Wednesday, August 30, 2006
LA CAMISA NEGRA - THE BLACK SHIRT
Tengo la camisa negra
hoy mi amor esta de luto
Hoy tengo en el alma una pena
y es por culpa de tu embrujo
Hoy sé que tú ya no me quieres
y eso es lo que más me hiere
que tengo la camisa negra
y una pena que me duele
mal parece que solo me quedé
y fue pura todita tu mentira
que maldita mala suerte la mía
que aquel día te encontré
por beber del veneno malevo de tu amor
yo quedé moribundo y lleno de dolor
respiré de ese humo amargo de tu adiós
y desde que tú te fuiste yo solo tengo…
tengo la camisa negra
porque negra tengo el alma
yo por ti perdí la calma
y casi pierdo hasta mi cama
cama cama caman baby
te digo con disimulo
que tengo la camisa negra
y debajo tengo el difunto
tengo la camisa negra
ya tu amor no me interesa
lo que ayer me supo a gloria
hoy me sabe a pura
miércoles por la tarde y tú que no llegas
ni siquiera muestras señas
y yo con la camisa negra
y tus maletas en la puerta
mal parece que solo me quedé
y fue pura todita tu mentira
que maldita mala suerte la mía
que aquel día te encontré
por beber del veneno malevo de tu amor
yo quedé moribundo y lleno de dolor
respiré de ese humo amargo de tu adiós
y desde que tú te fuiste yo solo tengo…
tengo la camisa negra
porque negra tengo el alma
yo por ti perdí la calma
y casi pierdo hasta mi cama
cama cama caman baby
te digo con disimulo
que tengo la camisa negra
y debajo tengo el difunto
tengo la camisa negra
porque negra tengo el alma
yo por ti perdí la calma
y casi pierdo hasta mi cama
cama cama caman baby
te digo con disimulo
que tengo la camisa negra
y debajo tengo el difunto
=======
dwen say : tak faham? hehehehe... pergi dkt sini
Monday, August 28, 2006
NABILA AZAM...
assalamualaikum,
last week akak aku sent latest pics anna nabila... dah besar dah dia... nih yg membuatkan aku bertambah geram n tak sabar nak tunggu dia balik... mana taknye, dia gelak, senyum sokmo... huhuhu... mcm rasa nak kawin plak sbb nak ada anak sendiri heheheh... tengok la kat sini gambar² yg akak aku send kat email aku...



tak sabar nak tunggu dorang cuti raya tahun nih...
KITA TERPAKSA BERMUSUHAN...
assalamualaikum...
hampir sebulan tak hapdet... agak 'byk keje' sket, bukan busy... first week of august, dah tak ingat sibuk dgn apa, tp sibuk jugak la... hujung minggu cam biasa ada program kat melaka... so weekend dah terguna, tak la buang masa sangat...
second week, agak sibuk dgn convo punya preparation... ada rehearsal la, itu la ini la... convo was on 12th & 13th august... overall, ok... buat dkt MMU grand hall, dewan yg baru digunakan julung² kalinya... memang besar, boleh muat about 4500 pax... aku jadi usher, jaga datuk rahim... dia seorang yg ok, tak terlampau mem'pressure'kan aku as per said my other friends... week ni jugak my darling keluar wad, after about a month duduk dalam wad, asik makan nasi spital jek (by right tak makan pun, sbb tak berjalan ke mana² heheheh)... kereta aku takde la fully completed, but then it' better rather than kita biar jek kat workshop tu... at least aku always follow up dgn dorang, n quite sometimes jugak aku pegi wokshop tu balik, tengok apa² yg tak betul lagi...
third week, aku amik cuti panjang about 3 days... dah rancang lama dah, nak gi langkawi... kebetulan ita plak kawin masa nih... congrats ita n loqman! aku gi langkawi dgn ramzee, shopping mengalahkan org pompuan hahahah... seb baik aku tak ambik gambar barang² yg aku beli, or else mesti org tak percaya aku beli mcm tu...

forth week, sambung balik buat keje² aku yg tertinggal... approached quite a number of banks for placement, cuma tak gi bank dia jek... tengok la next week ke, baru la berjalan² heheheh... sekarang nih tgh mood nak cuti jek rasa... aku ada lagi 33 days annual leave... bila la aku nak amik lagi nih...
tuh jek kot utk kali nih... eh lupa plak... just to inform that sekarang ni UIA punya convocation... ada convo fest 'ConVest'... ok jugak la, banyak stall yg jual makanan la, baju la itu la ini la... ada mini funfair lagi hahahah...
ok lah, semoga allah meredhai kita semua insya allah... jika betul perlaksanaan, yakinlah bahawa allah akan tolong kita...
Monday, July 31, 2006
20TH FLOOR vs 18TH FLOOR...
MELAKA: Tindakan seorang pelajar Universiti Multimedia (MMU) di sini, mengambil kunci rumah yang tertinggal dalam bilik melalui koridor tingkat 18 rumah sewanya membawa padah apabila dia maut selepas tergelincir dan terjatuh, tengah hari semalam.
Mangsa, Tan Kim Yan, 19, dari Kuantan dikatakan tertinggal kunci rumah dalam biliknya ketika keluar makan dan membeli-belah, kira-kira jam 12 tengah hari.
Sebelum itu, Tan menghubungi rakannya dan mereka berjanji untuk pergi makan bersama sebelum ke Kompleks Mahkota Parade.
Menyedari kunci rumah tertinggal dalam bilik yang sudah dikunci, mangsa dikatakan nekad melalui koridor untuk masuk ke biliknya.
Bapa saudaranya, Ong Cheng Oh, 42, berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh rakan serumah mangsa lalu bergegas ke bilik mayat Hospital Melaka (HM).
“Rakan mangsa beritahu, anak saudara saya itu cuba mengambil kunci sebelum terjatuh,” katanya.
Menurutnya, keluarga mangsa dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Beberapa pelajar yang ditemui terkejut dengan berita kematian Tan.
Menurut mereka, ketika ini adalah masa yang sibuk bagi pelajar mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan tidak lama lagi.
“Saya tidak tahu sebab apa dia jatuh mungkin ‘tension’ kerana sibuk mengulang kaji pelajaran,’ katanya.
Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan mangsa mati terjatuh dari tingkat 18 pangsapuri disewanya.
Menurutnya, mangsa mati serta-merta di tempat kejadian akibat cedera parah seluruh badan.
“Mayat mangsa dihantar ke HM untuk bedah siasat,” katanya.
(sumber : beritaharian)
dwen say : dulu masa aku dekat MMU melaka tahun 1999, aku tinggal dekat hostel dlm MMU, tingkat 20... selalu jugak tinggal kunci dlm bilik... si ape yg aku buat, aku jadilah spiderman, ikut bilik sebelah, panjat corridor pergi bilik aku, lepastu ambik kunci... huhuhu... syukur alhamdulillah, aku masih bernafas menghirup udaraNya sampai sekarang...
LESSON FOR TODAY...
assalamualaikum,
pelajaran yang aku belajar pada hari ini... bila allah tarik satu kesenangan daripada kita (sebab of course itu milik Dia, Dia boleh buat apa sahaja Dia nak), Dia akan berikan kita kesenangan yang lain pulak... cuma bergantung kepada kita utk berfikir, adakah apa yg berlaku itu sebagai satu petunjuk, atau sekadar sunatullah...
pelajaran yg aku belajar hari ni... bila kita kecewa atau frust, sebenarnya ada org yg lebih frust drp kita... redhalah dgn apa yg dah Allah tentukan, dan mohon ampunlah drpNya selagi hayat di kandung badan...
pelajaran yg aku belajar hari ni... dalam kita mengutuk serangan zionis terhadap umat islam di palestin n lubnan, ada pihak yg keluarkan fatwa menghalang kita support pejuang hizbullah... wa na'uzubillahi minzalik!!! (sumber: faisaltehrani)
wallahu a'lam...
dwen say : apa sudah terjadi pada dunia...
Sunday, July 30, 2006
NO TITLE...
assalamualaikum,
walau apa pun yg terjadi, hidup mesti terus... apa yg dah berlaku jadikan teladan, or sempadan, utk kita lebih baik di masa akan datang...
allah takkan jadikan sesuatu perkara, melainkan utk kita fikirkan sebab dan hikmah di sebalik perkara tersebut...
aku juga manusia, yg ada kesilapan n sumtimes ter'jauh' dariNya... aku perlukan guideline, n aku perlukan bimbingan juga...
semoga allah mengampunkan dosa² kita semua, dan semoga allah mengkabulkan hajat² kita...
wallahu a'lam...
Thursday, July 27, 2006
PELANGI PETANG
Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...
Wednesday, July 26, 2006
OBSERVATION OF A TRAVELLER
assalamualaikum,
found an article dkt dlm blog kak aini, yg diadaptasi dari bicaramuslim.com... memang nice, buatkan aku tersentuh sebenarnya... biarpun agak panjang, tp worth utk dibaca... semoga allah menetapkan hati kita pada agamaNya...
=======
Hidup tetap seperti biasa. Jika kita di bumi Malaysia ini hidup di zaman Perang Salib di zaman Salahuddin al-Ayubi r.h. dan kita semua telah pun berugama Islam, kita juga mungkin akan hanya melihat Perang Salib itu dari sini, tiada TV maka mungkin hanya mendengar khabar mulut yang dibawa oleh pelayar kapal yang datang dari sana. Hidup masih seperti biasa.
Hidup diteruskan seperti biasa. Walau macamana sekalipun bersemangatnya kita sebagai orang yang mengaku berugama Islam pun, sehangat mana pun kita berbicara mengenai perjuangan saudara-saudara kita di sana, hidup kita tetap seperti biasa. Tidak terasa langsung bahang peperangan dan kemelaratan di sini. Bicara hanya tinggal bicara. Kerana perjuangan berlangsung beribu batu jauhnya dari bumi ini. Hidup masih seperti biasa.
Begitu jugalah dengan perang yang berlaku di bumi suci, bumi para anbiya, para ulamak, para rasul di Syam sekarang ini. Untuk kali berapa, umat muslimin seluruh dunia lain hanyalah sebagai pemerhati. Hidup tetap seperti biasa. Bergembira dengan nikmat2 kurniaan Allah. Saat kita bergembira bersama keluarga di bumi ini, saat itu jugalah ramai keluarga di sana terpaksa meninggalkan rumah kediaman mereka berhijrah kerana serangan kaum Yahudi. Saat kita bergelak selama 5 saat di sini, Allah sahaja yang tahu berapa ramai muslimin/muslimat yang mati di dalam 5 saat itu, berapa ramai yang putus tangan dan kakinya, berapa ramai yang buta matanya, didalam 5 saat yang sama tetapi beribu batu jauhnya dari bumi ini. Hidup masih seperti biasa.
Kali terakhir bumi Malaysia ini mengalami kesan2 perang yang nyata ialah semasa Perang Dunia Ke-2. Yang meragut kedamaian hati, meragut kesenangan hidup, meragut kegembiraan bersama keluarga. Kini tidak ramai yang tinggal hidup di kalangan kita, yang pernah melalui zaman itu, zaman bersembunyi di hutan-hutan, memakan ubi kayu sambil kapal terbang pejuang dan pengebom Jepun dan British berlegar di atas. Hidup masih seperti biasa.
Betapa untungnya kita di bumi sebelah sini, jika dibandingkan dengan saudara2 kita di sana. Di sana ada kereta pun tak boleh nak guna kerana sudah tiada lagi jalanraya. Telah dibom. Nak pergi ke kedai untuk membeli barangan dapur, kedai pun sudah musnah, mungkin dapur di rumah juga telah hancur. Apalagi yang kita tunggu melainkan kita tinggalkanlah rumah kita dan bawalah apa yang masih mampu di bawa iaitu badan sendiri. Nak dibawa duit, duit tempatan kita tidak akan laku lagi rasanya di negara yang hendak dituju. Hidup masih seperti biasa bagi kita di bumi sebelah sini.
Jadi apa yang patut kita lakukan, sebagai bukti pengakuan kita sebagai orang Islam? Sebaik sahaja kita menjadi orang Islam maka semasa itulah kita bersaudara dengan orang Islam sedunia. Apakah yang di ajar oleh Baginda SAW tentang ini? Antaranya ialah hadith Baginda iaitu, "Orang Islam itu adalah umpama satu badan, jika satu anggota merasa sakit maka merasa sakitlah badan itu."
Maka buktikanlah kepada diri kita sendiri akan pengakuan kita, cubalah empathy atau rasakan kesakitan saudara2 kita di sana itu. Luangkanlah beberapa minit selepas solat Fardu, heningkan diri, pejamkan mata dan ingatlah kesakitan mereka di sana. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Memadailah kita merasa sakit walaupun hanya untuk beberapa detik. Kerana kita sudah mengamalkan hadith Baginda tersebut. Jika tidak, maka layakkah kita mengaku diri sebagai orang Islam? Hidup masih seperti biasa.
Dan apa yang kita boleh lakukan ialah, didiklah anak-anak kita, dengan ilmu yang secukupnya supaya mereka menjadi orang benar yang berhikmah. Kita mungkin tidak akan hidup selama-lamanya bersama mereka. Tetapi yang menjadi objektif kita ialah MENCIPTA generasi baru untuk bumi ini. Generasi yang akan bukan hanya berbicara mengenai perjuangan tetapi yang akan melibatkan diri dengan kebijaksanaan dan hikmah, untuk mengembalikan kedamaian dan ketenangan kepada jiwa, untuk mengalahkan bangsa perosak Yahudi dan meninggikan kalimah kebenaran iaitu kalimah Tauhid di bumi ini.
Jika bangsa Portugis yang berasal dari negara yang kecil bersebelahan Sepanyol, boleh mengembara dengan kapal2 ke bumi yang beribu batu jauhnya dari kampung halaman mereka, ke bumi Malaya ini, menakluk bumi ini dan orang-orangnya, masakan bangsa kita tidak boleh satu hari nanti?
