Wednesday, September 12, 2007

RAMADHAN DATANG LAGI...


assalamualaikum,

di kesempatan ini, kami (huhu... dah banyak tahun pakai 'aku') nak ucapkan selamat berpuasa dan menghayati bulan ramadhan kpd semua umat islam yg berpuasa mahupun yg tak berpuasa... semoga kita mendapat apa yg kita cari di bulan yg penuh keberkatan dan bermakna utk kita ini...

dan tak lupa jugak, setiap kali bulan ramadhan, aku akan pasang lagu yg korang tgh dgr nih... tak tau nape, aku cukup suka lagu ni, n lirik dia sekali... mari kita sama² hayati lah ye...

=======
muhasabah ramadhan - UNIC

hari raya hari kemenangan
hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
di lipatan seni mehnah illahi
ada maksud murni yg lebih hakiki

pada nafsu yg dilenturkan lapar dahaga
pada fikiran di sinar wahyu dan sabda
pada hati bersih di soat tarawih
apakah semuanya telah dimiliki

puasa mengajar erti kepayahan
menghadap ujian berlandaskan iman
puasa perisai yg sangat maknawi
penyingkap hijab antara hamba dgn illahi

puasa sempurna menahan rohani dan rasa
puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga

lalu di manakah puasa kita
adakah masih di tahap lama

lalu muhasabah di hujung ramadhan
sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
atau kolam jiwa masih tercemar keruh
oleh sembilu dosa dan duri angkara

ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
terasa kita hamba illahi
yg hanya mampu mengukir tadbir
sedangkan padaNya segala takdir

allahu akbar, allahu walillahil hamd
=======

kepada semua, mari kita sama sama check, macammanakah puasa kita yg kita nak? adakah kita akan mencapai tahap puasa yg sempurna? atau puasa yg sederhana? atau puasa yg biasa? hanya allah dan rasulNya yg tahu di manakah puasa kita, selain kita sendiri yg tahu apa yg kita nak...

semoga allah merahmati kita semua, dan semoga ramadhan ini membawa banyak keberkatan pada diri aku, keluarga aku, dan mereka yg aku sayangi dunia dan akhirat...

FAM...


assalamualaikum,

team baru liga super FAM...




high scorer liga super...




~ heheheh... kena hacked rupanya website FAM nih... ~

Thursday, September 06, 2007

WHY DO WE READ QURAN?



assalamualaikum wrb,

i just want to share an article sent by my beloved mrs dwen hehehe...

=======

Why do we read Quran, even we can't understand not even a single Arabic????

This is beautiful story. An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, "Grandpa, I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water." The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house.

The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said, "I don't want a bucket of water, I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!". "So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket." The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."

=======

wsalam...

Wednesday, September 05, 2007

MR & MRS DWEN... PART 2...


assalamualaikum wrb,

seperti yg dijanjikan... jeng jeng jeng...



utk yg lain, bleh pergi ke fotopages aku... sorry kalau gambar kurang memuaskan... jurugambar amatur hehehe...

Tuesday, September 04, 2007

MR & MRS DWEN... 1 SEPT 2007...



assalamualaikum,

lama aku tak update blog nih... dan aku pun dah berubah status dah... huh? tak percaya?

pada tanggal 1 sept 2007 bersamaan 19 sya'aban 1428 aku telah diijabkabulkan dengan siti zuraini zainal di bandar tenggara, johor.... majlis pernikahan dihadiri oleh ahli keluarga rapat, memandangkan majlis ini dirancang tidak lebih 2 minggu sebelum tarikh tersebut... ikut perancangan, kitorang akan berkahwin pada hujung 2007 ni, tapi atas sebab² keselamatan (memandangkan 2 2 dah pindah melaka), akad nikah dipercepatkan dan 1 sept 2007 dipilih...

nanti aku update lagi... banyak kerja la today... huhuhu... gambar nanti aku upload...

thanks kepada yg wish, bagi hadiah, sms, call etc... nanti majlis kat KL aku jemput korang...

w'salam...

Thursday, July 12, 2007

BPR OH BPR...


senang rupanya jadi org malaysia ni ye...

=====
Siasatan rasuah Johari Baharum ditutup – Peguam Negara

PUTRAJAYA 11 Julai – Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharum ditutup.

Ini kerana TIADA APA-APA KETERANGAN yang boleh mengaitkan Johari dengan sebarang kesalahan rasuah kononnya menerima RM5 juta bagi membebaskan beberapa pesalah yang ditahan mengikut Ordinan Darurat 1969, menurut kenyataan Jabatan Peguam Negara yang dikeluarkan kepada Bernama, di sini hari ini.

Abdul Gani berkata, BPR membuka lima kertas siasatan setelah menerima maklumat berhubung perkara itu pada 5 Mac lepas dan menjalankan siasatan rapi termasuk mengambil pernyataan pesalah-pesalah yang dikenakan tahanan mengikut ordinan itu serta meneliti penyata-penyata akaun yang berkaitan.

“Bagi tiga kertas siasatan yang dibuka, siasatan BPR mendapati pesalah-pesalah yang dikenakan tahanan tersebut menafikan ada memberi apa-apa wang rasuah kepada Datuk Mohd. Johari Baharum.

“Sementara itu dua lagi kertas siasatan yang dibuka didapati pesalah yang ditahan yang merupakan saksi penting tidak dapat dikesan oleh pihak BPR setelah mereka dibebaskan dari tahanan,” kata Abdul Gani.

Abdul Gani berkata, hasil siasatan BPR melalui saksi-saksi dan dokumen berkaitan mendapati tiada apa-apa keterangan yang boleh mengaitkan Johari dengan sebarang kesalahan rasuah.

“Oleh yang demikian, Peguam Negara telah mengarahkan siasatan BPR yang melibatkan kelima-lima kertas siasatan terhadap Datuk Mohd. Johari Baharum ditutup,” tambah kenyataan itu.
=====

in summary:

1. 3 kertas siasatan yg pertama, pesalah nafikan yg dia bagi rasuah...
2. 2 kertas siasatan yg kedua, pesalah yg dilepaskan dah tak dijumpai...
3. so, siasatan ditutup sbb tak boleh nak siasat...

huhuhu... malaysiaku... "CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG..."

Tuesday, July 10, 2007

MINYAK OH MINYAK...


macam nak naik lagi je harga minyak nih...

Rafidah: Subsidi industri gas disemak semula

KUALA LUMPUR 9 Julai – Kerajaan mengambil keputusan untuk membuat satu semakan semula secara menyeluruh terhadap industri gas bagi memastikan jumlah subsidi yang diterimanya tidak terlalu tinggi, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz hari ini.

Kerajaan juga mahu komoditi itu digunakan dengan efisien.

“Penggunaan gas seharusnya untuk tujuan yang produktif, tapi beberapa industri menggunakannya untuk pembakaran kerana ia murah. Ini tidak baik untuk negara kerana menggunakan sesuatu yang sangat bernilai untuk pembakaran,” kata beliau.

“(Oleh itu), industri mestilah juga memahami mengenai penggunaan sumber gas yang efisien,” kata beliau pada sesi dialog tahunan antara persatuan makanan, pengangkutan dan farmaseutikal dengan MITI di sini.

Bagaimanapun, menteri itu tidak menyatakan bila semakan semula itu akan dilakukan dan dimuktamadkan.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007, subsidi gas oleh syarikat petroleum nasional, Petronas berjumlah RM15.6 bilion, meningkat 9.1 peratus daripada RM14.3 bilion dalam tahun kewangan 2006.

Petronas menyediakan RM5 bilion dalam bentuk subsidi gas (kekal tidak berubah berbanding tahun kewangan 2006) kepada Tenaga Nasional Bhd dan penjana kuasa bebas RM6.7 bilion (naik 3.1 peratus daripada RM6.5 bilion pada 2006).

Friday, June 08, 2007

SATU PENANTIAN...


kau yang ku sayang
dari dulu, kini dan selama-lamanya
sebelum kenal dirimu
sebelum jumpa dirimu
kau sering datang dalam mimpiku

kata hatiku
selalu membisik kau adalah milikku
biar lama pun kutunggu
saat kedewasaanmu
daku tak pernah jemu menantimu

di saat ku sendiri
ku bayangkan wajahmu
terkadang ku berilusi
tentang dikau dan aku

ku harapkan semua ini
esok kan jadi kenyataan
dan aku berjanji
kan ku bahagiakan dirimu selamanya

kuharapkan semua ini
akan segera terjadi
dan semoga nanti
bukan sekadar impian belaka

----

insya allah...

p/s: lagu nie dinyanyikan oleh aku sendiri, dwen... tajuk: satu penantian... lagu nie popular sekitar tahun 80-an...

Thursday, June 07, 2007

AFDZAL HAZIQ MOHAMMAD AZAM..


assalamualaikum,

akhirnya akak n abang ipaq aku mengotakan janjinya utk meng'email'kan gambar² afdzal haziq... sila-silakanlah...


afdzal haziq mohammad azam...



anna nabila masih tak percaya yg di depannya ada baby...



dan akhirnya dia menerima hakikat yg dia sudah menjadi kakak... huhuhu... "u want milk, bro?" kata kakak... huhuhu...



happy family... maknya takde, biasa la, baru lepas deliver...


huhuhu... bila la plak gambar baby aku nih hehehe...

wsalam...

p/s: sahabat adalah teman kita di kala senang dan susah... tp kadangkala sahabat kita jugalah yg merobek kepercayaan kita terhadapnya... semoga kita tidak tergolong dlm golongan sahabat sebegini...

Wednesday, June 06, 2007

PM ANNOUNCEMENT...


assalamualaikum,

announcement from PM Office... (sumber: PMO)


mak LAMPEr makan BuERGER...


assalamualaikum,

semalam aku dapat sms lagi dari abang ipaq aku...

"Afdzal Haziq = yg terbaik + pintar. Mudah2an, insyaAllah..."

hmm... nama anak buah aku sorang lagi... menarik jugak kan? tp aku rasa ni mesti ada pengaruh AF4 kan abang ipaq? hehehehe...

1. anna nabila bt mohammad azam
2. afdzal haziq b mohammad azam

ok... nak masuk issue lain pulak...

since aku rasa dah lebih 10 'team' yg datang jumpa aku utk introduce satu MLM nih, aku rasa terpanggil nak buat post kat sini... bukannya apa, 'investment' (if i can say so) yg banyak kena dikeluarkan utk join dan sampai certain level of rank... bukan rm10, bukan rm50, tp BOLEH MENCECAH RM30K! ataupun RINGGIT MALAYSIA TIGA PULUH RIBU! aku rasa ada something wrong happen dekat sini... pihak berwajib, harap dapat jalan tanggungjawab anda...

aku taknak cakap banyak, kat bawah ni ada beberapa site yg related dgn MLM pyramid nih, yg protes...

http://lampebergerhelp.blogspot.com/
http://antilampeberger.blogspot.com/

website yg ni -> http://www.dsam.org.my/pyramid.html berkenaan beza direct selling yg legal dgn illegal direct selling / pyramid scheme. lagi satu, check whether dia (DCHL) register dgn DSAM -> http://www.dsam.org.my/list.html utk elakkan penyesalan kemudian hari..

(updated: ada a friend sent this link to me -> http://www.kpdnhep.gov.my/index?cpath=65_80_551&pub=Senarai_Penuh_Syarikat_Jualan_Langsung_sah... cari RZ Corporation S/B... so bleh la click2 lepas tu fikir)

the best thing for MLM ni bleh tengok kat sini -> http://www.suanie.net/2006/04/05/on-lamp-berger-and-mlm/ ini team yg betul2 jual product tu, yg lebih tumpukan kebaikan product tu...

artikel kat bawah ni pernah keluar paper setahun yg lepas...

------
Exposure on The Star
We have a new exposure by The Star.. on Monday March 13, 2006

Troubled by greedy daughter

A GET-RICH-QUICK scheme that lured a 20-year-old girl to invest an initial RM2,000 has got her mother worried, China Press reported.

Known only as Tan, the woman told the daily that her daughter, a college student in Kuala Lumpur, paid the money to join a direct sales company as a member.

She said her daughter was then told by company agents that if she invested another RM30,000, she could easily get RM60,000 in six months.

“My daughter asked me for RM15,000 and said her boyfriend would help raise the other RM15,000,” she told the daily.

She refused to give the money and her nightmare began when her daughter vowed to borrow it from friends.

Her daughter, added Tan, had slackened in her studies after listening to “success stories” of direct sales agents earning large sums.

