Wednesday, May 18, 2005

PLUS UNTUNG BERSIH?


(sumber UTUSAN MALAYSIA)
-guna dapat bonus?-

=======
Untung bersih PLUS melonjak 190 peratus

KUALA LUMPUR 17 Mei - Pengendali Lebuh Raya Utara-Selatan, PLUS Expressway Bhd. (PLUS) telah menjana keuntungan bersih berjumlah RM487.3 juta bagi suku pertama tahun kewangan semasa yang berakhir 31 Mac lalu.

Jumlah keuntungan selepas cukai itu adalah kira-kira 190 peratus lebih tinggi berbanding RM168.3 juta yang dicatat dalam tempoh yang sama tahun lalu.

PLUS dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia menyatakan, lonjakan keuntungan itu berpunca daripada pembayaran ganti rugi oleh kerajaan serta peningkatan pendapatan tol.

"Kerajaan telah membayar kepada PLUS RM331.7 juta sebagai pampasan untuk penutupan Plaza Tol Senai di Johor mulai 1 Mac yang lalu.

"Pendapatan lain, yang tidak termasuk pampasan tersebut, ialah sebanyak RM405.3 juta, meningkat berbanding, RM393.4 juta pada suku pertama tahun lalu," jelasnya.

Mengulas lanjut, katanya, kenaikan pendapatan itu juga ekoran pertumbuhan 1.6 peratus dalam jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada suku pertama tersebut.

Mengenai jangkaan masa hadapan, ujar PLUS, pihaknya menjangka keputusan kewangan yang lebih baik pada tahun kewangan semasa ekoran kenaikan kadar tol 10 peratus sejak 1 Januari yang lalu.

PLUS mengendalikan Lebuhraya Utara-Selatan sepanjang 772 kilometer dari Utara Semenanjung Malaysia hingga Selatan.
=======

p/s :rakyat sengsara dengan kenaikan tol, PLUS mem'PLUS'kan keuntungannya... isk isk isk...

No comments: