Saturday, March 14, 2009
Thursday, March 05, 2009
update untuk HUBBY ku..
Ada orang tu kan,dia dah lama sgt x update blog dia,sampai dia kata "dah ramai tertanya-tanya bilalah si dwen nak update blog ni". Tapi kan, betulke ada org tanya?? kalau ramai maknanya kira "femes" gak ar blog laki aku nie. haha.
X apalah, nak wek camno, busy memanjang si dwen ni ha, sebabkan kesian, maka wife dia yang cantik nie lah yang tolong updatekan, so this entry special ditulis untuk hubbyku dan peminat-peminat blognya. Aku ni sokmo baca blog-blog orang, rasanya dari zaman U dulu memang ramai kawan-kawan yang dah ada blog sendiri,aku sorang je yang ketinggalan. Nampak cam senang je, apa susah tulisjelah apa yang nak ditulis. sampai ada blog yang aku baca bole guling-guling ar gelak sbb cam kelakar. kira menusuk hatilah tulisan dia tuh. Kadang2 tuh if terbaca blog2 orang yang "kureng", pandai plak aku komen, ish, apalah wat blog camnie.. tinggal tulis je pun xreti.
Di pendekkan cite, bila hubby cakap dah lama xupdate blog, aku pun sibuk ar nak tolong update blog dia, dengan confidentnya cam tau je. konon tunjuk terer ar nak update blog hubby, ala, apa sangat setakat tulisje, tp pastu baru ku sedar yang aku ni xtau rupanya. Terpaksalah tanya hubby aku, camne nak start ek? kena bukak kat ne?. Pastu camne nak letak gambar sume? haha. Dah dwen kena ajar satu-satu. kesian anie nie, rupanya first time menulis blog.
Benda pertama yang aku terpikir nak letak gambar. Mula-mula ingat nak letak gambar bihun ngan kupang yang kitaorg dah makan tadi, tp cam xbest plak, apalah gambar mknn pun nak tunjuk2. xsedap plak tuh. haha. Orang lain sokmo tepek gambar macam-macam kat blog dia. Tapi aku rasa gambar kitaorg yang terkini xde, sbb xbanyak amik gambar. jadi aku terpaksala tepek stok2 gambar apa yang tinggal kat sini. Kira oklah sebab aku rasa bila korang tengok gambar -gambar kitaorg nanti, mesti korang rasa cam tengok gambar artis. haha.. ada kena mengena ke?? apa-apa jelah, yang penting layan!!
Nie gambar aku (wife dwen) yang telah dicompilekan. Lama aku edit gambar nie b4 aku sendiri berpuas hati dengan gambarku yang 'seolah-olah kurus' dan muka yang nampak fresh gitu. Aww!. Gambar-gambar nie kira gambar 2 taun lepas ar. Sekarang kita tengok plak gambar "current"
haa... nak kata yang terkini xgak, tp kira bolehlah sebab niejelah gambar family yang ada buat masa nie. Cer tengok betul-betul siapa yang banyak berubah? I mean fizikal dia change.. Anie?? ish, xdelah(xnak ngaku). Dwen lah!! hahaha.
Mesti ada yang tepikir, apalah, entry cam xde modal je, sebenanya... memang pun aku xde modalpun. Yang penting aku dapat tepek gambar je. hahaha. Kiranya, pasnie aku tumpang tengok and bagi commentjelah kat dwen bout his blog, sbb aku rasa pening bila tulis blog. Nie pun nak siapkan ayat yang xseberapa dah amik masa sejam. ha, amik!!. Sampai sekarang time aku tengah menulis nie aku terpikir2, napa baca blog org lain cam best ek? bila aku tulis napa cam xbest? ish, sebab dah pening memikirkan dan b4 aku jadi lagi pening sampai pengsan so better aku stopjelah. Tapi, if ada yang rasa tulisanku lagi best dari hubby ku, pasnie aku bolelah tumpang sekaki nyebok2 nak tulis gak. sebab....aku perasan diriku best!! hahahaha.
sekian, entryku untuk kali ini.
Wednesday, March 04, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)