Nanyang Siang Pau quoted Deputy Tourism Minister Datuk Donald Lim Siang Chai as saying that any tourism-related issues and problems faced by states should be discussed internally before being taken to the press.

He was responding to a statement by Penang Tourism and Environment Committee chairman Teng Chang Yeow who claimed that his committee had been receiving the least annual allocation from the Tourism Department.

Lim said his ministry was responsible for co-ordination work and the respective state governments should fund the maintenance of tourist spots.

“If the allocation is insufficient, they can apply to the Finance Ministry or Works Ministry,” he added.

----

tepuk dada, tanya selera... so pepandai la korang ye?

Tuesday, June 05, 2007

KULIT KERUH!!!


assalamualaikum,

kenapa org yg kaler dia gelap tu memang suka cakap berbelit? geram betul la aku!!!

ari ni aku pegi satu bangunan kat jln sultan ismail tu, ada audit firm dkt situ... aku gi sana nak amik audited account drp dorang... manager yg jaga benda ni kaler kulit dia keruh...

semalam masa aku call dia janji la pukul 10.30 pg, report tu dah available utk aku collect... actually drp last week, dia ckp nak courier kat ofis aku by monday, which is yesterday lah... aku nak amik by hand, tp dia dah discuss dgn bos aku utk amik report tu tuesday... fine...

bila aku sampai sana pukul 10.30 pg, aku jumpa la secretary dia sebab si 'kulit keruh' nih takde, ada meeting... aku pun mintak la report tu... sekali dia boleh ckp yg report tu tgh print kat printing room, kena tunggu lebih kurang sejam...

huhuhu... aku pun ape lagi, hangin la satu badan!!! dasar kulit keruh!!! ckp mesti kena berbelit!!! nak taknak aku tunggu jugak la... takkan aku nak patah balik gi ofis aku pastu pegi balik ofis si 'kulit keruh' tuh kan? so aku pun pegi la lunch kul 11pg...

takde ape la sangat, tp hangin la kan... kita ni dah la banyak tanggungjawab, anak pulak ramai... time is really important...

ok la, abis sessi melepas geram... pengajarannya di sini, berhati²lah dgn si 'kulit keruh'...

wsalam...

Monday, June 04, 2007

LONDON IN MEMORY PART 2...


assalamualaikum,

nak sambung lagi cerita masa kat london nih... tp pergi la tengok kat sini...

semalam (ahad 3 jun 2007) aku dapat SMS drp abang ipaq aku pukul 2pg macam tu... SMS dia berbunyi...

"Norazlina Md Arif selamat melahirkan baby boy pada jam 6.15 ptg (local time) 2 jun 2007. Berat 3.39kg..."

huhuhu... aku dapat anak buah lagi sorang... yeay!!!

abang ipaq, nanti post gambar ye?

wsalam...

Friday, June 01, 2007

LONDON IN MEMORY...


assalamualaikum...

huhu... ingat dapat sambung balik weekend last week, tp tak sempat la... so nak sambung hari nih la, bleh? bleh kot...

hmmm nak citer pasal ape ye? oo pasal cuti-cuti malaysia... 9hb may ari tu aku gi london, melawat famili akak aku... aku gi sana berdua dgn 'chenta hati' aku... flight pukul 12 tgh hari, tp sampai kul 11 pg still aku dapat call dari office pasal kerja... huhuhu... seb baik aku dah siap² bawak thumbdrive yg ada kerja² aku yg pastinya aku akan gunakan nanti masa kat london...



aku sampai heathrow airport pukul 6pm waktu tempatan... masa tu abg ipaq aku, akak aku dgn my cute little niece dah tunggu kat arrival area... terus gi dinner kat restoran nahar @ restoran milik MARA dkt london tu... after that baru balik rumah, dan semestinya penat tak hengat punya, lepas 13 jam lebih dalam flight... esoknya dah terjaga pukul 3 pagi... mana taknye, jetlag... lagi satu, subuh masuk pukul 230 pagi! huhuhuhu... akak dgn abg ipaq aku bleh la sambung tido balik sbb dah biasa, tp aku especially dgn mak aku a.k.a. chenta hati aku (hehehe) lepas solat je, mak aku dah terkebil² depan tv... so kitorang berada di sana almost ten days... balik malaysia balik on 19th may... banyak la jugak berjalan (ramai²) dan jumpa member² aku yg masih ada kat sini... thanks to mr ahmadi - bank rakyat putrajaya - yg ada dkt sini study leave, and dr (to be) hadhrami - yg tgh buat PhD kat imperial college kat sini...

