Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN


assalamualaikum wrb,

alhamdulillah, allah masih mengizinkan kita semua utk menghirup udara pinjamanNya. syukur juga kepadaNya dgn limpah dan kurniaNya dapat kita sama-sama menunaikan ibadah puasa selama sebulan. di tahap manakah puasa kita pada kali ini?

lama jugak aku tak update blog ni. rasanya dah 2 bulan kot. agak sibuk since july. seorang staf aku on maternity leave so agak kekurangan tenaga kerja jugak la. time ni plak sibuk dgn preparation of business plan, so terkejar-kejar jugak la dari melaka ke cyberjaya. so blog pun memang last priority la.

di kesempatan ini, kami (noridzuan, zuraini & hani sofea) ingin mengucapkan selamat hari raya 'idul fitr kepada semua umat islam local ataupun international. kami memohon maaf zahir dan batin jika ada kesalahan dan kesilapan yg sengaja atau tak sengaja kami lakukan. ada kesempatan, datanglah rumah kami di melaka.



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Wednesday, July 15, 2009

Man.Ur + Arsenal d Gr8est + SOFEA


salam,

not so much things to be shared today. semalam Pakatan Rakyat - PAS menang di PRK DUN Manik Urai. majoriti tipis, 65 undi sahaja. walaupun begitu, rakyat masih boleh menilai mana intan mana kaca. berjuta² RM ditaburkan HANYA utk PRK ini sahaja. janji jambatan telah dibuat, kota agropolitan la, dsb. itu belum lagi 'sumbangan' RM300 - RM700 seorang utk penduduk Manik Urai. ntah la, no comment la. kita boleh menilai.

baik aku cakap pasal bola. lagi best. lagipun EPL season 2009/10 dah nak mula. kita saksikan player MU (Manik Urai?) dah mula meninggalkan clubnya utk ke club² yg lebih berduit. ada yg ke real madrid, ada yg ke manchester city. apa yg tinggal hanyalah senior² yg bila² masa sahaja hantar surat resign utk retire hehehe.

arsenal pun apa kurangnya. tp season kali ni bermula dgn agak positif bila membuat pembelian awal. defender thomas vermaelen telah sah ke arsenal for undisclosed fee. van persie sign long-term contract baru dgn gaji yg lebih masyuk pastinya. yg lain tiada perubahan, selain gaji dan contract yg direvise sejajar dgn prestasi season 2008/09 yg lepas.

rumours terbaru - adebayor akan ke manchester city fgn yuran perpindahan mencecah £25 juta! 3 tahun masa arsenal beli, harga dia £3 juta je. what a worth investment!

pada aku, biar je la adebayor pergi. dia pun bukan dah ada hati sgt dkt arsenal tu. walaupun last season arsenal dah double gaji dia dari £40k ke £80k seminggu, prestasi dia makin merudum. bila manchester city offer dgn gaji yg lebih menawan iaitu £170k seminggu, kalau aku pun mau pikir 2 3 kali jugak. footballers, dia punya retirement age bukan cam keje pejabat. 30 tahun tu dah boleh buat farewell party dah tu.

bila dia pegi, arsenal boleh main formation 4-5-1. rvp dkt depan. cesc mcm biasa akan lead midfield. di posisi wing ada walcott dgn arshavin. dibantu lg dgn song dan nasri midfield. nasri pun tgh digroom dkt tempat tu, cuma song yg perlu diperhatikan. perlu ada new experienced defensive midfielder utk ganti tempat song skrg, dan beri peluang pada song utk sharpenkan skill dia lagi.

cesc akan ke belakang sikit pastu nasri akan diswitch utk main ke flank sikit. next season dah ada ramai creative midfielders. ada rosicky, diaby dgn denilson pun ada lagi utk merebut tempat tu. jgn lupa arsenal masih ada young talent ramsey dan jack wilshere utk bagi saingan sikit dgn senior player.

back four, vermaelen mengukuhkan lagi defender yg sedia ada. cuma yg perlu skrg lagi ialah defensive midfielder utk membantu back four. yg lain, cari goal dkt depan tu hehehe.

so, no replacement for adebayor diperlukan. £25 juta tu boleh beli sorang defensive midfielder dan beberapa young talents yg dah menjadi polisi arsenal utk dalam shoppinglistnya.

abis cerita arsenal. cerita lain plak.

aku dah start belajar balik. ambik professional paper. rasanya utk tempoh² mendatang ni, advance education perlu utk aku. nak harapkan degree yg ada ni je susah, nanti² berlambak² workers yg ada degree. so kita kena at least a level beyond them. baru boleh jadi top management hehehe.

esok ada interview for scholarship. nasib baik company memberi support. dan secara tak langsung lama lagilah aku dkt company ni hehehe.

that's all for today. nanti sambung lagi.

eh lupa. anak kesayangan aku tu dah berjalan! sekarang ni dah taknak pegang dah, nak jalan sendiri je. will upload photos of her dkt fotopages aku. mai singgah!

salam..

Monday, July 13, 2009

ACCOUNTANT


In progress... insya Allah...

Malaysia kekurangan akauntan bertauliah

KUALA LUMPUR 12 Julai - Permintaan yang tinggi terhadap akauntan untuk jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kini menyaksikan Malaysia berdepan dengan masalah kekurangan profesion tersebut.