Jika kita katakan bangsa Portugis itu berbadan besar, maka bagaimana dengan bangsa Jepun? Yang juga keluar dari kampung halaman mereka beribu batu jauhnya, ke mari, menakluk bumi dan bangsa kita?
Dan bangsa Belanda.
Dan bangsa British.
Kesemuanya adalah bangsa yang tidak berugama Islam.
Dan kini apabila Allah Azzawajalla telah meninggikan bangsa kita dengan kalimah Kebenaran, dengan kalimah Tauhid, kalimah Pencipta Alam Semesta ini, sudah semestinya kita sepatutnya mendapat MANFAAT dari iman kita.
Bukan untuk menjajah sesuka hati. Bukan untuk menakluk sebarangan. Tetapi untuk membebaskan bumi dan manusia dari PENGANIAYAAN. Yang kuat menindas yang lemah. Islam di turunkan ke bumi sebagai Rahmat, sebagai Penyelamat bukan sebagai Penganiaya.
Tetapi bagaimanakah kita hendak membesarkan anak-anak kita di bawah pimpinan yang menggalakkan disko bar di buka sehingga pukul 5 pagi? Di bawah pimpinan yang kayanya beratus juta ringgit? Yang masanya tidak diisi dengan penghayatan penderitaan rakyat? Apatah lagi untuk mengingati Allah Tuhannya apabila yang dicintainya melebihi segala adalah kenikmatan hidup duniawai yang sementara?
Perhatikan apabila orang Islam mula-mula naik di dunia ini, ia tidak menggunakan sistem barat atau sistem timur. Barat pun masih lagi didalam kegelapan, penuh tahyul dan khurafat. Ia menggunakan sistem yang diajar sendiri oleh Allah, melalui kebijaksanaan dan hikmah, yang berpandukan guidelines dari Al-Quran dan As-Sunnah.
Tidak belajarkah kita dari sejarah? Tidak kisahkah kita dengan bakal kehidupan anak-anak kita? Anak-anak adalah umpama kain putih. Jika kita corakkan untuk mencintai dunia, maka pencinta dunialah mereka bila dewasa. Tetapi jika kita corakkan sebagai manusia yang sentiasa mencari, memilih dan MEMAHAMI kebenaran dan kebaikan serta menyokongnya, insyaAllah bebaslah masa depan dari penganiayaan. Ini baru seorang. Jika berjuta anak2 diasuh begini, maka terbentuklah masyarakat baru di masa depan. Orang-orang tua warisan dulu akan mati. Tak dapat lagi nak DICTATE kehidupan mereka. Anak-anak inilah yang akan bergaul sesama "peers" mereka, yang sama-sama sudah berada "di atas" kecintaan dunia kerana sebelah kaki sudah pun melangkah ke akhirat/kubur. Yang azam dan cita-citanya adalah yang paling tinggi yang boleh dipunyai oleh seorang manusia kerana diakui sendiri oleh Tuhannya. Yang jasadnya hidup di alam sementara tetapi batinnya memandang yang kekal sahaja.
Cubalah kita semua hayati penderitaan saudara2 kita, tidak kira di bumi mana, untuk beberapa saat selepas solat Fardu, kerana kita tidak diuji seperti mereka, guna untuk kita menghargai nikmatNya pada kita, dan renungkanlah pencorakkan anak-anak kita untuk dewasa mereka.
Payahlah untuk kita buat semua ini tanpa iman dan ilmu.
=======
semoga allah mengampunkan dosa² kita dulu, kini dan selamanya...
Tuesday, July 25, 2006
APA SUDAH TERJADI PADA DUNIA...
assalamualaikum,
selama ari nih, at least twice a week aku akan baca kisah tentang arsenal, favourite football team aku (fyi, aku tak suka england national team, walaupun aku suka arsenal)... ada satu blog yg memang aku ikut, arseblog.com... dia banyak kupaskan citer football seluruh dunia, yg akan menyentuh secara langsung atau tak dgn arsenal team or player...
takde ape yg nak aku ckp sbnrnya, cuma as a conclusion, team arsenal bleh memang EPL season 2006-2007 yeah!!! heheheh...
berita ari nih... adik sultan pahang mati kena tikam dek anak dia sendiri... yg menariknya di sini, anak dia pun turut mati semasa di rawat di hospital... polis tak menolak kemungkinan anak dia di bawah pengaruh dadah masa membunuh ibunya tu...
di sudut yg lain, PM kita dah mulakan langkahnya utk memberi respond pada kes israel vs palestin, yg before this tak buat apa² pun (pd pendapat aku)... yg nampak sebelum ni cuma dari pihak pembangkang sendiri, dan hujung² minggu ari tu baru la pemuda umno nak start buat demo etc, tu pun masuk paper, tv tu... isk isk isk... kata PM lagi, PBB dah tak bermaya nak atasi masalah tu... dan malaysia n indonesia agree utk hantar pasukan pengaman ke lebanon utk mendesak supaya gencatan senjata dilakukan secepat mungkin...
