Sunday, April 25, 2004

KEMBARA HIDUP

telah jauh aku mengembara
mencari erti hidup di dunia ini
selama ini sering di salah erti
oleh mereka yang bertuhankan hati

ku musafir ke pelusuk dunia
memerhatikan gelagat manusia
ada yang gembira hingga terlupa
ada yang berduka tetapi gembira

terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
terkadang sesat tanpa haluan
sehingga punca hilang di mata
kuturutkan jua hati yang buta

ku pasrahkan padaMu tuhan
segalanya yang telah berlaku
kerana Engkaulah penentu segala
menciptakan dunia penuh pancaroba
tak terdaya rasanya kakiku melangkah

Kau pimpinlah langkahku Tuhan
agar tidaku kesesatan
dari jalan syurgaMu yang ku idamkan
kerana tidakku terdaya menahan siksa neraka
layakkah pula aku untuk ke syurga

ku hanya hamba
yang diciptakan dengan kelemahan
sering daku terlupa
sering jua daku terleka
dengan nikmatMu yang melimpah di depan mata

Monday, April 19, 2004

BLUR II

assalamualaikum,

hari ni, rasa stabil + tak stabil, silih berganti... stabil sebab? tak stabil sebab? hanya Dia yg tahu...

wallahu a'lam...
BLUR

assalamualaikum,

kuang kuang kuang... lamanya tak update... entah la, bukannya malas, tapi kerja banyak kot... biasa la, manusia, tak pernah nak mengakui silap sendiri heheheh... tapi betul tau, memang banyak kerja, nak update pun bukan tak sempat, tapi tak dapat nak bukak template nak update blog nih...

seminggu rasanya selepas aku aku last update blog nih, banyak benda yg berlaku... ada yg gembira, ada yg sedih, ada yg membuatkan aku berfikir, ada yg membuatkan aku rasa tertekan dsb... tapi semuanya ada hikmah, dan ceritanya... cuma aku yg kena pandai berfikir, apa sebenarnya yg Dia nak tunjuk kat aku...

minggu lepas, ada training on student module... buat dekat melaka... overall, ok la, banyak problem yg dijumpai... yg penatnya org² CITS2 la, esther and the gang... tapi aku tak nampak sangat sebenarnya system punya error, tapi user yg punya error... semua ada ego sendiri, malas nak buat kerja banyak sikit, semua nak benda depan mata jek... tak kurang jugak yg tak tau apa yg patut diorang buat... sampai ada benda yg tidak diketahui, siapakah 'pemilik'nya, siapa punya tanggungjawab...

minggu lepas jugak ada meeting dekat melaka... macam budak kecik punya meeting, bosan jek aku... semua nak tuding finance... korang ingat finance nih kena buat semua kerja ke? abis tu korang nak makan gaji buta? ntah la, aku angin la jugak hari tu, terus aku bersuara la sikit kat dalam meeting tu... ntah la... last² aku yg dapat banyak kerja... isk isk isk...

hari jumaat tu, boss aku bagi lagi satu unit suruh aku jaga... billing... tapi utk sementara la, sementara staff baru masuk kat finance nih... so macam biasa, aku kena buat dia punya flowchart la, bosan betul la...

hari sabtu aku pergi PD dgn staff kat finance nih... yg bawak family dalam 4 family, pastu yg lain tu staff bujang... tido dekat desa lagoon, sebelah regency... tempat dia quite best, ada privacy... ada swimming pool, so aku mandi dkt swimming pool jek, sekali je mandi kat laut...

semalam, ada benda yg berlaku kat diri aku... membuatkan aku bengang tak ingat punya la... ada sesuatu yg berlaku, yg rasanya tak perlulah aku type kat sini... cuma apa yg aku harapkan, cuba kita fikir, apa yg diorang rasa kalau org lain buat benda yg diorang tak suka... tu je... mungkin itu satu ujian kesabaran utk aku, dan nyatalah aku gagal utk bersabar...

semoga allah mengampunkan dosa aku... amin...

wassalam...

Sunday, April 11, 2004

DEMAM?

assalamualaikum,

arrgghh!! aku demam arinih... isk isk isk... lama dah tak demam kot, tu yg dia nak datang tu... hari ni patutnya ada meeting luar petang ni, tapi aku tak dapat datang, temperature badan aku panas, badan pun sengal² nih... risau la pulak...

hari khamis hari tu jumpa my CFO, present kat dia apa yg aku dah buat... banyak la jugak, antaranya, FAR (fixed asset register) yg dah aku siapkan 2 3 hari lepas tu, pastu mintak dia endorse user authorisation report tu, pastu yg lain aku explain kat dia apa yg aku dah, sedang dgn nak buat... so far ok la...