Presiden Suruhanjaya Penasihat ACCA Malaysia, Datuk Mohd Nasir Ahmad berkata, negara kini mempunyai 25,000 orang akauntan yang mana hanya 600 sahaja diiktiraf sebagai akauntan bertauliah.

Beliau berkata, akauntan merupakan satu jawatan yang mendapat pendedahan pendidikan yang menyeluruh di dalam operasi perniagaan.

''Kekurangan akauntan di negara ini tidak ada kena mengena dengan sistem pendidikan negara tetapi sebaliknya disebabkan oleh permintaan tinggi dalam pasaran kerja.

''Situasi itu menyebabkan kebanyakan graduan akauntan tidak sempat untuk mempraktikkan profesional itu sebaliknya terus ditawarkan sebagai peneraju untuk sektor komersial,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau menganggarkan hanya 30 peratus graduan akauntan benar-benar mempraktikkan profesional itu sekarang.

Mohd Nasir berkata, seseorang akauntan biasanya diberi pendedahan yang meluas dalam aspek akaun, percukaian, audit, pengurusan kewangan dan pengurusan risiko.

Kelebihan itu menyebabkan individu yang bergelar akauntan tidak lagi terhad untuk pekerjaan itu semata-mata tetapi turut melayakkannya menerajui perniagaan sebagai CEO.

Beliau berkata, memandangkan profesion akauntan sangat penting dalam ekonomi negara, Malaysia dianggarkan memerlukan sekurang-kurangnya 60,000 akauntan menjelang 2020.

Bagaimanapun, ACCA tidak mempunyai data spesifik keperluan tenaga profesional itu mengikut penduduk negara.

Namun, beliau berkata, di United Kingdom 25 peratus daripada jawatan CEO, ditunjangi oleh akauntan.

Manakala, di Malaysia sahaja hampir 30 peratus daripada CEO syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) adalah diterajui oleh akauntan yang bertauliah.

Mohd. Nasir menambah, profesion akauntan adalah tunjang utama ekonomi pada masa depan dan permintaannya tidak akan terjejas meskipun dunia dilanda krisis ekonomi.

Sunday, June 21, 2009

SOFEA CAN WALK!


assalamualaikum wrb,

wah wah wah, lamanya tak update. penyakit malas datang la tu. almost 4 months aku tak update blog huhuhu. biasalah sibuk ngan urusan duniawi. hehe. ok la, dipendekkan cerita, aku nak share satu berita gembira. hani sofea dah pandai jalan! by the way umur dia dah hampir 13 bulan. ada org kata kalau dah setahun baru pandai jalan tu maknanya lambat la tu. sofea nie dari memang dah lama bole tatih sket-sket. tp dia malas. bila suruh walk dia akan duduk. agaknya dia confius kot "walk" dengan "sit". hehe. tak kisah la, janji ibu n ayah are happy for you sweetheart!

nie lah progress our baby gurl setakat nie:
1) sebut horse dia akan goyang macam tunggang horse jugak
2) bila dengar orang zikir i.e. lailahaillallah dia akan goyang jugak
3) dah pandai jalan sket-sket. sometimes dia marah bila kita pegang tangan dia sebab dia nak jalan sendiri
4) Dah pandai minum air with straw
5) Dah pandai sebut beberapa words like mama, yah(ayah), dirty, catty(cat)
6) Suka sgt lagu baa baa black sheep and twinkle² little star
7) Bila berenti swing dia akan goyang kaki means suruh henjut swing sambil nyanyi lagu buai laju-laju
8) Bila sebut 'babam sleep' dia akan baring dan tepuk² bantal and buat-buat sleep
9) Pandai shake hand and flying kiss with mmmuah!
10)Dah ada 6 batang gigi. 4 atas and 2 bawah. (tapi lagi 2 gigi bawah baru nak tumbuh jadilah 8 batang gigi nanti)

apa pun, semoga our baby gurl selalu sihat, ceria and jadi org yang berguna nanti. ayah and ibu doakan the best for you honey!


Saturday, March 14, 2009

Thursday, March 05, 2009

update untuk HUBBY ku..



Ada orang tu kan,dia dah lama sgt x update blog dia,sampai dia kata "dah ramai tertanya-tanya bilalah si dwen nak update blog ni". Tapi kan, betulke ada org tanya?? kalau ramai maknanya kira "femes" gak ar blog laki aku nie. haha.

X apalah, nak wek camno, busy memanjang si dwen ni ha, sebabkan kesian, maka wife dia yang cantik nie lah yang tolong updatekan, so this entry special ditulis untuk hubbyku dan peminat-peminat blognya. Aku ni sokmo baca blog-blog orang, rasanya dari zaman U dulu memang ramai kawan-kawan yang dah ada blog sendiri,aku sorang je yang ketinggalan. Nampak cam senang je, apa susah tulisjelah apa yang nak ditulis. sampai ada blog yang aku baca bole guling-guling ar gelak sbb cam kelakar. kira menusuk hatilah tulisan dia tuh. Kadang2 tuh if terbaca blog2 orang yang "kureng", pandai plak aku komen, ish, apalah wat blog camnie.. tinggal tulis je pun xreti.

Di pendekkan cite, bila hubby cakap dah lama xupdate blog, aku pun sibuk ar nak tolong update blog dia, dengan confidentnya cam tau je. konon tunjuk terer ar nak update blog hubby, ala, apa sangat setakat tulisje, tp pastu baru ku sedar yang aku ni xtau rupanya. Terpaksalah tanya hubby aku, camne nak start ek? kena bukak kat ne?. Pastu camne nak letak gambar sume? haha. Dah dwen kena ajar satu-satu. kesian anie nie, rupanya first time menulis blog.

Benda pertama yang aku terpikir nak letak gambar. Mula-mula ingat nak letak gambar bihun ngan kupang yang kitaorg dah makan tadi, tp cam xbest plak, apalah gambar mknn pun nak tunjuk2. xsedap plak tuh. haha. Orang lain sokmo tepek gambar macam-macam kat blog dia. Tapi aku rasa gambar kitaorg yang terkini xde, sbb xbanyak amik gambar. jadi aku terpaksala tepek stok2 gambar apa yang tinggal kat sini. Kira oklah sebab aku rasa bila korang tengok gambar -gambar kitaorg nanti, mesti korang rasa cam tengok gambar artis. haha.. ada kena mengena ke?? apa-apa jelah, yang penting layan!!



Nie gambar aku (wife dwen) yang telah dicompilekan. Lama aku edit gambar nie b4 aku sendiri berpuas hati dengan gambarku yang 'seolah-olah kurus' dan muka yang nampak fresh gitu. Aww!. Gambar-gambar nie kira gambar 2 taun lepas ar. Sekarang kita tengok plak gambar "current"





haa... nak kata yang terkini xgak, tp kira bolehlah sebab niejelah gambar family yang ada buat masa nie. Cer tengok betul-betul siapa yang banyak berubah? I mean fizikal dia change.. Anie?? ish, xdelah(xnak ngaku). Dwen lah!! hahaha.

Mesti ada yang tepikir, apalah, entry cam xde modal je, sebenanya... memang pun aku xde modalpun. Yang penting aku dapat tepek gambar je. hahaha. Kiranya, pasnie aku tumpang tengok and bagi commentjelah kat dwen bout his blog, sbb aku rasa pening bila tulis blog. Nie pun nak siapkan ayat yang xseberapa dah amik masa sejam. ha, amik!!. Sampai sekarang time aku tengah menulis nie aku terpikir2, napa baca blog org lain cam best ek? bila aku tulis napa cam xbest? ish, sebab dah pening memikirkan dan b4 aku jadi lagi pening sampai pengsan so better aku stopjelah. Tapi, if ada yang rasa tulisanku lagi best dari hubby ku, pasnie aku bolelah tumpang sekaki nyebok2 nak tulis gak. sebab....aku perasan diriku best!! hahahaha.

sekian, entryku untuk kali ini.

Wednesday, March 04, 2009

Thursday, January 15, 2009

I'M 28 TODAY!


assalamualaikum wrb,

syukur alhamdulillah, allah telah memberiku peluang utk hidup di bumiNya selama 28 tahun, dan masih terus memberiku peluang utk hidup di bumiNya sehingga kini. aku bersyukur padaMu ya Allah, dan semoga engkau terus memberikan keredhaan ke atas apa jua yg aku dan keluargaku lakukan. amin...



thanks sayang n sofea, for the lovely cards and present! sofea pun dah pandai tulis ye? hehehe...

Monday, January 05, 2009

AL FATIHAH 2


assalamualaikum wrb,

pada 2 Jan 2009, aku kehilangan paklongku Allahyarham Aminuddin Rosly. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hosp Ampang pada lebih kurang pukul 6 petang.

along merupakan abang sulung kepada abah aku. agak rapat dgn family kami, along pernah juga ke london dgn family kitorang pada tahun 2005 yg lepas.

semoga roh-roh mereka tergolong di kalangan insan-insan terpilih oleh Allah, insya allah.

Al-fatihah...





Friday, December 26, 2008

AL-FATIHAH


Assalamualaikum wrb,

Pada tanggal 25 Disember 2008 yang lalu, aku kehilangan nenekku yang tercinta Allahyarhamah Manisah Ibrahim. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hosp Batu Pahat pada lebih kurang pukul 6.30 petang.

Walaupun aku tak berapa rapat sgt dgn dia, sedih jugaklah sebab inilah mak dgn abah aku kedua-duanya dah jadi anak yatim piatu. Allahyarhamah nenek aku sebelah abah dah meninggal pada tahun 2006 yang lepas. Atuk aku kedua-dua belah dah meninggal lama dah.

Semoga roh-roh mereka tergolong di kalangan insan-insan terpilih oleh Allah, insya allah.

Al-fatihah.



Thursday, November 20, 2008

JALAN-JALAN MAKAN ANGIN


assalamualaikum wrb,

16hb nov sampai 24hb nov hari tu, kitorang pergi berjalan2 makan angin di malaysia. mrs dwen ambik cuti wajib, so aku pun tumpang sekali ambik cuti wajib tu.

kitorang mulakan perjalanan ke bukit tinggi, pahang. kami menginap di colmar tropical, bukit tinggi. resort yg bertemakan bangunan2 'french style', memang cantik utk yg nak honeymoon, or bawa family makan angin.

kami dekat sana lebih kurang 2 malam. selain resort tu, ada juga rabbit park, perkampungan jepun, botanical garden, tak lupa jugak gold course. bowling alley pun ada, maybe utk yg nak activity waktu malam kot. aku recommend la tempat ni. tp satu je yg kitorang tak tahan, makanan dia. mahal sangat utk kita2 golongan marhaen ni. dah la tak boleh nak masak. dicadangkan kalau nak pergi sana, bawa la instant food seberapa banyak yg mungkin. bubur ke, maggi ke etc. janji makan. kalau taknak, boleh la turun ke kampung bukit tinggi, lebih kurang setengah jam dari atas bukit tu.

