Saturday, October 01, 2005

SELANGOR!!!


assalamualaikum,

alhamdulillah, segala puji bagi allah kerana aku masih dapat menghirup udaraNya sehingga kini... tahniah kepada team bolasepak selangor sebab menang piala malaysia sebentar tadi, kejuaraan yg ketiganya pada tahun 2005... bermula dengan piala premier, diikuti dgn piala FA pada minggu lepas, dan baru kejap tadi, piala malaysia... apakah itu tanda kebangkitan selangor kembali sebagai gergasi bolasepak? kita tunggu dan lihat... sebagai rakyat yg tinggal kat selangor, dan yg membayar cukai pintu dengan MPAJ, semestinya aku menyokong selangor... hip hip horray!!!

setelah apa yg berlaku pada diri aku beberapa hari ini, aku rasa seperti terpanggil utk tulis blog ini... first of all, aku minta maaf pada sesiapa yg terlibat, jika mereka merasakan yg post aku kali ini agak emosional...

ramai yg tahu, aku pernah bercinta... hubungan yg bertahan selama 4 tahun lebih, yang semestinya memang banyak memori atau kenangan yg berlaku selama tempoh tersebut... perkara yg paling penting yang aku belajar dulu ialah, pergantungan kita hanyalah pada Allah, bukan pada manusia... walau 'bagai nak rak' manapun kita bercinta, walau sekukuh mana pun apa yg kita dah janjikan, yang pastinya, jodoh adalah ditanganNya, dan memang tak dapat disangkal lagi...

bila berlaku masalah dalam perhubungan kita, bagi aku (based on experience) ialah bukannya mencari kesalahan org lain yg menyumbang kepada masalah itu, tetapi apa sebenarnya masalah yg kita lakukan... memang manusia, takkan dapat lari dari melakukan kesilapan, dan sebaik² org yg melakukan kesilapan, adalah org yg bertaubat kepada allah...

kadangkala, kita lebih cepat utk mencari kesalahan org lain dari mencari kesalahan sendiri... ini juga berlaku pada aku dulu... aku cepat menuding org lain sebagai punca kepada masalah... tetapi sebenarnya, mesti ada benda yg kita dah lakukan yg membuatkan allah 'marah' dekat kita, dan turunkan ujian pada kita... mungkin kita tak pernah diuji dengan ujian sebegitu sebelum ini, dan tiba² bila allah test sikit je, kita dah mula menggelabah, habis segala jenis org kita salahkan, habis semua jenis benda kita kata tak kena... itu juga berlaku pada diri aku dulu, dan aku sedar semuanya adalah silap aku juga, bukan silap org lain...

memang betul, aku rapat dengan kawan perempuan aku, dan kalau siapa yang kenal dengan aku, memang tahu aku ni macam mana... aku bukanlah seorang yg suka nak hipokrit... ini diri aku, dan aku nak menjadi diri aku sendiri, bukan org lain... kalau siapa tak boleh nak terima dgn apa yg aku dah buat, aku minta maaf... mungkin korang kena kenal lagi dengan aku lebih rapat... aku boleh terima dengan teguran, tapi kalau aku rasa teguran tu tak tepat, aku rasa aku tetap ada hak utk mempertahankan tindakan aku...

aku bukan ego, cuma kadangkala, pengalaman yg sudah aku rasa dulu banyak mengajar aku... cemburu? aku pernah cemburu... mengongkong? pernah juga... biasalah, kalau kita sayangkan dekat seseorang, kita akan rasa seperti "ko ni aku punya, bukan org lain"... tapi kita kena ingat, selagi kita belum berkahwin, kita tiada hak mutlak ke atas pasangan kita tu... dia juga ada hak utk membuat apa yg dia inginkan... tapi, percayalah pada aku... benda² tu sebenarnya banyak membawa kepada keburukan daripada kebaikan dalam relationship... tak salah cemburu, tapi kalau sampai menuduh tak tentu pasal, itu bukan cemburu yang sihat... bertindak secara professional... sentiasa berfikiran positif... dan jika berlaku benda yg 'menggetarkan' relationship sikit, cepat² cek balik diri, apa yg dah dibuat sampai berlaku macam tu...

-aku bercakap atas benda yang aku experience sendiri, bukan experience orang lain-

isk, terover plak bercerita... semoga allah mengampunkan dosa kita... kita merancang, allah juga merancang... yg pasti, rancangan allah yg akan menjadi kenyataan... apa yg boleh kita buat, kita berdoa semoga rancangan kita adalah selari dgn rancangan allah...

kerja? macam biasa lah, sekali lagi aku kena tukar lagi jobscope... daripada in-charge utk operation cyberjaya, aku ditukarkan kepada financial management unit... buat apa unit tu? erm, basically unit ni kena buat management account utk company... kena maintain business plan company, dan of course kena make sure pergerakan revenue / expenses dalam company tu adalah seiring dgn apa yg dah dibudgetkan... kena la buat analysis sikit², benda yg paling aku malas nak buat heheheh... boss aku baru melamar aku hari tu, dan hujung bulan oktober nih, manager baru masuk utk gantikan head of operations yg sepatutnya manager level yg duduk, bukan aku yg ntah apa² ni...

last 3 weeks gitu aku dah confirmkan flight aku ke london, pada 25hb november ni... aku balik malaysia pada 3hb december... kejap je, tapi family aku yg lain pakat duduk sana sampai 31hb december... isk isk isk, bosan je la aku kat rumah ni nanti... tapi kalau aku lepak london sampai 31hb december pun, macam boss aku nak lepaskan je cuti aku... nasib baik hari tu boss aku okie, dia lepaskan cuti aku nak gi london tu nanti... so ada sesapa nak kirim? kirim kosong tak masuk priority heheh... nak kirim, kena bagi dalam bentuk pound sterling :-Þ

semoga allah meredhai apa yg telah aku lakukan, dan semoga Dia memakbulkan permintaan aku... amin...

wallahu a'lam...

No comments: