rasa mcm kejap je, nanti pejam celik dah ada baby... hehehehe... tahun ni beraya bertiga la plak aku :-)... alhamdulillah...

ok la, chiow dulu... wsalam...

Monday, March 10, 2008

WIND OF CHANGES


assalamualaikum wrb,

alhamdulillah... PR12 dah habis, banyak kejutan yg berlaku... inilah yg dikatakan angin perubahan dalam senario politik malaysia... walau tekanan dan bias yg dikenakan dari semua pihak, pembangkang berjaya 'menang besar' apabila drp 222 kerusi parlimen yg dipertandingkan, 82 kerusi dimenangi oleh pembangkang (tidak termasuk 3 kerusi yg belum menbuang undi)... in other words, rakyat telah berjaya menafikan majoriti 2/3 kerusi parlimen utk membentuk kerajaan, tetapi BN hanya sekadar membentuk kerajaan dgn majoriti mudah...

yg pastinya, kelantan terus kekal di bawah PAS (TAKBIR!) pimpinan tuan guru datuk hj nik aziz... ada 4 negeri lg telah jatuh dari BN : kedah, pulau pinang, perak dan selangor... ustaz azizan (PAS) dah pun mengangkat sumpah menjadi menteri besar semalam... perak dijangka dipimpin oleh wakil PAS, IR mohamad nizar jamaluddin setelah barisan 'kerajaan negeri baru' perak (PAS, PKR dan DAP) dah setuju utk melantik wakil rakyat DUN pasir panjang itu sebagai menteri besar perak yg baru... (related info: tajul rosli menangis di kediaman rasmi menteri besar perak yg dah tak jadi rumah dia lagi hahahaha)

(footnote: DAP telah memenangi 18 kerusi DUN, PKR 7 dan PAS 6... ikut bilangan, DAP sepatutnya boleh melantik wakilnya sebagai menteri besar, tetapi dalam perlembagaan malaysia, negeri yg mempunyai sultan haruslah melantik menteri besar di kalangan org melayu islam)

DAP pulau pinang melantik lim guan eng sbg ketua menteri pulau pinang yg baru... di selangor (aku mengundi dkt sini ok!) barisan pembangkang telah membentuk kerajaan campuran dan bersetuju melantik tan sri abdul khalid ibrahim (ex-CEO PNB 1979-1994, ex CEO Guthrie 1995-2003) - profile penuh click here...

semoga perubahan yg akan berlaku sejajar dgn perubahan yg kita semua dah tentukan!

senarai penuh keputusan PR12

Parlimen

BN : 137
BA : 82 - (PAS-23),(KeADILan-31), (DAP-28)
Jumlah kerusi : 222
(majoriti 2/3 = 148 kerusi. ini bermakna BN tidak berjaya membentuk kerajaan majoriti 2/3, hanya sekadar 'simple majority' je...)

*Sabah dan Sarawak masih terdapat 3 kerusi yang masih belum membuang undi.

Dewan Undangan Negeri (Dun)

*Dun Perlis : BN (14), PAS (1) jumlah kerusi = 15
*Kedah : BN (14), PAS (16), KeADILan (4), DAP (1), Bebas (1) = 36
*Kelantan : BN (6), PAS (38), KeADILan (1); = 45
*Terangganu : BN (24), PAS (8); = 32
*Pulau PInang : BN (11), PAS (1), DAP (19), KeADILan (9), = 40
*Perak : BN (28), PAS (6), DAP (18), KeADILan (7), = 59
*Pahang : BN (37), PAS (2), DAP (2),Bebas (1), = 42
*Negeri Sembilan : BN (21), PAS (1), DAP (10),KeADILan (4); = 36
*Melaka : BN (23), PAS (0), DAP (5), = 28
*Johor : BN (50), PAS (2), DAP (4); = 56

Saturday, March 08, 2008

MARILAH MARI, PERGI MENGUNDI...


assalamualaikum wrb,

heheh dah lama tak update blog nih... biasa la, masuk tahun baru, start la audit... audit tu bukan main brp hari, tp bulan pun ada... alhamdulillah dah settle dah akhirnya... final draft dah dihantar ke auditor... next week board meeting... TM pun dah annonce bonus, averagenya lg tinggi dari subsidiary dia... so hopefully ada la berita2 baik sbb financial performance tempat keje aku ni pun baik la jugak compare to sejak 2003 camtu...

hari ni semua rakyat malaysia tunaikan tanggungjawab sbg pengundi... aku dah mengundi dah... pastu singgah pondok panas... rata2 inginkan perubahan... 'kita nak check and balance' kata seorang pengundi tu... semua dah tak larat nak 'ditipu' oleh mereka2 yg dah lama tipu kita nih...

last 3 months ni tak banyak sangat aktiviti aku... asyik audit, audit, audit... kali ni lebih teratur compare to previous years... antara yg jadi isu ialah grants... yg lain ok... tahun ni aku ada plan baru utk cater masalah grants ni... hopefully dpt bantuan dr semua pihak...

mrs dwen dah almost 6 months pregnant... kejap je, rasa mcm baru nikah je semalam... morning sickness pun dah kurang, cuma tak nampak besar sangat... maybe sbb first time kot... ada org ckp kalau first time tu normally tak nampak sangat... baby aku tu pun dah belajar martial arts dalam perut tu... asyik tendang2 je perut ibu dia... sometimes dia main kira2 jugak dlm perut tu, main tekan2 calculator... hehehe tak sangka kan? dah nak jadi ayah dah aku nih... rasa mcm baru je semalam masuk sek rendah... rasa mcm baru je semalam kena ragging kat sekolah... rasa mcm baru je semalam belajar kat melaka... :-)

cuti raya cina hari tu, kitorang pergi cameron highland... that was my 3rd time trip to cameron, dan mrs dwen baru first time pergi cameron highland... kebetulan masa tu PIL* pun pergi teluk intan, rumah pakcik kpd mrs dwen... kitorang di teluk intan dlm 2 malam camtu, lepas tu naik cameron highland... jalan punya la jammed... dari teluk intan dalam pukul 3.30 ptg, sampai hotel lebih kurang pukul 7... huhuhu...