habis 2 hari, kami teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. kami ke perak, lebih specific ke teluk intan. tido rumah uncle kpd mrs dwen. sampai teluk intan pun lebih kurang petang, so tak banyak aktiviti yg boleh dijalankan. waktu malam kitorang lepak je berehat dkt rumah tu.

esoknya kami teruskan perjalanan ke taiping. tp sebelum tu singgah kedai cik iza tengok2 barang apa yg patut. aunty kpd mrs dwen ni ada kedai di teluk intan, betul2 depan menara condong tu. kedai dia ni agak well-known jugaklah bagi masyarakat di teluk intan. jual jewellery, bag, gelang, etc. recommended kalau ke bandar teluk intan.

kami sampai di hotel di taiping lebih kurang pukul 7 malam macam tu. sebelum tu singgah ke KFC di taiping. singgah juga ke klinik sbb badan sofea agak panas. bila cek, doktor kata panas biasa. so doktor bagi ubat utk kebahkan demam sofea.

di KFC, sofea tunjukkan skill dia. dia menjerit2 sampai most of the people dkt KFC tu tengok dia. anak ayah ni memang best la hehehehe... sofea menjerit sepanjang berada di KFC, jeritan dia bertambah kuat bila ada org agah2 dia. huhuhu sofea sofea...

malam tu kami ke rumah ayahlang di taiping. kami sampai agak lewat sbb berehat kejap di hotel. sampai sana sofea dah tido. dari kami sampai hinggalah balik sofea tido dkt sofea tok alang dia.

besoknya kami teruskan perjalanan. tapi singgah di bukit larut, naik bukit tu. really recommended bg sesiapa yg suka thrill. bukit larut ni terletak berhampiran zoo taiping dan MRSM taiping. nak naik bukit ni kena guna 4wd yg disediakan. bayar RM6 seorang.

kitorang ingat jalan dia cantiklah mcm pergi cameron highland or genting, tp hanya tuhan yg tahu betapa cuaknya hati ini bila dalam pajero tu masa on the way ke puncak. perjalanan ke puncak mengambil masa lebih kurang sejam, dgn kecerunan jalan tu boleh dikatakan lebih 45 degree. bayangkanlah utk naik bukit tu, jalan dia mcm tangga dkt rumah 2 tingkat? bayangkanlah kalau sepanjang2 sejam tu, jalan dia mcm tu. itu ok lagi, nak thrill lagi, hanya satu kereta setiap masa. nak tambah thrill lagi, sebelah jalan tu adalah gaung yg kalau jatuh tu memang confirm HILANG! so ad berani nak cuba naik bukit larut?

bila sampai puncak, takdela ape sangat sebenarnya bukit larut ni. tp dkt puncak tu ada la jugak chalet, yg menurut abg ipar aku, berhantu. zaman dulu, bukit larut ni adalah kawasan peranginan bg penjajah british. masing2 ada rumah sendiri. nasib baik mrs dwen beli tiket for 1 hr je dkt atas tu. kalau tak mati kutu jugakla kitorang kat atas puncak bukit larut tu.

perjalanan naik dan turun bukit larut tu memang 'mengecutkan' perut. yg bestnya, sofea boleh tido masa on the way naik n turun. bila sampai je puncak baru dia jaga. nak tambah thrill lagi bukit larut ni, masa on the way turun, hujan turun selebat2nya huhuhuhu. kitorang hanya mampu berzikir dan berdoa semoga allah selamatkan perjalanan kami tu.

kemudian kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, penang. sampai di hotel lebih kurang pukul 7 malam. masa tu musim hujan di utara, so kami agak rugi sebenarnya. takpelah, since holiday ni dah lama plan, so we stick to the plan.

malam tu kami ambik yana dkt rumah dia, ajak pegi makan. nak cari tempat makan best pun adik aku tak tau jalan sbb dia baru je pindah penang ni. last2 kami ke gurney plaza, tengok barang2 je. pegi makan dkt bandar georgetown, dkt satu kedai melayu org kelantan. tu je kedai melayu yg bukak. yg lain semua nasi kandar.

esoknya kami ke bukit bendera. setelah lebih kurang sejam lebih, sampai juga ke bukit bendera TAPI malangnya tempat tu tutup utk maintenance. amat kasihan kami ini. takpelah, teruskan perjalanan ke tempat yg tak sure ke mana. last2 kami balik, tp lepak di batu feringhi. pun hujan jugak. so takleh la nak lepak lama2 dkt pantai tu. on the way balik hotel tu singgah beli nasi kandar.

esoknya kami teruskan destinasi ke utara tanah air. hari tu masa masuk penang kami ikut bridge, so balik ni nak jugak merasa naik ferry. sampai di kedah lebih kurang pukul 5, rehat kejap lepas tu malam tu kami ke sebuah shopping complex yg aku sudah lupa nama dia, utk pergi McD hehehe... last2 kami dapat makan McD + cadar sofea sbb kat situ ada sale hehehe...

esoknya kami plan nak ke bukit kayu hitam. lepas je breakfast terus ke sana. sampai ke signboard padang besar, terus tukar direction, ke padang besar hahaha. perjalanan agak lama sbb tak banyak kereta.

sampai sana, banyak la jugak borong barang, especially baju sofea. baju murah2 compare kalau dkt kedai. dkt blog2 yg jual baju baby pun tak bleh lawan harga dkt padang besar hehehe. mrs dwen pun ada jugak barang yg dibeli, aku pun sambar jugak satu jersey ragbi yg memang aku cari dari dulu.

kami sampai di hotel lebih kurang pukul 5. malam tu keluar makan di satu restoran yg konsepnya mcm foodcourt dkt jusco. ada satay, ada claypot, ada western food, ada jugak nasi pulut.

itulah lebih kurang catatan perjalanan kami masa cuti hari tu. sebenarnya tak habis lagi, sbb dari kedah tu, kami terus ke johor, balik kampung mrs dwen. esoknya sofea nak dikhatankan. dah besar dah anak ayah ni.

best juga jalan2 cari makan ni. tp kena betul pada kos dia lah. kena budget bebetul, kalau tak soru miss jugak hujung bulan hahaha...

nanti aku sambung lagi.

Wednesday, November 19, 2008

Sunday, November 02, 2008

POST-HARI RAYA...


assalamualaikum wrb,

alhamdulillah, allah masih memberi peluang kpd kita utk hidup di bumiNya. genap sebulan aku tak update blog, bulan october ni agak busy dgn kerja dan personal.

minggu pertama, minggu raya. tahun ni hari raya pertama kitorang di johor. tahun ni bertiga, tahun lepas berdua je. sofea dah masuk 4 bulan, so lain pula 'angin' dia bulan ni. bulan ni sofea menunjukkan 'manja' dia pada ibu n ayah dia. geram pun ada, tp bila dah ada dengan dia, senyum2 pulak. tu yg geram tu.





aku n wife tak ambik cuti tahun utk hari raya, sbb kitorang ada plan "baik punyer". nak tau plan apa, tunggu!!

biasalah bila cite hari raya nie, teringat plak time raya masa kecik2 dulu. main bunga api ngan sedara mara, main mercun kataklah, mercun ularlah, gasinglah, paling famous mercun lidilah, fire2 umah org. hepi je masatuh. sbb pikir dapat dwet raya, dapat mkn kuih raya, dapat baju raya, sumenya hepilah. bila dah ada anak ni, preparation lebih untuk family. pentingkan wife n anak, baru cari baju sendiri. tu pun dah last minute baru jumpa baju sendiri. tak kisah lah, yg penting family happy n bahagia.

tahun ni tema coklat. ingat family kitorang je, tp berterusan sampai ke family sebelah mrs dwen. tahun ni masih tak sempat nak tempah baju, sbb masa ramadhan hari tu aku sibuk dgn business plan. so ingat kalau sempat, tahun depan baru nak tempah. lagipun tukang jahit mana terima last minute. takpelah, yg penting kitorang dapat jugak beli baju raya, except for sofea lah, saiz takde. dia pakai baju biasa je, tp mcm baju kurung jugak rupa dia.

sbb kitorang tak cuti, kitorang balik johor last day puasa. balik petang hari tu lepas kerja, by the way company bagi half day, so adalah masa nak balik kampung. sampai johor betul-betul waktu berbuka, so teruslah menghadap juadah yg dah tersedia.

malam tu sibuk dgn preparation utk hari raya besoknya. kemas rumah, gosok baju etc. sambil melayan cerita tv malam raya, tahun ni semua (family sebelah wife) balik utk beraya. kalau kat KL, takde lah semua balik sbb akak aku still dkt london, beraya kat sana (dorang dah raya dah 1 day before malaysia raya huhuhu).

besoknya, lepas solat idulfitri, kitorang bersalaman meminta maaf di pagi raya. selesai keluarga dkt, kitorang balik kampung tok n nenek, di bukit ramun. mcm biasa, bersalaman di pagi raya. sofea pun nak salam jugak, tp bila dia salam tok buyut dia, bukan cium tangan, tp makan tangan atuk. atuk yang mmg susah nak senyum, boleh tersengih tengok cicit dia tu.

hari tu almost one day kita dkt kampung. sebelah ma, tak ramai yg balik, sbb tahun ni kebanyakan pakcik n makcik balik ke kampung pasangannya. so kitorang spend lama sikit dkt kampung atuk belah abah.

besoknya sebelah petang, kitorang balik melaka. tp singgah batu pahat, beraya kampung mak aku. sampai je dkt kampung, wak jais n family sampai. diorang ni kalau balik kampung, bawak semua sekali anak2 n menantu, mcm satu family besar gitu. mana taknya, anak dia almost semua dah kahwin, dan semuanya dah ada family sendiri. sampai je diorang, penuh laman rumah nenek aku dgn kereta diorang. family cik nen dgn cik man dah lama sampai. termasuklah jugak cik akob.

kitorang balik melaka lepas maghrib, tak ikut highway. ikut jalan batu pahat - muar.

besoknya mrs dwen kerja. aku tak kerja, sbb family aku ikut balik melaka. sbb petang tu kitorang nak balik KL pulak. hujung minggu tu beraya dkt KL. pergi rumah maksu, dgn rumah along. lepas tu singgah jugak rumah en samsul, lama tak pergi rumah dia. singgah jugak kedai barang baby, nak beli barang sofea. harga dkt situ takde la murah sangat, standard je tp banyak pilihan.

minggu kedua, dah kerja balik. malas je rasa sbb dah cuti panjang kan. tp takpelah, sbb minggu depannya dah cuti panjang.

weekendnya, kitorang pergi aFamosa waterworld, family wife aku naik ke melaka, nak celebrate birthday adik ipar bongsu aku. best jugak, sbb first time aku pergi situ. dulu pernah pergi aFamosa tp aku pergi safari dia. nak masuk je dah kena rm30 sorang huhuhu, dah la tak boleh bawak makanan. ada fees rm40 tp siap makan, yg ntah ape2 makanan dia. sampai je kat situ, gang anak2 mandi dulu, ma dgn abah tolong jg sofea yg tengah tido dkt stroller tu. aku dgn mrs dwen dating je hehehe.

dah lama lepas tu, ambik sofea pulak. bg dia main air, dahlah siap ngan swimming suit dia. comelje. sofea nie kalau main air suka. selalu bila mandi diam je sambil senyum2. bila angkat nangis, mmg suka sgt main air. time kat aFamosa tuh, relaxje main air, memerhati budak2 lain, ngoratle tu, hehehe. kitaorg apalagi, snap gambar dia bnyk2. sampailah dah kecut tangan sofea tuh, barulah kitaorg naik atas. naik atas, lapar lagi. hahaha. apa nak buat, makanan dah takde, kena la beli. secawan fresh orange pun dah nak dekat rm4. tu belum lagi kalau nak makan nasi goreng ke ape ke, ntah2 nak dekat rm10 kot.



pastu, time to go backlah, packing2, salin baju sume, kitaorg blahlah, bye2 aFamosa!! sofea jerit. hah, sofea dah boleh cakap? tipuje, hehehe. then, destinasi seterusnya kuih udang alor gajah. oklah gak kat situ, sbb dah lama sgt tak makan dkt situ. mrs dwen merajuk sbb dia punye order dpt lambat, dia yang mintak dulu, tp aku yg dpt dulu. hahaha. mrs dwen kata makcik tu sajeje buat lakinye dulu. hehehe.

destinasi seterusnya, cuti-cuti malaysia. since wife aku kena ambik cuti wajib, so kitorang berpakat utk ambik cuti dari 16hb sampai la 24hb tu, sambung terus sampai deepavali. destinasi2 yg dipilih: bukit tinggi, teluk intan, taiping, penang, alor setar, padang besar. huhuhu jalan sakan! cerita pasal holiday kitorang, nanti aku buat entry yg lain.

wsalam.

Tuesday, September 30, 2008

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN


assalamualaikum wrb,

alhamdulillah, allah masih memberi peluang kepada kita utk meneruskan ibadahNya sehingga ke hari terakhir. sedih bila ramadhan dah amat² hampir melabuhkan tirainya. adakah kita sempat utk bertemu ramadhan yg berikutnya?

minggu ni ofis dah kosong. aku still kerja lagi, tak ambik cuti raya. bukan rajin, tp hujung bulan depan ada project baik punya. nak cuti panjang sket dari yg biasa.

minggu lepas, mak abah aku datang rumah. dah lama tak jumpa cucu katanya. cucu yg dua orang (nabila & haziq) ada dekat london tak balik lagi, so cucu dkt malaysia ni la tempat melepas rindu. masa mak abah aku sampai je, sofea bercerita dgn excitednya. siap jerit² lagi. entah apa yg dibualkan, dia je yg tahu. tp happylah, sampai penat nenek dia nak melayan.

weekend hari tu, siblings ibu datang plak. diorang on the way balik johor, so singgah melaka jumpa anak buah kegemaran hehehe. habis la sofea masa raya ni mesti jadi tumpuan. takpe, nanti minta duit raya banyak² tau sofea hehehe.

di kesempatan ini, kami (noridzuan, zuraini & hani sofea) ingin mengucapkan selamat hari raya 'idul fitr kepada semua umat islam local ataupun international. kami memohon maaf zahir dan batin jika ada kesalahan dan kesilapan yg sengaja atau tak sengaja kami lakukan. ada kesempatan, datanglah rumah kami di melaka.



SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Monday, September 15, 2008

SOFEA DEMAM + PINDAH RUMAH + MEETING + 16HB


assalamualaikum wrb,

alhamdulillah, sudah 2 minggu kita menjalani ibadah puasa, dan ini bermakna ada lebih kurang 2 minggu jugak lagi ramadhan akan meninggalkan kita. adakah kita di tahap puasa yang mana?

hani sofea demam hari tu, agak lama jugak lah. malam² bila nak tidur ada lah jugak dia meragam. kesian pulak tengok dia. ada satu malam tu dia meragam pitch 3, sampai jiran depan rumah pun tanya kenapa dgn sofea.



alhamdulillah, kitorang dah masuk rumah baru. lori yg angkat barang tu kecik, so kena 3 trip. nasib baik pindah malam, boleh la jugak minum air. kalau pindah siang, kena bukak puasa plak nanti sebab penat.

yg paling mencabar bila nak angkat almari ke tingkat atas. memang mencabar minda betul. tu la, siapa suruh beli almari berat lagi hehehe. operasi pindah rumah habis lebih kurang 12 tgh malam. nasib baik esoknya hari sabtu, so ada la masa nak kemas rumah balik.

malam tu hani sofea amat baik. dia tido je masa pindah² tu. mungkin sebab suasana lain, so sofea pun rasa seronok utk tido tanpa gangguan hehehe.



sekarang ni aku kerap ke cyberjaya utk meeting pasal business plan. bila dah siap, kena plak dapatkan approval semua. so preparation ni kena buat dgn team aku dkt cyberjaya sekali. tambahan lagi aku dah involve dgn satu project dgn president, so every friday ada meeting dkt cyberjaya.

esok 16hb. kalau ikut plan pakatan rakyat, akan ada kerajaan baru. tp current gov buat 'lawatan sambil belajar' di bulan ramadhan ni ke taiwan. apa ke hey ni yeop? bila ditanya samada takut ada ahli parlimen yg lompat parti, nafikan la plak. ye ke? kalau buat lawatan ke madinah ke, buat umrah ke, boleh la jugak diterima. ini dah la ke taiwan, lepas tu dgr²nya akan ada yg direct ke los angeles. ini nak belajar apa plak ni?

entah la, tindakan gov sekarang makin menimbulkan syak wasangka di kalangan rakyat. kita sebagai rakyat haruslah pandai memilih dan menginginkan pemimpin yg sepatutnya. tp jangan sampai keluar mulut singa, masuk mulut buaya plak. buaya bujang senang plak tu. bujang senang ada C4 hahahaha.

sekian dulu terima kasih (macam buat surat masa sekolah² dulu hehehe).

Monday, September 01, 2008

HAPPY ANNIVERSARY, SAYANG


assalamualaikum wrb,

ucapan ini ditujukan khas utk isteriku, siti zuraini zainal. hari ini genap setahun kita bersama melayari bahtera rumahtangga. semoga kita sentiasa diredhai dan dirahmati allah.

sayang sentiasa bersama abang dan menyokong abang. itu yg amat abang harapkan. bila org lain tak faham abang, sayanglah org yg faham dan ingin terus memahami abang. bila abang rasa sedih, sayanglah org yg menjadi 'shoulder' utk abang meluahkan kesedihan abang. bila abang hangin sket (hehehe), sayanglah org yg tenangkan abang.

semoga keluarga kita akan terus bahagia dan makin bahagia dari hari ke hari, insya allah. semoga kita menjadi keluarga yg diredhai allah dunia dan akhirat, insya allah.



happy anniversary, sayang.

Thursday, August 28, 2008

BUDGET DEFENCE + ESOS + INVESTMENT + REZEKI + HANI SOFEA + MERDEKA + RAMADHAN


assalamualaikum wrb,

alhamdulillah, allah masih memberi peluang untuk kita tinggal di bumiNya. business plan company aku pun dah nak dekat siap. sekarang ni tengah sessi budget defence. department kena defence budget yg diorang request utk 2009 nanti. macam² yg direquest oleh department, sometimes macam tak reasonable nak beli. bukan taknak bagi, tapi kita ni company, so ada la P&L dia jugak. kena tengok jugak P&L kalau nak approve budget. kalau tak, rabak la P&L.

sekarang ni pun musim² menjual share ESOS yg diperolehi. semua permanent staf dapat ESOS from parent's company, tp parent ni pandai. ESOS expense dia charge dkt buku subsi. kalau sikit² takpe lah jugak, boleh absorb. tp ni sampai nak losskan subsi. huhuhu.

alhamdulillah urusan keluarga kami sentiasa allah mudahkan. terbaru, our new investment dah siap semua sekali. renovation pun dah settle. insya allah takde aral, berhari raya di rumah baru la tahun ni. alhamdulillah.

rezeki ni kalau allah nak bagi, tak mengira type of rezeki tersebut. kita je yg kena bersyukur dgn setiap kebaikan yg kita dapat. kalau dapat musibah tu, cepat²lah beristighfar, mungkin ada yg tak kena dgn flow life kita. allah nak bagi peringatan tu, so that kita tak lalai lebih jauh.

hani sofea dah makin 'baik'. biasalah baby ni, bila sampai nak tukar bulan i.e. from 2 mth to 3 mth tu, ada je perangai dia yg lain dari yg sebelumnya. sometimes boleh bawa ke demam.



bila penat balik kerja, tengok sofea, rasa penat automatic hilang. tp aku pelik kenapa ada org² yg tak berhati perut yg sanggup buang anak, letak dkt semak, dkt tong sampah, tinggal dkt tempat² yg tak sepatutnya. tak terfikir ke diorang dosa or salah yg diorang buat? cuba letak diri sendiri dkt tempat baby tu, apa rasanya? sepatutnya org² macamni tak layak nak hidup.

lagi beberapa hari lagi ramadhan akan tiba. alhamdulillah, allah still bg peluang dkt kita utk bertemu dgn ramadhanNya. serentak dgn itu, ulangtahun kemerdekaan Malaysia yg ke-51. syukur atas kedua²nya.

cuma sekarang ni, keadaan politik malaysia amat tidak stabil. current government masih tidak dapat menemui solution terbaik utk mentadbir negara. dengan kemenangan datuk seri anwar ibrahim di parlimen permatang pauh baru² ni, diharap dapat membuka lembaran baru dalam politik negara kita. semua unsur² ketidak adilan i.e. ISA, rasuah yg amat berleluasa di negara (sampai ranking pun makin lama makin jatuh, still taknak mengaku yg rasuah dkt malaysia ni teruk), politik yg bias, attitude pemimpin yg tidak melambangkan pemimpin, dll yg sepatutnya dibuang dan dicampak dari 'rupa' kerajaan yg sepatutnya.

walaupun dha jadi macamni, tp gov still masih tak concern dgn apa yg rakyat mahukan. still masih nak penuhkan tembolok sendiri dgn project². adakah ini pemimpin yg berteraskan islam? kita fikirlah sendiri. sekaranglah masanya utk kita membuat perubahan ke arah kebaikan.

selamat menyambut hari merdeka (merdekakah kita?). salam ramadhan. ahlan wasahlan ya ramadhan, aku amat merinduimu...