dunia pulak... askar israel makin mara ke selatan lebanon walaupun tentangan sengit diberikan oleh askar hizbullah... israel makin kuatla, sebab AS bekalkan dorang lagi 100 bom 'pemusnah kubu bawah tanah' dgn harapan dapat membunuh pimpinan hizbullah... tapi, di sudut yg lain pulak, pakistan sdg membangunkan reaktor utk buat plutonium utk hasilkan senjata nuklear... utk tujuan apa? wallahu a'lam...
lain pulaknya dkt malaysia nih... org kat sana tengah perang, artis² kat malaysia nih ber'perang' nak tambah popular... nak buat PGLtM ke-2 lah, nak buat konsert sebelum pencen lah, nak masuk balik AF4 lah, nak kekal cantik lah... etc... adui...
apa² pun, setiap benda yg berlaku tu ada hikmah dan tujuannya... allah takkan jadikan sesuatu melainkan Dia nak kita belajar dan ambik iktibar dari sesuatu kejadian tu... renung²kanlah...
=======
apa sudah terjadi pada dunia
kekejaman ada di mana sahaja
bilakah akan berakhir segalanya
renungilah dunia kita
kekejaman ada di mana sahaja
hentikan segera segala²nya
kehidupan... penuh sengketa
kerana kejahilan
penghuni dunia
rakyat merana... rakyat tersiksa
kerana kejahilan
insan yang tak kenal erti kemanusiaan
=======
wallahu a'lam...
Monday, July 24, 2006
PALESTIN OH TSUNAMI...
assalamualaikum,
ari ni aku nak cakap sket pasal isu² semasa nih... byk sgt isu semasa; dari local news smpaila ke jendela dunia... aku bukan nak bercakap pasal isu datuk K dgn siti, ataupun pasal amirul terkeluar AF4, ataupun juventus diturunkan ke serie B, ataupun lee chong wei kalah dgn lin dan dkt terbuka macau, ataupun ape² je lah, tp tentang krisis israel yg dah ceroboh palestin nih...
almost everyday, dlm paper (english ke bm ke harakah ke umno ke) semua ada ckp pasal ni... latest skali dlm utusan, AS bg tempoh lg seminggu lg utk serang lubnan... ayoyoyo... apa sudah jadi nih? kuasa dunia yg diagung²kan tu, polis dunia yg kononnya mengawal keamanan seluruh dunia tu, meng'halal'kan pertumpahan darah umat² islam yg tak berdosa dkt palestin tu?
semalam, government US agree nak tambah lagi bom panduan tepat utk israel... alasannya, washington bantu israel adalah sama seperti iran membantu hizbullah (just fyi, US adalah sekutu rapat pada rejim yahudi)...
mana letaknya pendirian / iman kita sekarang? sekadar membaca berita, ataupun berbuat sesuatu yg mencukupi kudrat kita? pergi berdemo? menderma? dll? banyak saluran yg boleh kita buat utk tunjukkan ketidakpuashatian kita pada israel ni...
di sudut yg lain plak, tsunami menyerang lagi asia tenggara, kali ini dia pulau jawa, indon... angka kematian pada hari ini mencecah 596 org... apa iktibar yg kita boleh ambil dari kejadian tersebut? nak salahkan siren amaran? ataupun nak salahkan polis marin?
tepuk dada, tanya iman kita..
wallahu a'lam...
Saturday, July 22, 2006
DEAR DAH SIHAT? (SIRI KERETAKU OH KERETAKU... PART 2)
assalamualaikum,
tadi lepas breakfast sumer, aku gi melawat sweetheart aku yg kat bengkel tu... sedih plak aku tengok rupa dia sekarang... nak kata takde rupa kereta, memang ada rupa kereta la, tapi tak la macam kereta... (apa la aku merepek nih...)
sedih aku tengok kereta aku tu... aku pun berboraklah dgn tokei kedai tu... 'alo tokei, ini kereta bila boleh wa kasi angkat?' 'aiyo... lu manyak cepat woo... ini kereta pun paling kurang 1 bulan baru boleh kasi siap...' 'waa, manyak lama ka?' 'memang maa, lepas sudah kasi tarik, itu kereta mau kasi buat cantik², lepastu masuk suma barang², lepas sudah masuk barang kasi tarik lagi, lepastu kasi cat cantik²... kita kasi buat allignment tayar suma, lepastu baru boleh kasi angkat...'aiyo... lamanya tokei!!!
takpe la... yg penting, aku selamat dan sihat... huhuhu... rindunya kat kereta aku!!!(siri kali ini banyak sangat merapu... jgn terpengaruh dgn aksi² yg ditonjolkan... anak² di rumah digalakkan membaca siri ini dengan pengawasan ibubapa... pengawas kat sekolah pun boleh jugak!!!)
ape-apentah!!! wallahu a'lam...