dia call aku pagi tu, dia tanye aku pasal farewell party yg aku plan utk kak ju esoknya... aku pun cakap la lebih kurang... aku mintak dia approve supaya semua staff finance break pukul 12 tgh hari, instead of pukul 12:30 tgh hari mcm biasa... dia pun bg... yg keduanya, dia suruh tukaq nombor tepon... ala malasnya... dia kata, 016 nih bukan satu gang dgn telekom... mmu is one of the subsidaries of telekom, so kena la pakai 013 ke, 019 ke... aku diam jek, pastu dia sambung, dia akan uruskan semua registration, dgn pilihan no diserah kat aku... aku pun apa lagi, "sy ikut puan je la" heheheh... tolong le dapat line free, amin.... :D

hari jumaat, farewell party utk kak ju, one of the staff in finance division, staff cik ryn... lama gak dia kat mmu nih, almost 7 years... banyak la jasanya... buat waktu lunch, makan nasi ayam... itu yg aku terfikir utk order, sebab mudah, lagipun kalau banyak² mknn sangat pun takut membazir... 'sesungguhnya membazir itu adalah sahabat kepada syaitan' (ayat quran) mahal pun tak la mahal sangat...

semalam (sabtu), tak buat kerja sangat, lepas kak raha call, pasal refund student tu, aku tolong menolong en sofian pindah, dgn angkat meja dari atas ke bawah la, pastu jadi cits kejap, tolong cek network la, tolong install printer yg tak boleh nak diinstall la, nasib baik tak diminta tolong pindahkan line telefon heheheh... tapi aku tak dapat buat semuanya, tak cukup belajar lagi la tu heheheh...

pening kepala la pulak, tp malas nak makan ubat... kena makan gak kot, nanti tak sihat... aku gak yg susah...

hari selasa kena turun melaka, ada training on student module... ada masa lebih, aku nak discuss dgn kak raha kot... tapi tak tau lagi ada ke tidak masa lebihnya...

wsalam, cya l8er (*.*)/

Wednesday, April 07, 2004

CONFIRM? TAK CONFIRM?

assalamualaikum,

nearly seminggu tak update kot... aku dah semakin busy dgn kerja... busy dgn kerja? ha'ah, kerja semakin banyak... meeting tu tak payah la kira... kta cyberjaya ke melaka ke, kena la pergi jugak... penat? mananya tak penat... tapi apa yg boleh aku buat? benda nih aku rasa sbg satu tanggungjawab aku...

lagipun, dah nak masuk 3 bulan aku kerja kat mmu nih... 3 bulan? kejapnya... tadi masa meeting pun, customer aku masa kat company lama call, nak tanya quotation... aku ingat tak ingat la suara dia... walaupun dah nak masuk 3 bulan, tapi aku sebenarnya masih belum puashati dengan prestasi aku... nampak macam aku 'tak buat kerja'... org tak cakap la, tapi aku yg cakap... nak kata tak buat kerja, banyak la kerja yg ada kat atas bahu aku nih...

semalam, aku baru habis buat standard operating procedure (SOP) untuk fixed asset... benda tu patutnya siap minggu lepas, tapi ada sebab² yg tak dapat dielakkan, terdelay jadi 3 minggu... semalam baru aku submit kat en sofian, nak suruh dia verify... nanti kang submit kat boss terus, menjawap la pulak aku, sebab tak mintak en sofian verify duluh... semalam pun, aku habiskan la jugak utk authorisation user utk finance ICEMS tu... esok ada meeting, pagi petang, tak dapat la aku nak buat 'ayat² power' utk siapkan report pasal authorisation user tu...

tadi meeting kat melaka, more on STF (student trust fund)... banyak pada policy oleh STAD (students' affair n sport division) tadi... aku sangap jek dalam meeting tu, tapi takpe la... dapat la idea sikit pasal STF, maybe boleh aku refer kalau nak enhance system nanti kot...

semoga allah memberi kekuatan utk aku, dalam mencuba utk istiqamahkan benda yg aku buat...

wsalam, cya l8er (*.*)/

Saturday, April 03, 2004

assalamualaikum...

hari khamis, aku pergi melaka... esoknya ada meeting kat melaka... malam tu aku singgah beli kaset baru... kumpulan DeHearty... lagu dia, not bad, aku boleh cakap sedap la... ada 2 lagu yg aku nak share dkt sini... satu tajuk dia 'pasrah segalanya', satu lagi 'kembara hidup'... belilah yg original, pastu boleh buat mp3 heheheh... nak preview, pergi dekat website dia

Wednesday, March 31, 2004

Tuesday, March 30, 2004

YOUR HOME IS IN MY HEART

assalamualaikum...

fuh, lamanya aku tak tulis dkt sini... bukannya apa, sibuk dgn menyelesaikan masalah-masalah yg dihadapi... masalah kerja, masalah personal dll... cuma apa yg aku sedar ialah, Dia sayangkan aku... Dia memberi ujian dekat aku, atas apa yg aku mampu... persoalannya, sejauh manakah kemampuan aku untuk menghadapi ujian yg Dia berikan?