dgn famili aku, sempat la jugak pergi bicester village (tempat shopping org² kaya & kayap macam kitorang hahaha), model village - banyak rumah² model yg comel - kitorang macam giant langgar kampung jek... pastu sempat jugak pergi windsor castle - tempat tinggal queen sekarang ni... tak sempat nak bergambar dgn queen sbb dia tgh mandi hahahaha...



overall, best la jugak berjalan kat sini kali nih... that was my second time spent my holiday in london... last time pergi in 2005, masa tu dgn abah n adik beradik aku yg lain... kali ni dating dgn mak aku sempena hari ibu ahaks... ingat tahun depan kalau ada rezeki, dan pergi lagi la plak... kali ni dating dgn org lain plak kot... hehehe...

bila dah kerja balik, rasa cam malas jek... takde mood pun ada... about 1 week jugak la nak kembalikan semangat balik utk bekerja... ok lah, tu je kot utk kali nih...

malam ni ada bowling tournament utk finance division, tapi aku tak dapat join sebab nak balik 'kampung'... nantilah aku sambung lagi...

wsalam...


3 generasi : mak, anak, cucu hehehe...


daddy, uncle, niece...


huhuhu...

Friday, May 25, 2007

TORA DATANG LAGI!!!


assalamualaikum,

sessi blog kembali lagi... setelah aku berjaya dapat balik password dgn username aku yg aku dah lupa sebab dah lama tak update blog (ahaks), so boleh la aku tulis balik... lagi pun banyak keje... agak²nya dah 3 bulan aku tak tulis blog nih...

bulan march 2007... sibuk dgn audit... nak finalize account, nak settlekan apa² yg tak patut...

bulan april 2007... pun sama jugak... tp kali ni dah sampai final stage... bulan ni jugak ada minggu saham amanah malaysia (MSAM) kat kuantan... jauh ar...

bulan may 2007... bulan 'cuti-cuti malaysia' heheheh... pasal apa? nanti aku cerita lagi... post kali ni just nak rangkumkan (secara ringkas 200%) apa yg aku buat bulan march dgn april 2007 (sebenarnya malas nak ingat balik)... so post esok or malam ni aku cite la lebih kurang...

wsalam...

Wednesday, February 28, 2007

LAPA PERUK?


assalamualaikum,

aku tak tau nak pos apa hari ni, just that masa aku turun kat kelantan ari tu, aku tertarik dkt sign yg ada dkt airport kat situ...




hahahaha...

Thursday, February 22, 2007

I'M BACK!


assalamualaikum...

huhuhu... lamanya tak 'sentuh' blog nih... abis semua bersawang² kat blog aku nih... ada la dalam 2 bulan lebih tak tulis balik... agak sibuk dgn kerja (kerja, kerja, kerja) formal dgn kerja tak formal (tak formal? huhuhuhu)... baca blog org lain, semua haptudet (baca: up-to-dates) dgn cerita² baru dia, dgn cerita arsenal kalahkan man U nye, dgn cerita bersiri org gi jalan kat swiss nye, dll yg menunjukkan semua org hapdet blog... aku? biasak la, kerja kerja kerja...

okie, kita cerita ikut chronology... mid december 2006, aku dapat staff baru utk buat treasury... at first aku ingat dia akan amik total treasury function n report dkt bos aku... rupa²nya treasury still bawah aku, cuma ditambah staff utk buat function tu... ok lah, at least dapat gak tolong aku... in the same time, aku dah start buat kerja² financial management aku... what? financial management? yup, aku buat kerja lama aku balik, sebab person in-charge tu dah dapat better offer dekat tempat lain... takpe la, aku je duduk kat sini lagi... rezeki ada di mana², kan?

end of the year, aku completed pindah office kat office lama aku balik... dgn environment yg lama (ada org utk buat lawak bodoh n gossip ala² artis hehehehe), tak la asik buat lawak sensorang dgn pc jek... dgn aircond yg bertambah sejuk kat office nih (huh! sape la gi report ckp aircond ni slow)... n yg pastinya, dgn jobscope yg bertambah besar...

hari raya haji jugak jatuh pada hujung tahun 2006... meriah? boleh la kat umah aku... 'ramai' jugak rumah aku kali ni hihihihi... insya allah, tahun² yg mendatang ni lagi meriah kot... amin...

ok, masuk tahun baru... awal² tahun, dah kena prepare utk audit FY2006... dah la mood cuti masih menebal, tp apa nak buat, dah tanggungjawap, so buat je... audit start on 22nd, so before that memang kena prepare semua benda lah...

15hb, hari jadi aku... disambut meriah bersama yg tersayang (hahaha)... tapi sambut awal la sebab 15hb tu hari isnin... dapat presents yg best, yg tak pernah aku dapat before this (mcm selalu je dpt hadiah)... kek yg aku dapat pun lambang arsenal, ditempah khas... lagi le aku terharu huhuhuhu...

ape lagi? tak banyak benda yg berlaku bulan 1 ni yg aku ingat, selain birthday aku hehehe... org kahwin? ada la jugak... tuh yg buat aku semakin bersemangat utk meneruskan hidup ke alam yg lebih realiti hehehehe... mcm biasa la, cabaran tetap ada di mana²... duduk bujang pun ada cabaran, dah kahwin pun nanti ada cabaran... yg penting, camne kita nak cope dgn cabaran tu...

bulan 2, 'musim mengawan' hehehe... musim org tukar kerja cari environment baru, musim nak energize balik tenaga bila tengok result jan 2007 yg agak tak memuaskan... bulan ni jugak musim org kecoh nak jual ESOS sebab share TM tgh naik, ditambah dgn announcement PM yg indeks komposit kita boleh nak sampai 1350 points... dan banyak lagi la faktor² ekonomi yg memesatkan lagi kisah 'malaysia' hehehe... bulan 2 jugak la arsenal kalah buat kali pertama in 2007, semalam (huhuhu)... eh, ckp pasal arsenal, lupa nak mention... arsenal layak final league cup lawan chelsea minggu depan.... akan replay lawan rovers for FA cup, meneruskan perjuangan utk title EPL (cita² masih ade wei...), dan akan terus berjuang utk menang dalam 2nd leg CL... target tahun ni? quadruple hehehehe... tunggu...

nak citer pasal bola ni, memang tak abis la sampai esok... cuma season ni arsenal agak tak menentu, sbb ramai senior dah takde... yg tinggal, henry (30 this year), gilberto (lebih kurang gitu gak umur dia), lehmann (pakcik yg masuk 37 this year), ljungberg (31 kot tak silap)... tuh yg senior umur... yg senior kat arsenal, antaranya toure (26 tahun ni), fabregas (19 - pun senior gak ni)... tu je la kot, yg lain semua masuk after 2005... tolak aliadiere (hehehe, no comment)... so, maybe peluang lebih cerah in the near future, 2 3 years later kot... ntah...

lagi satu yg aku tertarik, SHEBBY SINGH! hehehe... antara commentator yg setia dgn arsenal, yg dah buat hal dgn coaches kat malaysia nih... ntah, aku no comment jek... kalau kita nak jadi professional, diri sendiri kena jadi professional dulu... mungkin ada betulnya komen shebby, cuma biasa la, org kita ni cepat melenting... tgk alan pardew, after kena buang dari west ham, terus masuk charlton, maintain jek heheheh...

okie lah, nanti kang takde idea nak tulis lagi... semoga apa yg dirancangkan menjadi kenyataan... insya allah, takde aral, nanti aku buat announcement hahahaha!!!

wassalam...

Friday, December 08, 2006

TAUFAN PULUT DURIAN...



(dipetik dari Utusan Online) please see / read until the last paragraph...

KITA dihidangkan menerusi kaca televisyen dan paparan di akhbar dengan kesan malapetaka alam yang berlaku kepada dunia dalam dua tiga tahun kebelakangan ini. Kesannya itu, seperti hilang harta benda, orang tersayang dan sebagainya cukup menyentuh jiwa, walaupun di sini, kita dilindungi daripada bencana-bencana seperti itu.