(*,")/
CORETAN MERAPU...
assalamualaikum,
aku masuk keje kat mmu in feb 2004... masa tu CFO kat sini was a woman, workoholic woman... berdedikasi, jatidiri kuat, yakin boleh dll yg positivelah ada pada dia heheheheh... byk yg experience yg aku gain masa kerja bawah dia...
dia suka utk bg aku prepare slide presentation dia, walaupun dia ada secretary... its ok for me, sbb bukannya susah sngat nak prepare slide... cuma sometimes kita kena creative sket nak buat slide tu... aku nih takde la creative sangat, sket² tuh boleh la kot...
masa buat slide for her, banyak benda yg aku belajar, especially about how to do writing for slides: how to present our idea to difference type of audiences (students, staffs, outsiders etc), ada caranya, yg aku sbnrnya tak terpk yg dia ada idea camtu... huhuhuhu, ye la, nama lagi boss...
antara word baru yg aku belajar ialah D-day... D-day to sebenarnya kependekkan (akronim) kepada dooms-day, or jugdement day... masa buat slides tu, D-day digunakan for hari yg students tak boleh nak buat add/drop for their courses... kalau nak drop pun, takleh dapat refund...
masa aku surf blog org lain, aku nampak gak org pakai D-day nih, tapi aku tak sure penggunaan D-day tu betul or tak... for eg: D-day dibuat utk hari perkahwinan, or hari ulangtahun, org hari baby dlm perut nak due, or apa² hari yg sebenarnya hari yg bermakna utk kita... ntah, heheheh... kalau aku, taknak la kot letak tarikh kahwin aku as a D-day... huhuhuhu...
mungkin aku tak faham D-day tu dari satu aspect je kot, dari aspect yg lain, D-day maybe boleh digunakan utk hari² yg memorable buat kita... kot...
ok lah, abis dah coretan merapu ari ni... aku tgh tunggu adik aku keluar toilet nih, nak mandi heheheheh...
wsalam, cya l8er... (*.*)/
Thursday, July 20, 2006
KAU MASIH KU CINTAI... SUNGGUH...
assalamualaikum,
takdir allah, tiada siapa yg boleh lawan... walau sekuat manapun kita, walau sebaik manapun kita merancang, Dialah perancang yg maha hebat di pelusuk alam ini...
minggu nih aku lg sekali pindah ofis, kali nih pindah ofis lama balik, sbb unit aku skrg nih aku sorang je staf dia... aku concentrate on treasury unit, financial management unit tu dah ada org lain yg lead... bukan boss tak suka kat aku heheheh, tapi dia nak aku focus utk handle something tu… treasury itself banyak jobscope dia, bukan setakat money market ataupun cash monitoring je, tapi ada lg yg belum aku belajar… tu termasuklah sekali projected cash flow, etc...
tp skrg nih, aku still pegang lg core2 function i.e. business plan, management acct etc, dlm tempoh sebulan... so since skrg nih musim business plan, aku pun still attach lg utk buat BP template dgn guideline... paling aku tak reti (before this) nak lock cells drp dikey-in by others... pastu belajar la pakai windows office help sumer tu, takde la susah sgt ghopenye...
31hb nih kena hantar sharenet... malas la plak nak buat, taktau nak tulis pasal ape... susah² sgt, aku send jek BP template dgn guideline yg aku dah buat tu... agak² bleh tak? blehla kot... =P bukannya tak banyak info dlm tu, ada cara² nak buat BP, acct² yg terlibat, facts and figures etc... rasanya memang memberi addt info la pasal mmu kot... tapi taktau la kalau evaluator pun tak fhm apa yg nak aku sampaikan... takpun, aku carik je la idea lain...
awal bulan 8 ada family day finance lg... lepas tu next weeknya ada convo mmu, julung² kalinya buat kat mmu cyberjaya, grand hall... aku plak 'terpilih' utk jd usher... (usher dlm dictionary.com maksudnye 'one who is employed to escort people to their seats, as in a theater, church, or stadium... :p) aku kena iring dato' dr abd rahim hj daud, one of the board member of mmu... best ke jd usher nih?
heheheh... sebenarnya aku tak tau nak tulis ape, saja nak 'tampal' gambar anak buah baru aku nih... korang tengok la mak abah dia a.k.a. akak & abg ipar aku 'kerjakan' dia, abis jadi model tak bergaji =P dapat minum susu je la kot... takpe nabila, nanti bila nabila balik malaysia, siap la mak dgn abah nabila tu, uncle 'kerjakan' plak dorang... biasa dia tujgn marah daa... heheheh...