sebagai manusia, kita tidak lepas dari melakukan kesalahan... tapi bagi aku, sampai bila kita nak menggunakan alasan tu utk 'membuat kesalahan'? kenapa kita tidak berazam utk 'menjadi perfect' (if i can say it)? setiap yg berlaku ada 'ceritanya'... kita yg jadi pelakon; hero ke, heroin ke, pak pacak ke, kita je... jalan cerita dia: seperti yg kita lakukan seharian... ending dia: bila kita mati... part sedih / part happy: tengok pada kita, kalau kita sedih, atau kalau kita happy...

beberapa hari yg berlaku sebelum ni banyak mengajar aku, sejak dari pilihanraya lagi... semuanya mengajar aku erti kehidupan, kehidupan yg sebenarnya... benda tu menyedarkan aku akan perjuangan yg sebenarnya tak pernah habis, dan seharusnya perjuangan itu dilakukan dengan berterusan, istiqamah, bukannya bermusim, bukannya bila kita nak buat, kita buat, n bila kita taknak buat, kita takyah buat...

dalam kehidupan kita, paling penting adalah pembelajaran, tarbiyyah... kalau kita power sekalipun, hebat peringkat gaban, berucap berapi-api, tapi bila masuk bab tarbiyyah, kita kantoi, apa gunanya? semuanya relate dgn aku... aku akui, memang tarbiyyah pada diri aku terlampau kurang, ntah-ntah tak sistematik kot... nak cari? memang nak, nak sangat... habis tu, naper tak cari? ntah, malas kot... banyak kerja la, sibuk la, itu la, ini la... so, dah tau kan, so bila kita dah tau, kita pun mesti tau cara utk atasinya, kan? macam mana nak atasi? ok, cuba tengok balik, kekurangan yg ada, cuba kita cek balik kekuatan yg ada pada kita... boleh tak tampung? tak boleh kot... ok, kalau tak boleh, macam mana nak buat? ntah la, confuse!!!

kenapa taknak guna 'kekuatan' yg ada sebagai satu cara utk memperbaiki kelemahan? hmm, menarik jugak tu... tapi camne? camne tu kena la kita fikir sendiri... setiap org ada cara sendiri... bukan tak boleh kita gunakan cara org lain, yg mungkin tak sesuai dgn diri kita, dgn suasana kita, dgn keadaan kita... tapi, cuba kita fikirkan satu cara yg terbaik, kalau tak dapat beberapa cara yg kita boleh take into consideration... boleh tak? hmmm, boleh kot...

apa la aku mengarut nih... cuma yg pastinya di sini, setiap masalah itu, ada jalan penyelesaiannya... Allah dah sediakan jalan pada kita, cuma bergantung kita utk pilih jalan yg terbaik, yg pastinya boleh menguntungkan kita dan semua pihak... macam mana nak pilih? banyak cara yg Allah sediakan, istikharah, solat hajat, berdoa dll... tengok, semuanya berbalik pada diri kita, kan? (*_")

semoga allah memberikan petunjuk dan jalan keluar pada kita yg sentiasa memerlukannya... amin...

cya l8er, (*.*)/

Thursday, March 25, 2004

SIMPLE ANALYSIS

assalamualaikum,

not to provoke or something else, just want to open our mind...

-------

Analysis of the 11th General Elections 2004 – Kuala Terengganu

The first impression one gets is that the opposition was practically wiped out in the recently concluded 11th General Elections on 21 March 2004 due to a shift of voters. The perception is that the Malay voters went back to the Barisan Nasional (BN), in particular Umno, while the Chinese voters flocked to the Democratic Action Party (DAP).

But is this what really happened? Not really.

Early calculations show that the Islamic Party of Malaysia (PAS) actually saw a nationwide increase of 0.8% in its popular vote from 15% in 1999 to 15.8% in 2004. Parti Keadilan Nasional (keADILan), however, saw a slide of only 3%, not quite
enough to result in its wipe out. (Detailed figures are being worked out and a follow-up to this piece will be done as soon as they are in).

In the state of Terengganu, the opposition obtained 181,767 votes for the eight Parliament seats in 1999 compared to 169,934 this time around, a drop of only 11,833 votes or 6.51%. This was not enough to give BN a landslide win. (We shall work on the 32 state seats in due course).

If so, then why did BN almost make a clean sweep of Terengganu State save for four of the 32 state seats? Some say it is the ‘new’ voters who gave BN its landslide win. Looking at the increase in voter registration, however, this could not be
possible.

Between the 1995 and 1999 elections, the new voters increased by 5.3%. Between 1999 and 2004, it increased a further 7%-8%. The increase in voters for Terengganu State though was 17.7%, more than double that the national average. Why this larger than national average increase?

Now let us look at the results for Kuala Terengganu.

In 1999, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi obtained 31,580 votes, defeating Datuk Abu Bakar Daud who obtained 17,132 votes. (Datuk Bakar retired from politics thereafter and went on to become an ambassador).

In this election, Syed Azman obtained 29,061 votes, a drop of 2,519 votes or 7.98%. Seeing that Syed Azman had a majority of 14,448 votes in 1999, he could more than afford these 2,519 votes decline quite comfortably.

However, one factor that probably turned Syed Azman’s win into defeat is the exceptionally large voter turnout.

In 1999, 48,712 voters turned out to vote in Kuala Terengganu. This year it was 72,259, an increase of 48.34%. How could Kuala Terengganu see an increase of 48.34% voters when the national voter increase average is only 7%-8% while the state average is 17.7%, which in itself far exceeds the national average?

Because of this extraordinary voter turnout, Syed Azman’s challenger, Razali Ismail, obtained 30,994 votes, giving him a 1,933 majority. But what was even stranger was the 10,254 ‘missing votes’. What it means here is that 72,259 people came out to vote but they found only 60,055 ballot papers in the ballot boxes. 10,254 ballot papers mysteriously
went missing. http://result.spr.gov.my/paparan.asp?codepasser=036 http://result.spr.gov.my

Is this possible? Can 10,254 people walk into the polling station and walk out again after collecting their ballot papers without putting them into the ballot box? There are so many pairs of eyes watching you from the time you walk into the
polling station till the time you walk out again.

Every polling station has Polling Agents from all the competing parties who would certainly hit the roof and raise hell if even one voter was to walk out of the polling station without putting his or her ballot paper into the ballot box, let alone 10,254 voters. It would not be possible for one person, let alone 10,254 people, to pocket the ballot papers and not put it into the ballot box. Anyway, why would anyone, let alone 10,254 people, take all that trouble to go to the polling station just to put the ballot paper into his or her pocket?

Assuming the 10,254 voters slipped the ballot papers into their pockets and instead slipped a worthless piece of paper into the ballot box, then 10,254 scraps of worthless paper would have been found in the ballot boxes. However, there were no reports of a single voter walking out of the polling station without putting his or her ballot paper into the ballot box and neither were there any reports of discovering 10,254 worthless scraps of paper in the ballot boxes. What happened was, everyone who walked into the polling stations put their ballot papers into the ballot box yet 10,254 ballot papers just disappeared.

Certainly there is more than meets the eye here and we shall analyse the other seats in Terengganu to see whether there are any unexplained mysteries there as well.

-------

think about it...

Wednesday, March 24, 2004

ya allah, kuatkanlah aku... aku penat ya allah, kuatkanlah aku... kuatkanlah aku menghadapi ujianMu...

Friday, March 19, 2004

MEMBER OF PARLIAMENT

assalamualaikum,

article ini just a joke before the election... think about it ;)

-------

The MP (Member of Parliament)
=====================

While walking down the street one day, a female MP is tragically hit by a truck and dies. Her soul arrives in heaven
and is met by St. Peter at the entrance.

"Welcome to Heaven," says St. Peter. "Before you settle in, it seems there is a problem. We seldom see a high official around these parts you see, so we're not sure what to do with you."

"No problem, just let me in," says the lady.

"Well, I'd like to, but I have orders from higher up. What we'll do is have you spend one day in Hell and one in Heaven.
Then you can choose where to spend eternity.

"Really, I've made up my mind. I want to be in Heaven," says the MP.

"I'm sorry but we have our rules." And with that, St. Peter escorts her to the elevator and she goes down to Hell.

The doors open, and she finds herself in the middle of a green golf course.

In the distance is a club and standing in front of it are all her friends and other politicians who had worked with her.

Everyone is very happy. They run to greet her, hug her, and reminisce about the good times they had while getting rich at expense of the people.

They play a friendly game of golf and then dine on lobster and caviar.

Also present is the Devil, who really is a very friendly guy who has a good time dancing and telling jokes. They are having such a good time that before she realizes it, it is time to go.

Everyone gives her a big hug and waves while the elevator rises.

The elevator goes up, up, up, and the door reopens on Heaven where St. Peter is waiting for her.

"Now it's time to visit Heaven." So 24 hours pass with the head of state joining a group of contented souls moving from cloud to cloud, playing the harp and singing. They have a good time, and before she realizes it, the 24 hours have gone by and St. Peter returns.

"Well then, you've spent a day in Hell and another in Heaven. Now, choose the place where you want to spend eternity."

She reflects for a minute and then answers: "Well, I would never have said it, I mean Heaven has been delightful, but I think I would be better off in Hell."

So Saint Peter escorts her to the elevator, and she goes down, down, down to Hell.

Now, the doors of the elevator open, and she is in the middle of a barren land covered with waste and garbage. She sees all her friends, dressed in rags, picking up the trash and putting it in black bags.

The Devil comes over to her and lays his arm on her neck.

"I don't understand," stammers the MP. "Yesterday I was here, and there was a golf course and club, and we ate lobster
and caviar and we danced and had a great time. Now there is a wasteland full of garbage, and my friends look miserable."

The Devil looks at her, smiles and says, "Yesterday we were campaigning.

Today, you voted for us!"

-------

cya l8er (*.*)/

Tuesday, March 16, 2004

SHORTFORM

assalamualaikum,

atas permintaan, STMS tu stand for student management system... kat mmu nih, kalau student nak buat program, dia kena isi guided working paper lepas tu hantar dekat STAD - students' affair and sport division / bhg hal ehwal pelajar (HEP)... dulu benda nih dibuat secara manual, tapi sekarang ni online jek, sebab tu student nih kena di'train' kan...