since hari isnin hari tu aku takde kat ofis... hari isnin dgn selasa ada dkt cyberjaya, hari rabu pergi KL, hari khamis pergi cyberjaya balik... hari jumaat je ada dkt ofis... penat tu usah ckp la... nasib baik ku rive sehari je, pergi KL... yg lain semua tumpang org / pergi dgn kereta company...

tu je la kot... so musim2 mengundi ni, fikir2 lah apa yg kita nak... banyak info boleh kita dapat sekarang ni... aku nak tengok berita kat tv pun naik jelik, asyik kempen kempen kempen... kalau fair ok la jugak, ini asik nak 'timbang' jek... kita nak leader yg adil, yg bersih, yg takde scandal, yg tak makan duit, yg memang ikhlas n amanah nak mewakili rakyat... tu je...

ok lah, nanti sambung lagi... nak keluar pergi lunch, abg ipaq nak belanja hehehe...

selamat mengundi!!! 'takde bulan, malam gelap!'

Thursday, January 03, 2008

MY ALMA MATER...


hmm... if i could only turn back time...

(iklaneka - klik sini)

MTD tinggalkan 1001 nostalgia

APABILA sebut sahaja Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC, ramai orang terutamanya pelajar-pelajar yang menuntut di tingkatan satu hingga lima di negara ini pasti terbayangkan suasana persekolahan bersifat ketenteraan dengan disiplin yang ketat.

Tanggapan sebegitu ada kebenarannya kerana dalam melahirkan pemimpin berkualiti sama ada dalam tentera mahupun perkhidmatan awam dan swasta, disiplin adalah perkara asas di MTD atau lebih dikenali dengan nama Inggerisnya, Royal Military College (RMC).

Antara tokoh-tokoh ternama tanah air yang pernah menuntut di maktab ini ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; bekas menteri, Tun Dr. Ling Liong Sik; Pengerusi Eksekutif Westport (M) Berhad, Tan Sri G. Gnanalingam; Pengerusi Malaysian Airlines System (MAS) Berhad, Datuk Munir Majid dan bekas pemain hoki kebangsaan, Minarwan Nawawi.

Ketika penulis ke maktab yang terletak di dalam Kem Tentera Sungai Besi, Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menyaksikan Perbarisan Tahunan dan Penyampaian Hadiah 2007 pelajar-pelajar di sana, semangat setiakawan pelajar-pelajar dalam mood ketenteraan jelas terasa.

Selepas tamat kedua-dua upacara tersebut, para pelajar tingkatan lima yang baru selesai menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bakal meninggalkan MTD kelihatan sugul untuk berpisah dengan rakan-rakan mereka di maktab berkenaan.

Apatah lagi, perbarisan tahunan tersebut merupakan perbarisan terakhir mereka (pelajar tingkatan lima) selepas empat kali melaluinya bersama sejak mula memasuki MTD pada 2004 iaitu di tingkatan dua.

Di sebalik memori MTD yang bakal menemani mereka sepanjang hayat, beberapa pelajar cemerlang di sana yang menerima anugerah sempat berkongsi pengalaman mereka.

Pegawai Rendah Kanan (PRK) Mohd. Farhan Kamarulbahrin, 17, berpendapat, latihan dan disiplin ketat di MTD mengajarnya berdikari dan memandang dunia dalam perspektif berbeza.

Untuk tahun 2007, Mohd. Farhan muncul sebagai pelajar cemerlang apabila menerima Hadiah Komandan, iaitu hadiah tertinggi untuk pelajar maktab berkenaan.

“Di sekolah ketenteraan sebegini, kami bangun seawal pukul 5.30 pagi dan sebelum ke kelas kami akan berbaris di tepi katil masing-masing untuk standby bed atau perbarisan pemeriksaan bilik.

“Kemudian kami akan ke kelas dengan pakaian tentera sehingga pukul 1.50 tengah hari dan berehat sebelum memulakan aktiviti sukan selepas waktu Asar,” katanya ketika ditemui.

Selain itu katanya, perhimpunan di MTD yang diadakan setiap hari sebelum waktu kelas kecuali pada hujung minggu berupaya mengajar mereka mendekatkan diri dengan dunia ketenteraan yang penuh disiplin.

Dikenang

Dalam pada itu padanya, memori pahit yang akan terus dikenangnya sepanjang menuntut di MTD adalah dibuli seperti disuruh tekan tubi dan lain-lain aktiviti fizikal lain pada waktu-waktu yang boleh dikira tidak munasabah (lewat malam, awal pagi, subuh, tengah hari) oleh pelajar senior.

Ini kerana menurutnya, perkara itu telah membuatkan dia lebih cekal, bersedia dan tidak takut untuk berhadapan dengan apa-apa situasi buruk selepas ini.

“Ternyata perkara itu mengundang nilai-nilai positif seperti lebih berkeyakinan dan menguatkan tali persahabatan antara kami semua di MTD asalkan ia tidak terlalu keterlaluan,” jelasnya.

Sebagai penerima anugerah tertinggi tahun 2007, Mohd. Farhan telah memperoleh keputusan 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2005 serta pernah mewakili maktabnya sebagai ketua pasukan pertandingan polo air peringkat Kuala Lumpur.

Selain itu dia juga pernah menerima Merit Award semasa menyertai kursus bina semangat di Outward Bound Malaysia di Lumut, Perak serta mewakili MTD dalam acara beberapa siri triathlon di peringkat antarabangsa.

Bagi Penerima Hadiah Pengarah Pengajian, Pegawai Rendah Muda (PRM) Thong Vie Chong pula, MTD merupakan sebuah maktab yang menarik untuk ‘didiami’ oleh ‘budak lelaki’ (interesting place for a boy to live in).

Katanya, ini kerana kolej tersebut menekankan asas-asas penting dalam membentuk seorang lelaki dan berketerampilan melalui konsep-konsep seperti kepimpinan dan kesukanan.