Thursday, July 13, 2006
OH MY DEAR... I'M SORRY (SIRI KERETAKU OH KERETAKU...)
assalamualaikum,
inilah rupa kereta aku sebelum kejadian malam semalam (gambar diambil sehari lepas balik dari london)...

semalam, masa on the way balik dari ofis (aku keluar ofis lebih kurang pukul 9 mlm), ditakdirkan aku mengalami sebuah kemalangan di km berapa ntah kat mrr2 berhampiran hospital pantai cheras... lebih kurang pukul 10.05 mlm di tempat kejadian, sebuah kereta honda jazz warna biru membuat emergency brake, sebab kat sebelah kiri (susur masuk dari cheras) ada road-block... aku pun apa lagi, buat la jugak emergency brake... malangnya kereta wira belakang tak sempat nak buat emergency brake, dan sudah hentam kereta aku dari belakang...

nak dijadikan penyedap kereta, ada satu lagi kereta hentam jugak belakang kereta wira tu... kereta mercedes... sekali lagi, aku pun kena la hentam dek kereta wira tu...

masa kereta wira tu hentam kereta aku, hentaman tu dah menolak kereta aku ke hadapan, dan aku pun turut la hentam kereta honda jazz kaler biru tu... tapi ntah sebab apa (roadtax mati ke, insurance terbang ke) kereta honda tu dah larikan diri dari tempat kejadian...

semalam gak aku setelkan report polis dekat balai polis jln bandar, angkut barang dari kereta dll... tadi aku gi workshop tengok balik kereta aku + hantar sumer dokumen eg: insurance policy, grant, etc... adjuster pun dah datang n click² gambar kereta aku nak buat claim kat insurance si wira tu... aku pun tanye la si adjuster tu, agak² berapa lama la awek aku nih masuk wad... dia kata paling kejap pun 3 minggu... waaa!!!

so aku rasa dalam sebulan ni, aku akan jadi seperti dwen yg still study kat mmu : pergi mana² naik LRT, tumpang kawan etc... takziah utk diri aku sendiri...
apa² pun, aku bersyukur sebab aku tak injured sikit pun, cuma pipi aku ada la calar sket sebab cermin belakang pecah kot, + kedua² tangan aku lenguh lagi, sebab aku pegang steering taknak bagi kereta aku terpusing mana² masa kena hentam dari blakang malam tadi...
allah masih sayangkan aku, dan bagi peluang utk aku menghirup udaranya...
wallahu a'lam...
Friday, July 07, 2006
IDEA YILEK!!!
KOTA KINABALU, 7 Julai - Mufti Perak, Dato' Seri Harussaini Zakaria yang dilihat satu-satunya Mufti yang lantang menyuarakan hak dan kepentingan umat Islam, sekali lagi mendedahkan bagaimana orang Melayu di negara ini sudah tidak lagi mempedulikan soal halal haram apabila membelanjakan RM4 bilion setahun untuk minum arak dan berjudi.
Beliau yang dipetik sebagai berkata, daripada jumlah itu, 1 bilion untuk minum arak dan 3 bilion lagi untuk berjudi.
"75 peratus yang tikam ekor merupakan orang-orang Melayu," kata Mufti berkenaan yang disiarkan oleh Harian Ekspres sebuah media tempatan di sini.
Beliau menyebutkan data itu berdasarkan statistik yang diperolehi dari sebuah majalah yang dibacanya baru-baru ini tetapi tidak menyebut nama majalah tersebut.
Harussaini mendedahkan perkara itu ketika ditanya oleh media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Dermasiswa Fisabilillah, di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) sambil menyatakan angka tersebut membuktikan betapa amalan sekularisme sudah menular dalam masyarakat Islam.
Beliau berkata, aktiviti ini sudah cukup menggambarkan masyarakat Islam tidak lagi menghiraukan soal halal haram.
Selain masalah sekularisme, beliau menambah, umat Islam juga ketika ini sedang diancam oleh fahaman Liberalisme, Pluralisme, Hedonisme dan soal khilafiah.
Memandangkan masalah ini mengancam umat Islam, Mufti Perak mendakwa telah pernah mengajukan perkara ini kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan meminta dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja Melayu untuk dibincangkan dalam mesyuarat mereka tetapi ianya ditolak begitu sahaja.
Harussaini juga berasa kesal dengan tindakan Jakim itu apatah lagi apabila jabatan berkenaan menganggapnya suatu yang tidak perlu dibincangkan.
"Jakim patutnya buat ulasan, buat kajian...mesti dijelaskan tentang sejauhmana bahayanya dan apa tindakan yang sepatutnya dibuat seperti menasihat kerajaan," katanya.
=======
Aku : no comment!!!