Friday, August 15, 2008

BUSINESS PLAN + SOFEA + FARHAN


assalamualaikum wrb,

alhamdulillah selamat sudah operasi cukur minggu lepas. takde masalah yg timbul, semuanya seperti yg dirancangkan.

sekarang ni aku dah start sibuk utk business plan company aku. buat briefing utk semua departments, gather data dari dorang. lepastu distribute template, buat individual discussion utk department yg still tak clear lagi macammana nak buat business plan.

hani sofea dah semakin pandai. dia dah start suka berbual. kalau kita bercakap dgn dia, dia pun nak bercakap, tapi bahasa dia lah. comel je bunyi dia. sometimes sampai jerit² nak jelaskan satu perkara tu.





farhan dah terkeluar dari akademi nasyid. alhamdulillah, sampai ke peringkat ini. takpelah, takde rezeki korang. insya allah ini merupakan peluang utk korang kembangkan bakat ke tahap yg seterusnya. anggaplah semua ni sebagai titik permulaan utk korang menjadi artis dan pendakwah dgn cara korang sendiri.



nanti sambung lagi.

Monday, August 11, 2008

HAPPY BIRTHDAY SAYANG


assalamualaikum wrb,

posting ini ditujukan khas utk isteriku, siti zuraini zainal. happy 25th birthday, sayang. semoga sayang menjadi wanita yg mentaati perintahNya, isteri yg hormat suaminya dan ibu yg mithali.

When she looks at me
I know the girl sees things
Nobody else can see

All of the secret fears inside
And all the craziness I hide
She looks into my soul
And reads me like nobody can

And she doesnt judge the man
She just takes me as I am

Come what may, she believes
And that faith is something
Ive never known before
Come what may, she loves me
And that love has helped me open a door
Making me love myself a little more

When I turn away
She knows those are the times
Theres nothing she can say

Nothing that anyone can do
And so she lets me live it through
And when Im in my darkest hour of uncertainty
She just simply lets me be
And goes right on loving me

And when it seems my dreams
Have all slipped through my fingers
When they just cant be found
I turn around and there they are
Shining in her eyes

i love you sayang, dunia & akhirat. happy birthday!


Sunday, August 03, 2008

OPERASI BOTAK + REZEKI ALLAH...


assalamualaikum wrb,

hari sabtu hari tu lepas kenduri makcik mrs dwen, parents in-law follow ikut balik melaka sebab besoknya ada kenduri dkt masjid tanah. hari ahad, aku buat operasi membotakkan hani sofea. majlis cukur jambul hari tu setakat gunting gitu-gitu je rambut, tak cukur habis. so dgn berbekalkan gilette dan gunting, aku pun menjalankan upacara yg gilang-gemilang tu hehehe. mrs dwen pangku sofea. kena buat time dia tido, kalau tak silap-silap melalak la sofea tu.

operasi 'botak' mengambil masa selama 2 sessi, pagi dan petang. sebelah pagi ambil masa lebih kurang sejam. lepas tu tengok sofea dah banyak move, lagi satu dia pun dah miang-miang kena rambut sendiri. so tangguh la kejap operasi tu sambung waktu petang pulak.

nak cukur rambut sofea makan masa sikit, sebab rambut dia lebat. ikut ayah dia la kot hehehe. bila dah make sure sofea tido, kitorang bedungkan dia supaya dia tak meronta-ronta sangat. sometimes dia senang terkejut, so bila pakaikan dia bedung, kuranglah sikit dia nak terkejut tak tentu pasal. lepas tu gunting sikit-sikit rambut dia, bila dah agak nipis baru guna shaver.



sessi kedua baru settle semua. alhamdulillah tak luka or menangis sofea. dah bulat dah kepala, takde rambut hehehe. lepas tu mandikan n bagi susu. mesti sejuk je dia sebab kepala dia dah takde rambut.

minggu lepas jugak dapat surat dari HR. alhamdulillah, dapat berita gembira setelah lebih 4 tahun kerja dkt mmu ni. org cakap rezeki anak, rezeki sofea. alhamdulillah, allah mengkabulkan doa aku dan keluarga aku. bila kita berkahwin, allah akan mudahkan rezeki utk kita.

bila aku plan nak kahwin last year, allah bagi kemudahan utk follow mrs dwen transfer ke melaka. lepas tu rezeki pertukaran management + pertukaran salary scale, tak lama lepas tu mrs dwen pregnant, dapat pulak rezeki zuriat. tak lama lepas tu mrs dwen pulak diconfirmkan post dia. lepas tu urusan yg lain-lain amat mudah. alhamdulillah, allah mengkabulkan doa kita. bila berkahwin tu, rezeki memang murah. tak percaya, tanyalah pada org yg dah kahwin tu. kan kengkawan?



ok lah, nanti aku sambung.

wsalam.