Atas dasar ikatan kemanusiaan, kita turut terpanggil untuk ‘terlibat’ sama berkongsi rasa dan duka mereka mengharungi taufan, gempa bumi, tsunami atau banjir buruk.Pada tahun 2005, dunia menyaksikan banyak bencana alam buruk berlaku. Ini termasuk gempa bumi di Aceh dan taufan Katrina serta Rita di Amerika Syarikat (AS).

Apabila berlakunya bencana, lebih-lebih lagi yang meragut banyak nyawa dan harta benda, ia menjadi lebih diingati. Itu sebabnya tsunami di Aceh kekal menjadi ingatan selain taufan Katrina.

Tidak seperti malapetaka lain, apabila taufan berlaku, ia membadai bersama-sama ‘namanya’. Tidak ada tsunami Aceh atau Jepun dalam sejarahnya, tetapi kita membilang nama-nama di sebalik taufan ini. Masakan kita boleh lupa dengan nama Katrina, Mawar, Rita, Xangsane atau Greg dan sebagainya.

Terbaru, di dada media nama Durian semakin popular. Dengan banyak laporan mengenai kesan Durian ‘menghempas’ Filipina, Vietnam dan terkena sedikit tempias di Malaysia, ia kini disebut-sebut ramai.

Selebihnya, ia menghadapkan kepada kita satu soalan yang bunyinya agak lucu tetapi barangkali perlu – bagaimana agaknya taufan-taufan ini mendapat nama atau siapa yang bertanggungjawab menamakan taufan-taufan ini.

Khairiyah Hasbullah, bekas pelajar pengkhususan bidang geografi di Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memberitahu, kebiasaannya nama taufan itu diberi oleh negara yang terjejas akibat bencana alam berkenaan.

Katanya, Filipina dan Jepun banyak memberi nama yang mempunyai unsur-unsur atau melambangkan identiti mereka kepada taufan-taufan yang melanda.

"Itu mungkin kerana Filipina dan Jepun banyak menyaksikan taufan di kawasan mereka. Dalam tempoh setahun, tidak kurang tiga taufan atau ribut tropika yang melanda kedua-dua negara itu berikutan lokasi mereka yang tidak terlindung kepada arah perjalanan angin kencang," kata Khairiyah, yang kini bekerja di sektor awam kepada Utusan Malaysia.

Tetapi sebuah ensiklopedia bebas, Wikipedia pula menyebut bahawa ada sebuah jawatankuasa khusus yang bertanggungjawab menamakan taufan-taufan ini.

Ensiklopedia Britanicca pula memperincikan sejarah sistem pengenalan nama taufan di mana pada satu ketika ia dinamakan sempena lokasi taufan itu berlaku – cara paling awal digunakan tetapi dihapuskan kerana sukar selain rumit diamalkan.

Pernah juga pada awal abad ke-19, taufan diberi nama sempena orang keramat dalam agama Kristian. Maka sejarah memperingati nama taufan Santa Ana dan San Filipe di Puerto Rico.

Trend memberi nama taufan ini mengalami sedikit anjakan pada tahun 1950-an apabila sistem pemberian nama mengikut abjad diperkenalkan oleh sekumpulan ahli kaji cuaca Amerika Syarikat (AS). Tetapi menariknya, hanya nama-nama wanita digunakan. Maka, lahir nama taufan Able, Barbara, Carol, Dolly dan sebagainya.

Sistem pengenalan tersebut telah digunakan secara meluas di Barat. Bagaimanapun, kumpulan aktivis wanita di AS menyuarakan rasa kurang senang dengan penggunaan nama orang perempuan dalam sistem berkenaan.

Dan, demi keadilan, pada penghujung 1970-an, nama orang lelaki turut dimasukkan secara bergilir-gilir dalam senarai tersebut. Justeru terpahat dalam sejarah adanya nama Max, Ramon, Todd, Kenneth berselang-seli dengan nama Rita, Katrina, Veronica dan sebagainya.

Sistem berkenaan turut diguna pakai oleh jawatankuasa siklon tropika yang terletak di Miami dan Honolulu di AS, Fiji, India, Jepun dan pulau di Lautan Hindi.

Britanicca seterusnya menyebut bahawa, pemilihan nama itu akan diselaraskan oleh jawatankuasa peringkat antarabangsa iaitu Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia (WMO).