Tuesday, June 20, 2006
AMISLAMIC BANK BHD vs GENTING BHD
assalamualaikum,
from one side of news...
Hanif pengarah AmIslamic Bank (source : utusan online)
KUALA LUMPUR 19 Jun - AmIslamic Bank Bhd. hari ini mengumumkan pelantikan Tun Mohammed Hanif Omar sebagai PengarahBebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa 15 Mei lalu.
Sayap perbankan Islam Kumpulan Ambank itu turut melantik Ahmad Zaini Othman sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya berkuat kuasa 17 Mei lalu, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Hanif, bekas Ketua Polis Negara, juga adalah ahli lembaga pengarah AMMB Holdings Bhd. dan anak syarikatnya, AMFB Holdings Bhd.
Ahmad Zaini pula yang memiliki pengalaman selama 22 tahun dalam sektor perbankan dan korporat menyertai sayap perbankan komersial Kumpulan AmBank pada tahun 1996.
======
from other side...
Genting Berhad - Board of Directors (source : genting website)
Tan Sri Lim Kok Thay
Chairman, President & Chief Executive
Tun Mohammed Hanif bin Omar
Deputy Chairman
Tan Sri Mohd Amin bin Osman
Executive Director
Dr. R. Thillainathan
Executive Director & Chief Operating Officer
Mr Quah Chek Tin
Executive Director
Dato' Paduka Nik Hashim bin Nik Yusoff
Independent Non-Executive Director
Tan Sri (Dr.) Gunn Chit Tuan
Independent Non-Executive Director
Tan Sri Dr. Lin See Yan
Independent Non-Executive Director
Group Secretary
Mr Tan Wooi Meng
======
apa sudah terjadi pada dunia...
Monday, May 29, 2006
MC 2 MINGGU...
assalamualaikum,
alhamdulillah, dapat gak aku merajinkan diri aku hapdet blog aku nih... ingatkan dah terkubur, tapi bila baca blog org lain, rasa macam bersemangat balik plak... heheh...
sekarang nih aku tengah 'cuti sakit' kat rumah, masuk hari ni dah minggu kedua... last week full one whole week aku cuti... kenapa? aku kena chicken pox!!! tuh la, kecik2 ngada taknak kena, bila dah tua camni, baru la nak kena... tapi apa nak buat, dah nasib badan... kecik dulu pun bukan tak kena, aku kena apa, tapi dah nak kena lagi, kena jugak... so korang yg dha pernah kena tu, jgn ingat kalau dah pernah kena chicken pox, takleh kena lagi tau...
bila last sekali aku hapdet blog? sebulan yg lepas... tu pun letak gambar anak buah aku jek... malas tu satu ar, takde masa pun ye gak...
apa yg berlaku?
1. arsenal dapat top four kat EPL, sekaligus layak utk CL next year... so takde pressure utk kena menang CL this year...
2. arsenal kalah final CL dgn bergaya (chewah!!!) pada barcelona dgn 1-2... referee dah kena bayar kot...
3. thierry henry stay dkt arsenal, for the next 4 year... sign contract baru beb... EPL season 2006/2007 kita tengok arsenal invicible lagi la nanti... rosicky sign contract dgn arsenal... pires pindah villareal...
4. duit aku banyak gila abis dekat kereta... bulan may kuar banyak utk tayar, dengan tukar bateri... bulan june kena kuar duit utk timing belt dgn renew license, bulan july kena kuar duit utk renew roadtax dgn insurance... huwaa!!!
5. pressure kerja yg semakin memuncak, dgn krisis staf yg tak putus2 membuatkan aku tak menentu mood utk buat kerja...
tuh je la kot yg aku hengat, yg lain tak penting kot, sebab tu tak hengat... konon2nya minggu ni aku cuti la, nak pergi holiday, dah siap amik cuti pun... sekali dapat cuti panjang + tak leh gi holiday sebab dijangka akan menyebarkan virus pada semua org, so kena la terperap kat umah nih...
okie, sekadar nak menunjukkan yg aku nih masih hidup (heheheheh), nanti aku sambung lagi...
wallahu a'lam... pen-off...
Sunday, April 09, 2006
Tuesday, April 04, 2006
Monday, April 03, 2006
TUMPANG LALU...
assalamualaikum,
lama aku tak post pasal bisnes kat sini... kalau korang nak beli apa² macam beauty care products ke, health care ke (yg nih aku rekemen trace mineral... memang bagus la, tak nyesal kalau korang beli), house care, auto care (ada minyak engine, penjimat petrol dll), personal care, hair care, perfume (bau dia best, aku rekemen 'Most' utk lelaki), dll...
nak daftar, pergi kat sini...
kalau nak tau lanjut, pergi le kat sini...
wallahu a'lam...
Subscribe to:
Posts (Atom)