Seperti sekolah berasrama (SBP) penuh lain katanya, penuntut-penuntut di sekolah militer ini juga tidak dapat lari daripada dibuli oleh pelajar senior.

“Tetapi itu semua tidak penting kerana ia sebenarnya mengukuhkan perhubungan antara pelajar baru dan lama selain menguatkan kami dari segi fizikal dan psikologi,” ujarnya.

Sebagai penerima anugerah tertinggi bidang akademik, Vie Chong memperoleh 7A dalam PMR 2007 dan 12A1 dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Dia yang juga merupakan wakil MTD ke Kuiz Sejarah Perdana dan Kuiz Sains Nasional Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2006, turut memperoleh kredit dalam kuiz English International Assessment, University of New South Wales, Australia pada tahun yang sama.

Pelajar dari Pahang serta aktif berenang ini bercita-cita untuk menjadi pakar neurologi dalam pasukan tentera satu hari nanti.

“Pada saya, bidang neurologi adalah yang paling sukar dalam disiplin perubatan tetapi itulah yang menjadi tarikan kerana saya sukakan cabaran,” jelasnya.

Sementara itu, penerima Hadiah Jemaah Tadbir, Putera Kanan (PK) Mohd. Fadly Hariz Mohamad Hafiz pula sanggup keluar dari sebuah sekolah berasrama penuh untuk memasuki MTD semasa di tingkatan dua kerana mahu merasai sendiri cabaran sekolah militer.

Ternyata dengan disiplin yang dipupuk dalam MTD, dia yang aktif dalam pelbagai jenis sukan berjaya memperkembangkan minatnya itu di samping turut memberi perhatian kepada pelajaran.

Katanya, maktab ini dapat mendisiplinkan pelajar dengan baik selain turut mengajar mereka daripada segi berpakaian.

“Saya kini tidak malu-malu untuk menghadiri apa-apa jenis majlis keramaian terutamanya yang rasmi kerana selama empat tahun di MTD, kami telah didedahkan dengan pelbagai protokol,” katanya yakin.

Kenangan manis

Menurutnya pengalaman paling manis selama di MTD ialah semasa hari perbarisan tahunan akhir mereka pada Disember tahun lalu apabila menerima anugerah tertinggi dalam sukan yang disampaikan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

“Bayangkan perasaan saya sebagai pelajar tingkatan lima pada waktu itu ketika menerima anugerah daripada individu tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia,” ujarnya bangga.

Mohd. Fadly yang aktif dalam bola baling dan ragbi pernah mewakili MTD sebagai ketua pasukan kejohanan ragbi Cobra-HSBC 10 Sebelah, Kejohanan Ragbi Sekolah-Sekolah Premier Kebangsaan.

Pelajar dari Negeri Sembilan ini juga pernah terpilih mewakili MTD menyertai Ekspedisi Kinabalu dan Ekspedisi Berkayak dan Berbasikal.

Katanya, perkara yang paling menyedihkan sepanjang di MTD adalah sewaktu upacara keluar perbarisan baru-baru ini di mana kesemua pelajar tingkatan lima pada masa itu berkawad keluar sambil menyanyikan lagu Bertemu dan Berpisah.

“Pada masa itu semua memori pahit manis sepanjang pengajian di maktab muncul di ‘hadapan mata’ satu persatu,” ceritanya dalam nada sayu.

Menjawab kepada soalan yang standard diajukan penulis, ketiga-tiga pelajar cemerlang ini mengakui mahu memutar balik waktu untuk berada di MTD bagi melalui semula segala pengalaman di sana.

Dengan kualiti yang ada pada bekas-bekas putera ini, MTD diharap agar dapat melahirkan lebih ramai pemimpin utama tanah air dalam pelbagai bidang.

Komandan MTD (seperti peranan guru besar sekolah), Kepten Syed Zahirudin Putra Syed Othman dalam ucapannya baru-baru ini menyatakan keyakinan bahawa pada masa akan datang, tidak mustahil akan ada daripada kalangan bekas putera MTD bakal menjadi Perdana Menteri.

Perkara ini disokong pula dengan pengumuman oleh Jeneral Tan Sri Abdul Aziz bahawa MTD bakal menawarkan kursus diploma dalam International Baccalaureate (IB) mulai 2009 sebagai persiapan awal putera-putera MTD diterima masuk ke universiti dalam dan luar negara.

Ini bermakna, MTD akan menjadi antara tiga sekolah milik kerajaan di negara ini yang terawal menawarkan IB, selain Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban dan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Dengan itu, MTD akan lebih berupaya menyediakan modal insan yang lebih berketerampilan untuk negara.

Friday, December 28, 2007

new president?


assalamualaikum wrb,

aku dpt email dari bos aku tadi...

"Please be informed that the new President wishes to meet us on Wed. 2nd January 2008 at his Cyber office. The meeting is tentatively at 2pm. Those coming from Melaka please make sure you arrive early."

apa? new president? hehehe... for those yg tak tahu cerita, yes, mmu president dah bertukar... aku dah lama tau cerita ni tp tak berani nak letak dkt blog ni lagi, kot kot la tak jd tukar ke kan?

siapa? aku pun tak sure, tp mengikut sumber, new president ni nama dia prof dr zaharin yusoff, ex-dean school of computer sciences 1995-2004 USM, lepas tu sebelum mmu dia tu dean college of graduate studies UNITEN...

hopefully dia dapat membawa mmu ke mata dunia... che wah!!!

wsalam

Friday, December 21, 2007

UPDATES!!!



assalamualaikum wrb,

allahu akbar, allahu akbar, allahu akbar... la ilaha illallahu wallahu akbar... allahu akbar, wallillahilhamd...

alhamdulillah, syukur ke hadrat allah kerana meneruskan pinjaman udaraNya kepada kita utk bernafas di bumiNya... alhamdulillah kerana kita diberi peluang yg ke sekian kalinya utk menyambut antara hari kebesaran Islam, iaitu Hari Raya Aidil adha... semoga pengorbanan kita (apa saja) diterima allah sebagai pengorbanan yg diredhaiNya, insya Allah...

dah hampir sebulan aku tak update dgn cerita² kami sekeluarga... banyak yg ditempuhi since end of november 2007... nanti aku cerita satu satu...