AR tuh stand for account receivable... kat mmu nih, students are our source of income, kira macam collection la... so kalau dorang bayar tuition fees ke, duit tu dimasukkan ke dalam collection, yg diuruskan oleh account receivable unit... AP pulak account payable... semuanya relate dgn pembayaran kepada vendor ke, ataupun bayar claim ke, ataupun nak refund pada student...

sebab aku nih incharge FS - financial system, so kena banyak deal dgn CITS - centre for information technology and services... CITS nih dia punya scope of work lebih kepada system, networking dll - yg relate dgn IT...

system yg dipakai kat mmu nih nama dia ICEMS - integrated computerised education management system, in-house system... biasa la, kalau in-house tu, banyak la weaknesses dia... so aku kena tengok tengok dia punye kelemahan...

BU is stand for business unit... kalau kat mmu nih, BU nih focus on penjualan buku teks utk students, dgn souvenirs... harga utk buku teks yg student pakai pun ok la jugak, dapat 30% less dari kat market, kalau info yg aku dapat dari suppliers nih tak salah...

so, org yg aku deal dekat CITS tu ialah SA - system analyst... SA yg aku deal kat mmu nih antaranya kak raha, kak fizah, en haizam dgn en khairi... ada yg kat mmu melaka, dgn ada yg kat mmu cyberjaya...

ERL pulak stand for express rail link...nih company yg provide tren nak gi KLIA... train ni laju la kiranya, kalau dari KLsentral nak pergi KLIA, tak sampai sejam... ada KLIA express, dgn KLIA transit... kalau nak gi kerja tapi takde kereta, aku naik KLIA transit, tren tu berhenti kat stesen putrajaya / cyberjaya...

insya allah, i'll continue later...

wsalam, cya l8er (*.*)/

Monday, March 15, 2004

TAKBIR!!!

assalamualaikum,

fuh, lama jugak tak tulis dekat weblog nih... hari jumaat, aku balik dgn en samsul, sbb malam tu bas pukul 10 mlm ke melaka... esoknya (sabtu) aku kena kerja kat melaka...

malam tu sampai pukul 11.45 mlm, mmg terjaga dari tido... kalau tidak, memang terlepas ke bus stand dkt bandar la jawapnye... sampai tu, kurtz dgn lud amik... then dorang hantar aku ke kampus, pastu diorang, termasuk cord pergi sg udang... kata pilihanraya dah dekat... aku kerja esoknye, kalau tak kerja mmg aku dah join dah...

esoknya (sabtu), masuk office dalam pukul 8.27 pg, lepas breakfast... lepas tu aku cari en nan, tak jumpa, terus aku ke cits2, jumpa kak raha... panjang lebar la jugak discussion aku dgn dia, diselitkan dgn discussion dgn en haizam sekali... lepas tu dalam kul 11 lebih, baru jumpa en nan... dia bagi repot STMS kat aku... lepas jumpa en nan, aku turun bawah, jumpa kak ena pulak... tanye pasal AR... sampai pukul 1 lebih la jugak, nak dekat pukul 2 ptg...

petang tu, ada career talk utk student mmu, anjuran IU... panelnya jemang, cord dgn kak faiza... overall menyentuh pada macammana nak pilih kerjaya, cabaran semasa kerjaya, dan juga beberapa student tanya soalan dekat panel... overall, ok...

petang tu, aku pergi minum ice blended dgn jemang... lepas minum, jalan2 dekat plaza hang tuah, sambil melihat masyarakat melaka, yg nak ikut trend, tapi tak ikut sampai habis... memang ntah hape hape remaja melaka kat situ... aku tengok pun rasa kesian, kesian sebab diorang macam mengikut idola yg diorang pun tak pasti sebenarnya siapa...

malamnya, ada appreciation dinner IU, dibuat dkt masjid al-azim... aku kena bagi speech, as wakil alumni... nasib baik ada secretary yg buatkan skrip utk aku heheheheh, tapi tu la, dia kenakan aku la pulak... takpe takpe...

malam tu berlangsung dgn sederhana, meriah la jugak... makan pun not bad, nasi minyak... tapi aku tak makan banyak, sebab dalam kepala aku nih, macam2 benda tgh fikir... lepas makan, ada cabutan bertuah, penyampaian sijil pada exco dgn persembahan nasyid dari kumpulan mmu... overall, ok la kot...

balik tu, aku, jemang dgn cord singgah ke hang tuah walk, minum malam... sambil tu, tengok bandar melaka di waktu malam, dgn bebudak naik basikal bawak bendera BNnya, bawak bendera DAP pun ada... kelakar la diorang, tapi tak ke diorang fikir dgn jelas apa sebenarnya yg diorang perjuangkan... maksud aku di sini, bebudak tu main sokong je, tapi tak tau apa yg diorang sokong tu sebenarnya...

