Wednesday, July 15, 2009

Man.Ur + Arsenal d Gr8est + SOFEA


salam,

not so much things to be shared today. semalam Pakatan Rakyat - PAS menang di PRK DUN Manik Urai. majoriti tipis, 65 undi sahaja. walaupun begitu, rakyat masih boleh menilai mana intan mana kaca. berjuta² RM ditaburkan HANYA utk PRK ini sahaja. janji jambatan telah dibuat, kota agropolitan la, dsb. itu belum lagi 'sumbangan' RM300 - RM700 seorang utk penduduk Manik Urai. ntah la, no comment la. kita boleh menilai.

baik aku cakap pasal bola. lagi best. lagipun EPL season 2009/10 dah nak mula. kita saksikan player MU (Manik Urai?) dah mula meninggalkan clubnya utk ke club² yg lebih berduit. ada yg ke real madrid, ada yg ke manchester city. apa yg tinggal hanyalah senior² yg bila² masa sahaja hantar surat resign utk retire hehehe.

arsenal pun apa kurangnya. tp season kali ni bermula dgn agak positif bila membuat pembelian awal. defender thomas vermaelen telah sah ke arsenal for undisclosed fee. van persie sign long-term contract baru dgn gaji yg lebih masyuk pastinya. yg lain tiada perubahan, selain gaji dan contract yg direvise sejajar dgn prestasi season 2008/09 yg lepas.

rumours terbaru - adebayor akan ke manchester city fgn yuran perpindahan mencecah £25 juta! 3 tahun masa arsenal beli, harga dia £3 juta je. what a worth investment!

pada aku, biar je la adebayor pergi. dia pun bukan dah ada hati sgt dkt arsenal tu. walaupun last season arsenal dah double gaji dia dari £40k ke £80k seminggu, prestasi dia makin merudum. bila manchester city offer dgn gaji yg lebih menawan iaitu £170k seminggu, kalau aku pun mau pikir 2 3 kali jugak. footballers, dia punya retirement age bukan cam keje pejabat. 30 tahun tu dah boleh buat farewell party dah tu.

bila dia pegi, arsenal boleh main formation 4-5-1. rvp dkt depan. cesc mcm biasa akan lead midfield. di posisi wing ada walcott dgn arshavin. dibantu lg dgn song dan nasri midfield. nasri pun tgh digroom dkt tempat tu, cuma song yg perlu diperhatikan. perlu ada new experienced defensive midfielder utk ganti tempat song skrg, dan beri peluang pada song utk sharpenkan skill dia lagi.

cesc akan ke belakang sikit pastu nasri akan diswitch utk main ke flank sikit. next season dah ada ramai creative midfielders. ada rosicky, diaby dgn denilson pun ada lagi utk merebut tempat tu. jgn lupa arsenal masih ada young talent ramsey dan jack wilshere utk bagi saingan sikit dgn senior player.

back four, vermaelen mengukuhkan lagi defender yg sedia ada. cuma yg perlu skrg lagi ialah defensive midfielder utk membantu back four. yg lain, cari goal dkt depan tu hehehe.

so, no replacement for adebayor diperlukan. £25 juta tu boleh beli sorang defensive midfielder dan beberapa young talents yg dah menjadi polisi arsenal utk dalam shoppinglistnya.

abis cerita arsenal. cerita lain plak.

aku dah start belajar balik. ambik professional paper. rasanya utk tempoh² mendatang ni, advance education perlu utk aku. nak harapkan degree yg ada ni je susah, nanti² berlambak² workers yg ada degree. so kita kena at least a level beyond them. baru boleh jadi top management hehehe.

esok ada interview for scholarship. nasib baik company memberi support. dan secara tak langsung lama lagilah aku dkt company ni hehehe.

that's all for today. nanti sambung lagi.

eh lupa. anak kesayangan aku tu dah berjalan! sekarang ni dah taknak pegang dah, nak jalan sendiri je. will upload photos of her dkt fotopages aku. mai singgah!

salam..

Monday, July 13, 2009

ACCOUNTANT


In progress... insya Allah...

Malaysia kekurangan akauntan bertauliah

KUALA LUMPUR 12 Julai - Permintaan yang tinggi terhadap akauntan untuk jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kini menyaksikan Malaysia berdepan dengan masalah kekurangan profesion tersebut.

Presiden Suruhanjaya Penasihat ACCA Malaysia, Datuk Mohd Nasir Ahmad berkata, negara kini mempunyai 25,000 orang akauntan yang mana hanya 600 sahaja diiktiraf sebagai akauntan bertauliah.

Beliau berkata, akauntan merupakan satu jawatan yang mendapat pendedahan pendidikan yang menyeluruh di dalam operasi perniagaan.

''Kekurangan akauntan di negara ini tidak ada kena mengena dengan sistem pendidikan negara tetapi sebaliknya disebabkan oleh permintaan tinggi dalam pasaran kerja.

''Situasi itu menyebabkan kebanyakan graduan akauntan tidak sempat untuk mempraktikkan profesional itu sebaliknya terus ditawarkan sebagai peneraju untuk sektor komersial,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau menganggarkan hanya 30 peratus graduan akauntan benar-benar mempraktikkan profesional itu sekarang.

Mohd Nasir berkata, seseorang akauntan biasanya diberi pendedahan yang meluas dalam aspek akaun, percukaian, audit, pengurusan kewangan dan pengurusan risiko.

Kelebihan itu menyebabkan individu yang bergelar akauntan tidak lagi terhad untuk pekerjaan itu semata-mata tetapi turut melayakkannya menerajui perniagaan sebagai CEO.

Beliau berkata, memandangkan profesion akauntan sangat penting dalam ekonomi negara, Malaysia dianggarkan memerlukan sekurang-kurangnya 60,000 akauntan menjelang 2020.

Bagaimanapun, ACCA tidak mempunyai data spesifik keperluan tenaga profesional itu mengikut penduduk negara.

Namun, beliau berkata, di United Kingdom 25 peratus daripada jawatan CEO, ditunjangi oleh akauntan.

Manakala, di Malaysia sahaja hampir 30 peratus daripada CEO syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) adalah diterajui oleh akauntan yang bertauliah.

Mohd. Nasir menambah, profesion akauntan adalah tunjang utama ekonomi pada masa depan dan permintaannya tidak akan terjejas meskipun dunia dilanda krisis ekonomi.