25 nov 2007, majlis resepsi aku dan siti zuraini di bandar tenggara, johor... majlis diadakan di rumah keluarga perempuan, dengan tema 'gold-brown'... utk makluman, aku dan wife (siti zuraini) sudah diijabkabulkan pada 1 sept 2007, memandangkan kami sudah berpindah ke melaka dan utk atas alasan keselamatan, kedua-dua belah keluarga decide utk percepatkan pernikahan...

majlis diadakan dgn meriahnya, memandangkan wife aku adalah anak pertama yg kahwin dalam keluarganya dan cucu sebelah mak yg pertama yg kahwin (faham tak ni?)... nak kata melampau-lampau meriah tu takde la, ala kadar jugak la... tp meriah jugak la (huhuhu ape la aku cakap nih)...

pengantin lelaki (aku la tu) tiba pada lebih kurang pukul 2.30ptg... diiringi oleh kompang, dan disambut oleh pencak silat dan budak² jaga tol... utk pengetahuan korang, kahwin kat johor ni ada tol, so kpd yg berhajat nak kahwin dgn perempuan johor, sedia²kanlah tol ye? sekarang ni bukan zaman 20 sen bleh bukak tol... kurang²kurang seringgit dalam sampul utk setiap sorang... bleh la nak try bg 50 sen, tp sampai korang tensen la baru dia bukak hehehehe... tu baru tol budak², mak-mak budak, kakak² budak pun sama... dia tahannya sampai ke tangga pelamin... lepas tu kat situ ada plak tol dari mak andam, atau lebih dikenali dgn nama 'duit bukak kipas'... duit bukak kipas ni bukan bleh sebarang je bg, ada fixed amount dah... dulu (ntah bila ntah dulu dia) harganya RM30, lepas tu (ntah bila la lepas tu) RM50 sekarang punya rate RM80... so kpd bakal² lelaki yg nak kahwin dgn perempuan johor, pandai² la korang ye?

sebelah family aku ada la lebih kurang 1 van + 3 kereta yg datang... kengkawan aku ada la jugak 2 3 org yg tinggal/kerja dkt area selatan johor ni, yg datang kat sini... overall, majlis kitorang telah berlangsung dgn jayanya, tanpa sebarang masalah i.e. hujan, yg turun betul² lepas meja dan kerusi dkt bawah khemah dikemas...

1 dec 2007, majlis resepsi dkt KL, rumah aku... dkt KL pun diadakan dgn meriahnya, walaupun family tak cukup korum... kakak aku still dkt london, tak dapat balik sbb tiket nak balik malaysia mahal i.e. £900 one-way... takpe la kak, duan dah upload gambar dkt fotopages, korang tgk la ye... hehehe...



ketibaan pengantin lebih kurang pukul 2.15 ptg, lambat 45 minit seperti yg dirancangkan... family wife aku dari johor tiba agak lambat + sesat² semua (sbb first time datang rumah aku)... tp menurut abah aku, pukul 1 tu memang tetamu ramai sangat, tak menang tangan... kawan² family aku, kawan² aku dari sek rendah i.e. SRKTM (thanks to azib, zairi, yenti, baiti n family, danial etc - sekadar menyebut beberapa org), sek men i.e. RMC/MTD (thanks to aneng, pape, malek, icci, ongeh, shah, kamaq, bon etc - sekadar menyebut bbrp org), mmu (cord n family, sheeril n family, bank, takok, fahmi n family, aisyah n friends, arip, seng keat etc - sekadar menyebut bbrp org), office (boss - en zaidy, en samsul n family, zailani, albert, zarina, ilzam etc - sekadar menyebut bbrp org), family abg ipar aku dari ipoh, dll yg dtg ke majlis aku... huhuhu... tak menang tangan family aku dibuatnya...

cuaca pun memang cerah, alhamdulillah... tiada masalah yg berlaku, semuanya under control... majlis habis lebih kurang pukul 4.30ptg... ada jugak member² aku yg terlambat datang, so aku bg VIP services petang tu, dilayan oleh pengantin sendiri hehehe... wife aku dah penat sangat, so tak dapat nak join aku dgn member² aku tu...

majlis dah settle, apa lagi? honeymoon la hehehehe... walaupun usia perkahwinan kitorang dah 3 bulan, kitorang baru sempat utk honeymoon after majlis tu... ke mana? takdela gi UK, tp naik la jugak flight... kitorang berkesempatan ke sarawak, satu²nya negeri dalam malaysia yg aku tak sampai lagi... takde la lama sangat, 3 hari 2 malam je, sbb wife aku ada convention plak hari jumaat sampai ahad tu...


kat sarawak, kitorang pergi tour bandar kuching, hari keduanya berjalan ke rumah budaya sarawak - recommended... ada la 'sapu' beberapa buah pasu, tikar, dgn KEK LAPIS!!! kalau nak compare harga semenanjung dgn sarawak, mmg korang kena tipu je harga dia... bayangkanlah, kek lapis yg bersaiz lebih kurang 10cm x 25cm (diulang, lebih kurang) dkt semenanjung telah dipotong 4 (aku tengok dkt the curve, ada pameran kebajikan selangor), dijual dgn harga RM10-RM15 sepotong (10cm x 6cm lebih kurang), harga dia sebenarnya RM10 utk 10cm x 25cm! memang untunglah org yg jual kek lapis sarawak kat semenanjung ni kan? so lepas ni siapa nak pergi sarawak, aku nak kirim kek lapis hehehe...

seminggu lepas tu, wedding member RMC, shahrul nizam a.k.a. lembu dkt gombak... ramai gak member² aku yg datang... congrats!

tu je kot utk kali ni... nak pegi makan free sempena hari raya korban dkt MMU melaka ni... nanti aku update lagi (nanti tu bila2 la hehehe)...

wassalam...