pilihanraya semakin hampir, bahangnya semakin terasa, ketidakadilan semakin banyak (yg hanya boleh diketahui daripada akhbar2 / laman web alternatif)... cuma kita sebagai RAKYAT MALAYSIA YANG SEBENARNYA, patut memikirkan satu kerajaan yg betul2 telus, yg betul2 memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair, yg betul2 adil dan saksama, tanpa menggunakan harta kerajaan utk kepentingan sendiri (cth: panggil satu TNB utk berkempen dekat kelantan)... kita (aku sebenarnya) sbg salah seorang penentu masa depan negara, seharusnya berfikir panjang, sebelum memilih calon2 yg layak utk mewakili suara kita...

esoknya, aku pergi kuliah ustaz zul dekat baitul qura'... dah lawa dah rupanya tempat tu, subhanallah... aku dah lama tak pergi sini, dulu masa kat mmu melaka dulu, ada la jugak pergi... memang best, aku rindukan suasana tu lagi... bi'ah yg tenang, yg 'beragama'... bilakah agaknya kita dapat mengalami suasana tu secara keseluruhan?

semoga allah memberi kemenangan kepada mereka2 yg berjuang ke jalanNya.... TAKBIR!!!

Thursday, March 11, 2004

FATIHAH

assalamualaikum,

hari nih aku sampai awal, dalam pukul 8.20 pg... tak jammed sangat hari nih, tapi sebenarnya perlu diconsider sebagai jammed la jugak... tapi tak heavy la...

hari nih tak banyak kerja sangat, tapi aku banyak meng'update' file² aku, letak dalam satu file yg lebih senang utk aku access... lain tu, aku pergi business unit, tengok system dia, cuba belajar, dan try utk memahami... mungkin ada ruang² yg perlu dibaiki (memang pun)... silap aribulan, kena tukar je system ICEMS utk BU sekarang nih... tapi benda tu perlu discussion yg lebih lagi, maybe dgn experienced users, ataupun en nan ke, ataupun en hazian ke, dll...

hari sabtu nih aku gi melaka, nak discuss pasal BU system nih dgn en nan, pastu nak jumpa kak raha sekali, nak bagi list of authorised user kat dia, dah baper lama dah dia mintak, sian la pulak kat dia... tapi tu la, yg kena tulis benda tu pun kawan² jugak, tuh yg jadi lambat tu... tapi aku faham, en samsul banyak kerja, boleh la kata dia tak 'jumpa' lg masa utk dia buat benda tu... tapi aku dah remind kat dia banyak kali dah, aku nak benda tu esok sebab aku nak gi melaka, nak pass kat kak raha esoknya...

hari nih aku dapat sedikit kekuatan, kekuatan yg aku tak pasti dari mana (pastinya datang dariNya)... aku bersyukur dgn apa yg aku ada sekarang, dgn apa yg aku alami, dgn apa yg aku telah dapat, dan dgn apa yg akan aku usahakan... kita selalu cakap yg kita nih tak bagus la, jahat la, takde ilmu la... bukan tak boleh nak merendah diri, tapi tak pernah ke kita terpikir, dgn kita bercakap macam tu, kita sebenarnya tak bersyukur dgn apa yg allah beri pada kita... tak ke kita sedar yg sebenarnya, ada org lagi malang dari kita, lebih teruk dari kita sebenarnya? mana letaknya rasa syukur kita pada Dia? setiap hari kita solat, baca fatihah 'alhamdulillahi rabbil 'alamin'... tapi adakah kita menghayati sebenarnya fatihah kita? 'segala puji bagi allah, tuhan sekelian alam'... adakah kita betul² menghayati maksud fatihah yg kita baca?

semoga allah mengampunkan segala dosa² aku, dulu, kini dan selamanya.... amin...

wallahu a'lam... cya l8er (*.*)/

Wednesday, March 10, 2004

IMPIAN KASIH

assalamualaikum,

semalam, seharian aku ada kat melaka... ada training STMS... start dalam pukul 9 pg, dgn participants hanya seramai 3 org... memang menyedihkan... nasib baik bukan aku yg conduct benda nih, kalau tak siap la bebudak tu...

lepas tu, en syukur slow slow me'narik diri' dari jadi presenter... ada hal katanye... last last aku jugak yg kena amik alih jadi presenter, nasib baik masa awal² session tu aku dah go through the system... nak cek la konon²nya... in my opinion, memang banyak la yg nak diimprove... biasa la, aku pun tak pasti, testing period nih boleh ke nak dibuat... ada benda yg dah disuarakan dulu, tapi SA incharge tak buat perubahan... benda tu bagi aku kena cek balik la... overall utk STMS training kat melaka nih, memang la mengecewakan...

ari nih, kat cyber pulak ada training STMS kat cyberjaya... ramai club rep yg datang, kira macam full cooperation la dari dorang... presenter pun (en omar STAD) commit sepenuhnya... aku attend STMS training ni belah pagi je, sebab petang tu ada meeting financial process review... overall training STMS kat cyberjaya, ok la kot...

