assalamualaikum wrb,
16hb nov sampai 24hb nov hari tu, kitorang pergi berjalan2 makan angin di malaysia. mrs dwen ambik cuti wajib, so aku pun tumpang sekali ambik cuti wajib tu.
kitorang mulakan perjalanan ke bukit tinggi, pahang. kami menginap di colmar tropical, bukit tinggi. resort yg bertemakan bangunan2 'french style', memang cantik utk yg nak honeymoon, or bawa family makan angin.
kami dekat sana lebih kurang 2 malam. selain resort tu, ada juga rabbit park, perkampungan jepun, botanical garden, tak lupa jugak gold course. bowling alley pun ada, maybe utk yg nak activity waktu malam kot. aku recommend la tempat ni. tp satu je yg kitorang tak tahan, makanan dia. mahal sangat utk kita2 golongan marhaen ni. dah la tak boleh nak masak. dicadangkan kalau nak pergi sana, bawa la instant food seberapa banyak yg mungkin. bubur ke, maggi ke etc. janji makan. kalau taknak, boleh la turun ke kampung bukit tinggi, lebih kurang setengah jam dari atas bukit tu.
habis 2 hari, kami teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. kami ke perak, lebih specific ke teluk intan. tido rumah uncle kpd mrs dwen. sampai teluk intan pun lebih kurang petang, so tak banyak aktiviti yg boleh dijalankan. waktu malam kitorang lepak je berehat dkt rumah tu.
esoknya kami teruskan perjalanan ke taiping. tp sebelum tu singgah kedai cik iza tengok2 barang apa yg patut. aunty kpd mrs dwen ni ada kedai di teluk intan, betul2 depan menara condong tu. kedai dia ni agak well-known jugaklah bagi masyarakat di teluk intan. jual jewellery, bag, gelang, etc. recommended kalau ke bandar teluk intan.
kami sampai di hotel di taiping lebih kurang pukul 7 malam macam tu. sebelum tu singgah ke KFC di taiping. singgah juga ke klinik sbb badan sofea agak panas. bila cek, doktor kata panas biasa. so doktor bagi ubat utk kebahkan demam sofea.
di KFC, sofea tunjukkan skill dia. dia menjerit2 sampai most of the people dkt KFC tu tengok dia. anak ayah ni memang best la hehehehe... sofea menjerit sepanjang berada di KFC, jeritan dia bertambah kuat bila ada org agah2 dia. huhuhu sofea sofea...
malam tu kami ke rumah ayahlang di taiping. kami sampai agak lewat sbb berehat kejap di hotel. sampai sana sofea dah tido. dari kami sampai hinggalah balik sofea tido dkt sofea tok alang dia.
besoknya kami teruskan perjalanan. tapi singgah di bukit larut, naik bukit tu. really recommended bg sesiapa yg suka thrill. bukit larut ni terletak berhampiran zoo taiping dan MRSM taiping. nak naik bukit ni kena guna 4wd yg disediakan. bayar RM6 seorang.
kitorang ingat jalan dia cantiklah mcm pergi cameron highland or genting, tp hanya tuhan yg tahu betapa cuaknya hati ini bila dalam pajero tu masa on the way ke puncak. perjalanan ke puncak mengambil masa lebih kurang sejam, dgn kecerunan jalan tu boleh dikatakan lebih 45 degree. bayangkanlah utk naik bukit tu, jalan dia mcm tangga dkt rumah 2 tingkat? bayangkanlah kalau sepanjang2 sejam tu, jalan dia mcm tu. itu ok lagi, nak thrill lagi, hanya satu kereta setiap masa. nak tambah thrill lagi, sebelah jalan tu adalah gaung yg kalau jatuh tu memang confirm HILANG! so ad berani nak cuba naik bukit larut?
bila sampai puncak, takdela ape sangat sebenarnya bukit larut ni. tp dkt puncak tu ada la jugak chalet, yg menurut abg ipar aku, berhantu. zaman dulu, bukit larut ni adalah kawasan peranginan bg penjajah british. masing2 ada rumah sendiri. nasib baik mrs dwen beli tiket for 1 hr je dkt atas tu. kalau tak mati kutu jugakla kitorang kat atas puncak bukit larut tu.
perjalanan naik dan turun bukit larut tu memang 'mengecutkan' perut. yg bestnya, sofea boleh tido masa on the way naik n turun. bila sampai je puncak baru dia jaga. nak tambah thrill lagi bukit larut ni, masa on the way turun, hujan turun selebat2nya huhuhuhu. kitorang hanya mampu berzikir dan berdoa semoga allah selamatkan perjalanan kami tu.
kemudian kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, penang. sampai di hotel lebih kurang pukul 7 malam. masa tu musim hujan di utara, so kami agak rugi sebenarnya. takpelah, since holiday ni dah lama plan, so we stick to the plan.
malam tu kami ambik yana dkt rumah dia, ajak pegi makan. nak cari tempat makan best pun adik aku tak tau jalan sbb dia baru je pindah penang ni. last2 kami ke gurney plaza, tengok barang2 je. pegi makan dkt bandar georgetown, dkt satu kedai melayu org kelantan. tu je kedai melayu yg bukak. yg lain semua nasi kandar.
esoknya kami ke bukit bendera. setelah lebih kurang sejam lebih, sampai juga ke bukit bendera TAPI malangnya tempat tu tutup utk maintenance. amat kasihan kami ini. takpelah, teruskan perjalanan ke tempat yg tak sure ke mana. last2 kami balik, tp lepak di batu feringhi. pun hujan jugak. so takleh la nak lepak lama2 dkt pantai tu. on the way balik hotel tu singgah beli nasi kandar.
esoknya kami teruskan destinasi ke utara tanah air. hari tu masa masuk penang kami ikut bridge, so balik ni nak jugak merasa naik ferry. sampai di kedah lebih kurang pukul 5, rehat kejap lepas tu malam tu kami ke sebuah shopping complex yg aku sudah lupa nama dia, utk pergi McD hehehe... last2 kami dapat makan McD + cadar sofea sbb kat situ ada sale hehehe...
esoknya kami plan nak ke bukit kayu hitam. lepas je breakfast terus ke sana. sampai ke signboard padang besar, terus tukar direction, ke padang besar hahaha. perjalanan agak lama sbb tak banyak kereta.
sampai sana, banyak la jugak borong barang, especially baju sofea. baju murah2 compare kalau dkt kedai. dkt blog2 yg jual baju baby pun tak bleh lawan harga dkt padang besar hehehe. mrs dwen pun ada jugak barang yg dibeli, aku pun sambar jugak satu jersey ragbi yg memang aku cari dari dulu.
kami sampai di hotel lebih kurang pukul 5. malam tu keluar makan di satu restoran yg konsepnya mcm foodcourt dkt jusco. ada satay, ada claypot, ada western food, ada jugak nasi pulut.
itulah lebih kurang catatan perjalanan kami masa cuti hari tu. sebenarnya tak habis lagi, sbb dari kedah tu, kami terus ke johor, balik kampung mrs dwen. esoknya sofea nak dikhatankan. dah besar dah anak ayah ni.
best juga jalan2 cari makan ni. tp kena betul pada kos dia lah. kena budget bebetul, kalau tak soru miss jugak hujung bulan hahaha...
nanti aku sambung lagi.