Monday, December 17, 2007

UPLOAD!!!


upload!!!



utk yg lain², sila lawati fotopages aku...

Thursday, November 22, 2007

ALFATIHAH...



assalamualaikum wrb,

lewat malam semalam, aku dapat SMS dari kawan aku, mengatakan yang suami kesayangan 'bonda' - makcik minimart dkt hostel mmu melaka - telah kembali ke rahmatullah... aku ke sana lebih kurang pukul 10 malam, berborak dgn adik ipar arwah, katanya arwah meninggal lebih kurang pukul 5 petang, lepas sudah lebih kurang 4 minggu di hospital... arwah telah dikebumikan lebih kurang pukul 10 pg tadi...

"innalillahi wa inna ilaihi raji`un..."

al-fatihah...

Wednesday, November 21, 2007

TODAY'S ENTRY...



assalamualaikum wrb,

hari ni aku rasa cam tak sedap je badan ni... bukan demam, tp macam ada something wrong je... aku pegi cyberjaya, ada meeting sebelah petang... lepas tu baru balik melaka balik jumpa isteri tercinta...

hari jumaat ni start cuti... yaahoo!!! tahun ni, 2 kali aku cuti panjang i.e. lebih seminggu... bulan 3 hari tu pergi london for second time, kali ni cuti nak pegi jalan² cari makan jugak hehehe...

ok lah, nanti sambung...

wsalam

Tuesday, November 20, 2007

UPDATES!!!



assalamualaikum wrb,

alhamdulillah, allah memberi peluang pada kami utk terus menghirup udaraNya... dah hampir sebulan tak hapdet, lepas paste pasal arsenal belasah slavia prague kat bawah tu... sampai wife aku pun bising, pasal tak hapdet blog hehehehe... sabarla yang, abg busy sket la hehehe...

ok... kisah bermula dgn hari raya... tahun ni memang tahun yg amat bermakna utk aku, i mean kami... 1st time beraya as suami isteri, keluarga sendiri... keluarga mr & mrs dwen... apa rasanya? yg dah kahwin je tahu... yg tak kahwin lagi, kahwin dulu, baru tau... betul tak org2 yg dah kahwin? hehehe... sekarang ni, apa2 je nak buat mesti fikir family dulu... masa sorang2 dulu, pikir jugak family, tapi more tu fikir sorang la hehehe... hari raya pertama, beraya dkt KL (kuasa veto sey...), petang tu kebetulan mak dgn abah aku nak balik batu pahat, kitorang pun ambik la kesempatan balik bandar tenggara... singgah batu pahat, lepak kejap sejam dua... kitorang balik bandar tenggara lebih kurang pukul 7, sampai sana lebih kurang pukul 8 lebih camtu... alhamdulillah jalan dari batu pahat takde la jammed sangat, tp jalan dari KL mmg la teramat jammed...

kami di bandar tenggara selama 2 malam, sebab mak dgn abah nak datang rumah dkt melaka... malam tu jugak dorang balik KL... esoknya ipar2 aku lepak rumah pulak... kita rumah kitorang ni mcm persinggahan antara johor dgn KL la... boleh makan2 ikan bakar kat melaka dulu before balik KL hehehehe...

itu cerita lebih kurang pasal hari raya... tp yg pastinya, memang lebih bermakna hari raya aku tahu ni... baju sedondon, nak pegi beraya rumah member dah takyah carik gang lagi... kalau dulu 'eh mat, ko free tak? kita pergi beraya rumah abu jom?'... sekarang ni 'syg, hari ni kita gi open house rumah kwn abg k?'... kan beza tu... hehehe...

lepas raya ni, wife aku dah lain mcm je... fizikal pun dah berubah (org dah kahwin tau la macammana perubahan dia)... dlm hati aku, aku terdetik 'dah ada kot ni'... lepas sehari, dua hari dia tak period... pregnancy test dah beli, tp saja taknak test lagi... sampai satu hari tu, wife aku pergi klinik dgn officemate dia, sebab tak sedap badan... pagi tu, aku dapat SMS 'abg dah nak jadi ayah =) ani pregnant 5 minggu'... masa tu aku tak tahu nak ckp camne... happy sangat... aku terus call dia, tanya selanjutnya... balik rumah, kitorang test lagi dgn pregnancy test... confirm, wife aku pregnant... alhamdulillah, syukur pada Allah atas rezeki yg Kau kurniakan...

skrg ni, memang rutin utk perempuan yg pregnant, akan mengalami morning sickness... teruk atau tak bergantung pada perempuan tu... org melayu aku tak tau mcm mana pengaruh ibu dia pada anak dia... mcm org cina, aku borak2 dgn member aku, dia ckp normally perempuan akan follow mak dia... let say mak dia morning sickness yg teruk dulu masa mengandungkan anak dia, so anak dia akan turut alami morning sickness yg teruk bila dia pregnant... lagi satu, nama je morning sickness, tp tak semestinya morning... kalau tengahari ke, petang ke, malam ke, tetap jugak dipanggil morning sickness, bukan afternoon sickness ke, evening sickness ke etc... ingat tu wahai kaum2 adam yg belum berkahwin...

apa lagi? aku nak cuti panjang start hari jumaat ni... buat apa? hehehe... ada la, mane leh kasi tau org... kejap lagi aku bagi tau...

ok, jom start buat kerja... nanti bila² aku sambung lagi... doakan kesihatan kami sekeluarga dan baby (ala comelnya... hehehehe...) yang mrs dwen kandungi...

wsalam

Wednesday, October 24, 2007

UEFA CHAMPIONS LEAGUE : ARSENAL 7-0 SLAVIA PRAGUE


huhuhuhu...

Champions League Group Stage
Arsenal Stadium
Tuesday, October 23, 2007, 7.45pm (+0 GMT)
Arsenal FC 7-0 SK Slavia Praha
Source: Uefa.Com

Arsenal FC equalled the record UEFA Champions League victory on Tuesday, brushing aside SK Slavia Praha 7-0 with a masterful display of slick, passing football.

Obvious superiority
The emphatic win – which matched Juventus's mark against Olympiacos CFP in December 2003 – was the English club's 12th consecutive success in all competitions, taking them to the brink of the first knockout round with nine points from three Group H games. From the moment Cesc Fabregas broke the deadlock in the fifth minute, the result never seemed in doubt. A David Hubáček own goal and further strikes from Theo Walcott (2), Aleksandr Hleb, Fabregas and Nicklas Bendtner, on his group stage debut, rewarded Arsenal's obvious superiority.

Early strike
Slavia coach Karel Jarolím had suggested the group stage newcomers and Czech league leaders might need a "small miracle", and the task became even more daunting once Fabregas opened the scoring. Hleb retrieved possession on the left, laid the ball inside to Fabregas, and after his marker Mickaël Tavares had lost his footing, the Spanish international curled a sumptuous effort inside the far post.

Slavia chances
It was the first time the home side had looked dangerous following a low-key opening that saw the visitors' five-man midfield closing down to good effect. With top scorer Stanislav Vlček largely an isolated figure early on, midfielders Milan Ivana and David Kalivoda took turns to break forward and Slavia appeared dangerous at times in the first half.

Potency
But if Arsène Wenger's men were struggling to create chances without their injured talisman Robin van Persie, their potency in front of goal was highly impressive. Indeed, when Fabregas's 24th-minute corner was only half-cleared, Hleb rifled in a shot which Hubáček inadvertently turned beyond the wrong-footed Martin Vaniak.

Walcott first
Slavia's confidence waned and Emmanuel Adebayor was close to adding a third before the half-hour, the striker heading down Walcott's cross only for Vaniak to save brilliantly with his feet. The Slavia goalkeeper was culpable four minutes before the break, however, miscuing a clearance to Walcott, then seeing the teenager create an angle and slot in his first UEFA Champions League goal.

Devastating spell
Tomáš Jablonský was introduced for Kalivoda at half-time as Slavia altered their formation, with Ivana joining Vlček in attack. The change did not bother Arsenal who blew their opponents away with three goals in a devastating spell. On 51 minutes, Emmanuel Eboué and Fabregas combined to release Hleb who cut inside Marek Suchý and beat Vaniak at his near post.

Rampant
The Belarussian turned provider four minutes later, exchanging passes with Fabregas before playing Walcott in with a slide-rule ball, and the youngster poked a shot inside the far post. Arsenal were rampant and Fabregas, a central figure throughout, rounded off another thrilling move by collecting Walcott's lay-off and calmly finishing. Slavia sought a late consolation and Manuel Almunia had to produce sharp saves from Matej Krajčík and Vlček. Nonetheless, Arsenal had the last say as Tomáš Rosický thundered a shot against the post before another substitute, Bendtner, latched on to Eboué's back-heel and equalled both Juve's mark and Arsenal's record European win.

Thursday, October 11, 2007

PERUTUSAN HARI RAYA...



assalamualaikum,

hari ni, 11 oct 2007, bersamaan 29 ramadhan 1428 hijrah... tinggal lagi lebih kurang sehari sebelum kita meninggalkan bulan yg penuh keberkatan ini... di tahap manakah amalan kita kini... adakah berkurang, sama atau bertambah daripada yg dahulu?

hari raya tahun 2007 ni membawa banyak makna pada aku... sudah pastinya tahun ini aku menyambut hari raya bersama isteri tersayang, itu adalah antara 'makna' yg ada di hari raya 2007 ni... hari raya 2007 ini jugaklah membawa 'makna' kpd kami sekeluarga, especially utk abah sbb arwah opah dah meninggalkan kami pada tahun ni... alfatihah...

dah lah... malas nak tulis banyak², nak anyam ketupat plak hahaha... di kesempatan ini, kami, MOHD NORIDZUAN MD ARIF & SITI ZURAINI ZAINAL ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua pengunjung mohd-noridzuan.blogspot.com samada yg kenal mahupun yg tak kenal... kami memohon ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa, tersalah tulis, terkeras ckp kpd semua... insya allah, awal bulan november nanti akan ada satu lagi post khas kami hehehe...

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN!
ALLAHU AKBAR, WALILLAHILHAMD..


Monday, September 24, 2007

KONGSI-KONGSI...


assalamualaikum,

sekadar ingin berkongsi ilmu dgn semua...

selama ni, kita selalu didengarkan dgn hadis mengenai 3 bahagian ramadhan iaitu 10 awal ramadhan, 10 pertengahan n 10 akhir ramadhan... sebenarnya, hadis ini adalah lemah, n kalau diikut ceritanya, boleh jatuh pada hadis palsu...

sila refer dkt bawah ni, diforward oleh sahabat aku...

======
"Status Hadis Ramadhan : Keampunan, Rahmat & Bebas Neraka"

Ada seorang ustadz yang mengatakan bahwa hadits tentang pembagian Ramadhan menjadi tiga itu dhaif. Padahal hadits itu populer sekali di tengah bulan Ramadhan. Kalau tidak salah bunyinya seperti ini:
Ramadhan itu awalnya adalah rahmat, tengahnya adalah maghfirah (ampunan) dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka.
Pertanyaan saya adalah: Benarkah klaim ustadz tersebut? Dan kalau benar, apa status hadits itu? Bagaimana kita mensikapinya. Demikian terima kasih banyak ustadz.
~Misyal Nasif (misyalk@yahoo.com)~


(JAWAPAN OLEH Ust. H. Ahmad Sarwat, INDONESIA)
Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Hadits yang anda tanyakan kedudukannya itu memang sangat populer di tengah masyarakat, khususnya selama bulan Ramadhan. Dengan hadits itu, para penceramah banyak mengajak orang-orang agar memanfaatkan bulan Ramadhan untuk khusyu' beribadah, agar mendapatkan tiga hal tersebut. Yaitu rahmah dari Allah, ampunan-Nya serta pembebasan dari neraka.

Namun menarik sekali apa yang disampaikan oleh ustadz yang antum ceritakan bahwa ternyata menurut beliau hadits itu bermasalah dari sanad dan kekuatannya jalur periwayatannya. Betulkah?

Kami berupaya membolak balik beberapa literatur serta tulisan dari para ulama ahli hadits terkait dengan haditsi ini. Kami menemukan uraian yang menarik dari seorang ustadz ahli hadits di Indonesia, yaitu Al-Ustadz Prof. Ali Mustafa Ya'qub, MA.

Menurut beliau, hadits itu memang bermasalah dari segi periwayatannya. Sebenarnya hadits ini diriwayatkan tidak hanya lewat satu jalur saja, namun ada dua jalur. Sayangnya, menurut beliau, kedua jalur itu tetap saja bermasalah.

Jalur Pertama
Salah satu jalur periwayatan haditsi ini versinya demikian:
أول شهر رمضان رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار
Ertinya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka.

Hadits ini diriwayatkan oleh Al-'Uqaili dalam kitab khusus tentang hadits dha'if yang berjudul Adh-Dhu'afa'. Juga diriwayatkan oleh Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitabnya Tarikhu Baghdad. Serta diriwayatkan juga oleh Ibnu Adiy, Ad-Dailami, dan Ibnu Asakir.

Mereka Yang Mendhaifkan
Adapun para muhaddits yang mempermasalahkan riwayat ini antara lain:
1. Imam As-Suyuthi
Beliau mengatakan bahwa hadits ini dhaif (lemah periwayatannya).
2. Syeikh Al-Albani
Beliau mengatakan bahwa riwayat ini statusnya munkar. Jadi sebenarnya antara keduanya tidak terjadi pertentangan. Hadits munkar sebebarnya termasuk ke dalam jajaran hadits dhaif juga. Sebagai hadits munkar, dia menempati urutan ketiga setelah hadits matruk (semi palsu) dan maudhu' (palsu).

Sementara sanadnya adalah:
1. Sallam bin Sawwar
2. dari Maslamah bin Shalt
3. dari Az-Zuhri
4. dari Abu Salamah
5. dari Abu Hurairah
6. dari nabi SAW

Dari rangkaian para perawi di atas, perawi yang pertama dan kedua bermasalah. Yaitu Sallam bin Sawwar dan Maslamah bin Shalt. Sallam bin Sawwar disebut oleh Ibnu Ady, seorang kritikus hadits, sebagai munkarul hadits. Sedangkan oleh Imam Ibnu Hibban, dikatakan bahwa haditsnya tidak bisa dijadikan hujjah (pegangan), kecuali bila ada rawi lain yang meriwayatkan haditsnya. Perkataan Ibnu Hibban ini bisa kita periksa dalam kitab Al-Majruhin. Sedangkan Maslamah bin Shalt adalah seorang yang matruk, sebagaimana komentar Abu Hatim. Secara etimologis, matruk berarti ditinggalkan. Sedangkan menurut terminologi hadits, hadits matruk adalah hadits yangdalam sanadnya ada rawi yang pendusta. Dan hadits matruk adalah 'adik' dari hadits maudhu' (palsu).

Bezanya, kalau hadits maudhu' itu perawinya adalah seorang pendusta, sedangkan hadits matruk itu perawinya sehari-hari sering berdusta. Kira-kira hadits matruk itu boleh dibilang semi maudhu'.

Kesimpulan
Kesimpulannnya, haditsi ini punya dua gelar. Pertama, gelarnya adalah hadits munkar karena adanya Sallam bin Sawwar. Gelar kedua adalah hadits matruk karena adanya Maslamah bin Shalt.

Wallahu a'lam bishshawab, wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Komen Ustaz Zaharuddin(http://www.zaharuddin.net/)
Jawapan yang diberi adalah benar, saya telah melakukan semakan juga, dan hasilnya adalah sama. Hadith tersebut adalah tidak benar dan tidak boleh dijadikan bahan ceramah. Banyak lagi ayat al-Quran dan hadith sohih serta hasan yang boleh dijadikan modal ceramah para penceramah.

======
sekadar ingin berkongsi... wallahu a'lam...

Thursday, September 20, 2007

~ ARSENAL 3 - 0 SEVILLA ~


Champions League Group Stage
Arsenal Stadium
Wednesday, September 19, 2007, 7.45pm (UK time)

source : Uefa.Com

Awesome Arsenal sweep Sevilla aside

Arsenal FC gave Sevilla FC a sobering introduction to the UEFA Champions League as the two-time UEFA Cup winners were beaten on their group-stage debut in London.

Emphatic success
Cesc Fabregas's deflected first-half shot set the 2006 finalists on their way before Robin van Persie added a second a minute before the hour and substitute Eduardo da Silva rounded off a fine victory in added time. While the Spanish side struggled to produce the swashbuckling form shown in recent Primera División and UEFA Cup campaigns, the Premier League leaders extended their home unbeaten record in the competition to 17 matches.

Enterprising opening
Sevilla began tentatively, defending in numbers as the hosts dominated possession early on. Daniel Alves and Jesús Navas provided the visitors' principal attacking outlet on the right and the latter had the game's first meaningful shot, firing narrowly over from long range. Arsenal were in the ascendancy, though, and Van Persie stung the hands of Andrés Palop with a fierce right-footed drive having cleverly turned Christian Poulsen.

Fabregas fortune
The Sevilla goalkeeper was soon in the thick of the action again, blocking Mathieu Flamini's low effort. There was little Palop could do on 27 minutes, however, as Fabregas shot from 25 metres and the ball deflected wickedly off Julien Escudé to wrong-foot the Spanish custodian. It was the in-form midfielder's sixth goal of the season and perhaps his most fortuitous.

Kanouté goes close
The breakthrough lifted home fans and players alike and Arsenal instantly pressed forward in search of a second. Kolo Touré headed Tomáš Rosický's corner off target before Emmanuel Adebayor sliced a glorious opportunity wide after surging infield. Sevilla had been on the back foot for much of the first period but Frédéric Kanouté reminded Arsenal of their threat, first drawing a sprawling save from Manuel Almunia with his right-footed attempt then narrowly failing to connect with Poulsen's cross when only the faintest of touches was required.

Van Persie finish
Aleksandr Kerzhakov was sent on for Luis Fabiano at the break as Sevilla shuffled their strike force and Arsenal responded by replacing Rosický with Abou Diaby. The midfielder nearly set up Van Persie with his first touch but the ball ran away from the Dutchman as he took aim. The north London club continued to play with verve and determination and were rewarded with a second goal on 59 minutes, Fabregas whipping over a right-wing free-kick that was flicked on by Adebayor and thumped in by Van Persie.

Eduardo gloss
When Kerzhakov missed a chance to reply instantly, Sevilla coach Juande Ramos played his final cards by introducing Renato and Seydou Keita, yet he then watched both Adebayor and Van Persie go close after fine work from right-back Bacary Sagna. Sevilla committed men forward in the closing stages and were punished in added time when Aleksandr Hleb found Fabregas for a slide-rule pass that was turned in by Eduardo to ensure Arsenal will go to FC Steaua Bucureşti on 2 October in good heart. Sevilla will look to bounce back against SK Slavia Praha.

other result :

matchday 1 - 18 sept 2007
Marseille 2-0 Beşiktaş
Porto 1-1 Liverpool
Chelsea 1-1 Rosenborg
Schalke 0-1 Valencia
Real Madrid 2-1 Bremen
Olympiacos 1-1 Lazio
Milan 2-1 Benfica
Shakhtar 2-0 Celtic

matchday 2 - 19 sept 2007
Rangers 2-1 Stuttgart
Barcelona 3-0 Lyon
Roma 2-0 Dynamo Kyiv
Sporting 0-1 Man. United
PSV 2-1 CSKA Moskva
Fenerbahçe 1-0 Internazionale
Arsenal 3-0 Sevilla
Slavia 2-1 Steaua

Wednesday, September 12, 2007

RAMADHAN DATANG LAGI...


assalamualaikum,

di kesempatan ini, kami (huhu... dah banyak tahun pakai 'aku') nak ucapkan selamat berpuasa dan menghayati bulan ramadhan kpd semua umat islam yg berpuasa mahupun yg tak berpuasa... semoga kita mendapat apa yg kita cari di bulan yg penuh keberkatan dan bermakna utk kita ini...

dan tak lupa jugak, setiap kali bulan ramadhan, aku akan pasang lagu yg korang tgh dgr nih... tak tau nape, aku cukup suka lagu ni, n lirik dia sekali... mari kita sama² hayati lah ye...

=======
muhasabah ramadhan - UNIC

hari raya hari kemenangan
hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
di lipatan seni mehnah illahi
ada maksud murni yg lebih hakiki

pada nafsu yg dilenturkan lapar dahaga
pada fikiran di sinar wahyu dan sabda
pada hati bersih di soat tarawih
apakah semuanya telah dimiliki

puasa mengajar erti kepayahan
menghadap ujian berlandaskan iman
puasa perisai yg sangat maknawi
penyingkap hijab antara hamba dgn illahi

puasa sempurna menahan rohani dan rasa
puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga

lalu di manakah puasa kita
adakah masih di tahap lama

lalu muhasabah di hujung ramadhan
sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
atau kolam jiwa masih tercemar keruh
oleh sembilu dosa dan duri angkara

ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
terasa kita hamba illahi
yg hanya mampu mengukir tadbir
sedangkan padaNya segala takdir

allahu akbar, allahu walillahil hamd
=======

kepada semua, mari kita sama sama check, macammanakah puasa kita yg kita nak? adakah kita akan mencapai tahap puasa yg sempurna? atau puasa yg sederhana? atau puasa yg biasa? hanya allah dan rasulNya yg tahu di manakah puasa kita, selain kita sendiri yg tahu apa yg kita nak...

semoga allah merahmati kita semua, dan semoga ramadhan ini membawa banyak keberkatan pada diri aku, keluarga aku, dan mereka yg aku sayangi dunia dan akhirat...

FAM...


assalamualaikum,

team baru liga super FAM...




high scorer liga super...




~ heheheh... kena hacked rupanya website FAM nih... ~

Thursday, September 06, 2007

WHY DO WE READ QURAN?



assalamualaikum wrb,

i just want to share an article sent by my beloved mrs dwen hehehe...

=======

Why do we read Quran, even we can't understand not even a single Arabic????

This is beautiful story. An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, "Grandpa, I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water." The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house.

The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said, "I don't want a bucket of water, I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!". "So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket." The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."

=======

wsalam...

Wednesday, September 05, 2007

MR & MRS DWEN... PART 2...


assalamualaikum wrb,

seperti yg dijanjikan... jeng jeng jeng...



utk yg lain, bleh pergi ke fotopages aku... sorry kalau gambar kurang memuaskan... jurugambar amatur hehehe...

Tuesday, September 04, 2007

MR & MRS DWEN... 1 SEPT 2007...



assalamualaikum,

lama aku tak update blog nih... dan aku pun dah berubah status dah... huh? tak percaya?

pada tanggal 1 sept 2007 bersamaan 19 sya'aban 1428 aku telah diijabkabulkan dengan siti zuraini zainal di bandar tenggara, johor.... majlis pernikahan dihadiri oleh ahli keluarga rapat, memandangkan majlis ini dirancang tidak lebih 2 minggu sebelum tarikh tersebut... ikut perancangan, kitorang akan berkahwin pada hujung 2007 ni, tapi atas sebab² keselamatan (memandangkan 2 2 dah pindah melaka), akad nikah dipercepatkan dan 1 sept 2007 dipilih...

nanti aku update lagi... banyak kerja la today... huhuhu... gambar nanti aku upload...

thanks kepada yg wish, bagi hadiah, sms, call etc... nanti majlis kat KL aku jemput korang...

w'salam...