meeting tadi, pasal procurement... pn noraini yg chair the meeting... buat video conferencing... melaka - cyberjaya... lama la jugak meeting tu, dari kul 3 sampai kul 5... aku dah la ngantuk dalam meeting tu, tapi kena gak pay attention sbb takut² kena kat area yg aku kena perhatikan... overall, ok...

malam nih ade konsert 'nasyid' kat cyberjaya nih... insya allah aku pergi kot, mungkin sebagai pemerhati, kot... artis jemputan: brotherz, yassin, ruffedge dan ve... aku sebenarnya malas nak gi, tapi atas sebab² yg tertentu, aku kena pergi...

insya allah, setiap perkara yg kita buat tu, jika kita bersandarkan takut dan harap kepadaNya, Dia akan sentiasa bersama kita...

wallahu a'lam... cya l8er (*.*)/

Monday, March 08, 2004

CERICAU

assalamualaikum,

hari nih keluar rumah awal, dalam pukul 7.05 pg... sampai pukul 8.30 pg jugak, sebab hujan gerimis... sampai sampai ofis je, aku terasa ngantuk yg amat sangat, campur dgn pening kepala kat bawah tengkuk nih... sakitnya hanya allah yg tahu...

hari ni rasa kurang mood sikit, macam malam semalam... tak tau kenapa... mungkin penyakit lama aku dah kembali... penyakit yg aku sendiri tak pasti apa sakitnya...

malam ni aku ke melaka, esok ada urusan kerja kat sana... ada training for STMS, aku kena join training ni... ari rabu dibuat dekat cyberjaya, tapi ari tu ada meeting gak... rasanya nak gi meeting... nak tau perkembangan semasa, mungkin ada part aku yg memerlukan follow up ke, siapa tau...

adakalanya, bila kita mendengar lagu (nasyid especially), kita akan terdetik, terdetik rasa insaf dalam hati kita... tapi tengok lagu la, kalau lagu mengarut, tak tau la terdetik rasa insaf macam mana kan... sejak semalam aku dengar lagu Hijjaz - ke dalam diri ni... aku cuba utk menghayati setiap perkataan yg dilirikkan... cuba berfikir apa yg cuba disampaikan oleh penulis lirik, pencipta lagu dan penyanyi... tapi bait yg paling aku suka:

diriku bak cericau
terpenjara di sangkar dosa
daun pintunya sentiasa terbuka
melunak kebebasan

ya rabbul izzati
kembalikan aku ke dalam diriku semula
agar sempat untuk aku bersuara
lafaz taubat nasuha

cericau ni sebenarnya sejenis burung... kita biasa panggil burung kelicap... tapi dalam kamus dewan, cericau takde, tapi ade cericap... heheheheh, saje je nak bagitau maksud :D

kita tau kita buat salah, banyak dosa... tapi adakah kita sedar dgn apa yg kita tau? apa tindakan kita bila kita tau? semoga kita sentiasa berada di dalam golongan yg diampuninya...

wallahu a'lam, cya l8er (*.*)/

Sunday, March 07, 2004

FATAMORGANA

assalamualaikum,

hari ni bangun quite awal, lepas subuh aku buat mp3 lagu hijjaz baru, tapi baru buat 3 lagu... aku addkan link utk ke lagu tu, tapi tak update lagi, nanti la buat, rasa malas pulak...

bila aku dengar lagu 'ke dalam diri' tu, rasa best pulak, lirik dia mmg tersirat dan perlu berfikir la... cakap pasal lirik, masa aku alpha dulu, masa usrah, ada la seorang abang yg rajin, dia tengok lirik fatamorgana, lepas tu dia referkan dgn surah dalam quran... i like to share it here...

-------

Fatamorgana

sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
cabaran dan dugaan mendewasakan usia <-- al-ankabut: 2-3
rintangan dilalui tambah pengalaman diri <-- al-baqarah: 214
sudah sunnah ketetapan Illahi

deras arus dunia menghayutkan yang terleka
indah fatamorgana melalaikan menipu daya
dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi <-- ali imran: 14-15
tiada sudahnya dunia yang dicari <-- al-an'am: 32

begitu indah dunia siapa pn kan tergoda
harta pangkat dan wanita melemahkan jiwa <-- al-kahfi: 28
tanpa iman dalam hati kitakan dikuasai <-- al-a'raaf: 16-17
syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi

pulanglah kepada tuhan <-- adz-dzariyaat: 56
cahaya kehidupan <-- al-baqarah: 138
keimanan ketaqwaan kepadaNya
senjata utama

sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
yakinlah janji tuhan syurga yang sedia menanti <-- ali imran: 139
imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba <-- an-nuur: 52
hidup akhirat kita kekal bahagia <-- muhammad: 12

-------

hiburan mendamaikan jiwa... renungkanlah...

cya l8er (*.*)/

Saturday, March 06, 2004

KE DALAM DIRI

assalamualaikum,

i like to share one more song of Hijjaz... Ke Dalam Diri...
-------

kusandarkan lelah
di sayap malam merebahkan minda
membius keharuman dunia
nan berselirat di relung jiwa

kucuba lelapkan semua indera
namun tak berdaya
sejuta keresahan melanda
tak membenarkan sepicing lena

diriku bak cericau
terpenjara di sangkar dosa
daun pintunya sentiasa terbuka
melunak kebebasan

Ya Rabbul Izzati
kembalikan aku ke dalam diriku semula
agar sempat untuk bersuara
lafaz taubat nasuha

ku bimbangkan seandainya tiada lagi buatku
suatu hari menjelma bernama esok
kuragui seandainya tidak sempat untukku
menghirup bayu walau sehela cuma

kuhanyutkan sisa
dengan tadahan tangan penuh luka
mengharap keredupan pawana
langit akhirat terbentang megah

-------

wallahu a'lam, cya l8er (*.*)/
SETULUS DOA

assalamualaikum,

hari nih agak ceria... alhamdulillah, subhanallah... kuasaNya memang tak dapat kita fikirkan... dan yg pastinya, kita masih ada Dia walaupun kita tiada sesiapa di dunia ini...

tadi aku terbaca balik email ummi dekat aku... nih antara petikan email ummi:

"Sabar dan bijaklah melayari alam pekerjaan dan penghidupan. Selalukan berzikir dalam hati walau sesibuk manapun kita. Try to fall in love with Allah... suatu percintaan yang tiada tolok bandingnya hingga agenda2 lain menjadi kecil buat kita. Rasakan kesantunan dan kesyahduan cintaNya. Ketahuilah bahawa Allah itu kekasih yg sgt cemburu. Jangan letakkan cinta kepada yg lain dahulu di dalam hati kita, kelak cintaNya sukar singgah di hati . Uniknya bila kita mendahulukan cintaNya, kita pula menjadi orang yang sgt penyayang ,mencintai banyak makhluk Allah, sama ada manusia atau bukan. Seringkali pula kita terasa hebatnya percintaan kerana Allah itu, sehingga kita tidak mampu menanggungnya. Baru kita sedar sifatNya yang maha penyayang itu, memang sesuatu yang hebat dan tiada tandingannya.

Ziarahilah Dia ditengah malam, tika orang lain sedang tidur. Basahi lidah dan hati kita dengan menyebut namaNya. Mengadulah apa jua kepadaNya, berbicaralah dengan hati dan jiwa. Akhirnya kita akan dapati, Dia sgt hebat sebagai Kekasih, kita rupanya yang mengkhianati cintaNya. Dialah kekasih yang setia, kitalah yang mendustainya..."

sambil nih, aku dengar lagu Hijjaz yg latest, album Pelita Hidup III... ada satu lagu yg aku memang suka senikata + rhythm dia... tajuk lagu dia, Setulus Doa...

-------

kuiringi doa tulus
sesuci embun pagi
dibasahi tasbih memuji
Tuhan pencipta alam semesta

kulagukan hasrat hati
padaMu Tuhan kuserah diri
mengharap lautan rahmatMu
bekalan di sana nanti

oh ya Allah
kuiiringi pengharapan di malam sunyi
tangisan mengalir air mata
hilangkan jemu sujud menyembah
sebagai saksi pembantu diri
tangan menadah himpunan rahmat Illahi
moga diri terarah ke syurga nanti

bertemu Tuhan cita pertama
nikmat yang tiada terhingga
syahdu rindu bila maghfirahMu
membaluti tubuhku

luka-luka tercalar dosa dan noda
membawaku ke alam cintamu Tuhan
pasti janjinya ditepati 'kan beroleh bahagia
buat insan bertaqwa
takhta kebesaran untuk mereka

-------

give me sometimes & i'll try to make the mp3s of this song... wallahu a'lam...

cya l8er (*.*)/

Friday, March 05, 2004

(NO SUBJECT PART 2)

assalamualaikum,

hari nih aku sampai ofis dalam pukul 8.30 pg... alhamdulillah, awal jugak la, tak la rekod buruk sangat dalam minggu nih (walaupun hari isnin sampai rabu datang lambat :Þ), mungkin ada hikmah di sebalik kelewatan nih...

hari nih kat ofis, aku tak banyak kerja sangat... sampai², aku spend sampai kul 10 pg utk buat kerja clerical... lepas tu jumpa kak zarina, tanya tentang bank reconciliation, takut dia tak faham lagi... lepas tu aku sambung balik study system, aku tengok flowchart utk AP pulak, quite faham la sebab semalam dah jumpa kak fizah, dia ada explain sesikit la apa yg dia kena buat (AP)...

lepas tu nak gi solat jumaat, en fadil belanja sorang rm10... alhamdulillah, semoga allah memberi hidayah kepadanya... balik dari solat dalam pukul 2 ptg, lepastu aku sambung study system, then pergi jumpa kak zarin, nak update kerja...

overall hari ni, kurang mood sikit... kenapa? no comment...

wallahu a'lam, cya l8er (*.*)/