Menariknya, nama taufan itu turut juga terdedah untuk dihapuskan. Sebagai contoh jika taufan itu menyebabkan kadar kematian atau kerosakan harta benda yang tinggi, ia tidak akan digunakan lagi.

Antara nama taufan yang telah dihapuskan ialah Andrew, Diana, Georges, Jane dan Mitch. Di Asia pula, nama-nama seperti Rusa, Vamei, Imbudo, Chataan dihapuskan dan masing-masing digantikan dengan Nuri, Peipah, Molave dan Matmo.

Sudah hampir pasti bahawa Katrina, Rita, Stan, Dennis dan Wilma akan dihapuskan namanya memandangkan ‘mereka ini’ semua mendatangkan kemusnahan yang bukan sedikit darjahnya.

Sementara itu, Jawatankuasa Taufan bagi kawasan bahagian barat Lautan Pasifik Utara dan Laut China Selatan telah memperkenalkan satu teknik baru menamakan taufan-taufan.

Nama-nama taufan akan diletakkan dalam beberapa senarai dan ia akan disusun mengikut turutan abjad negara dalam jawatankuasa tersebut. Malaysia turut menganggotai jawatankuasa berkenaan yang terdiri dari 14 buah negara. Selain Malaysia, anggota lain ialah Kemboja, China, Korea Utara, Hong Kong, Jepun, Laos, Macau, Filipina, Korea Selatan, Thailand, AS dan Vietnam.

Tugas setiap negara anggota ini ialah menyumbang 10 nama, bermakna 141 buah nama setiap pusingan.

Penggunaan nama taufan dilakukan secara pusingan mengikut senarai-senarai yang disediakan. Jawatankuasa itu berpusat di Jepun. Paling unik, pemilihan nama- nama taufan itu melambangkan identiti Asia sendiri.

Malaysia turut menyumbangkan beberapa nama seperti Jelawat, Sepat, Rusa, Nuri dan Mawar. Nama Mawar cadangan Malaysia itu digunakan pada taufan yang melanda Filipina dan Vietnam pada Mei 2005. Perlu diingatkan nama taufan yang dicadangkan boleh sahaja menggambarkan buah, tumbuhan, individu, binatang dan sebagainya.

Menarik juga, Filipina, melalui sebuah jawatankuasa meteorologi bertindak sendiri menamakan taufan yang melanda negara mereka. Misalnya, taufan Xangsane sumbangan Laos yang bermakna gajah ditukar menjadi Milenyo apabila ia menghampiri Filipina.

Seperkara yang penting, mungkinkah nama Taufan Durian, yang sekarang membelasah Filipina dan Vietnam itu adalah cadangan Malaysia memandangkan ia adalah buah yang diberi julukan ‘Raja Buah’ di negara ini?

Laporan AFP dan Reuters sebelum ini menyebut bahawa, Durian diambil sempena nama buah yang sangat popular di Asia Tenggara. Tetapi sebenarnya, Durian itu ialah nama yang dicadangkan oleh Thailand, bukannya Malaysia.

Thursday, December 07, 2006

UEFA CHAMPIONS LEAGUE



first two clubs in each group layak utk masuk round of 16... perhatikan group G ye... heheheheh...
(sumber : Uefa.Com)





so siapa yg menang champions league tahun nie? kita tunggu dan lihat...

Tuesday, December 05, 2006

NOVEMBER ELEVEN TWO ZERO ZERO SIX....



assalamualaikum,

alhamdulillah, allah masih meminjamkan hambaNya kpdku utk aku terus bernafas dan hidup di atas hambaNya ini... genap sebulan aku tak update blog aku... agak sibuk + buat² sibuk dgn segala urusan, dunia mahupun akhirat...

ape cerita ye? week after my last update tu, spent time dgn akak aku + family dia since dia balik london on 18th tu... aku amik cuti one day, pergi zoo negara yg kat belakang ghumah aku jek huhuhu... dapat jugak la aku jumpa anak buah aku, yg sulung nih...lepas nih bulan june 2007 camtu dapat anak buah no 2 (kan kak heheheh)... pastu tengok la ntah² dapat anak sendiri plak 2008 tu hahahaha...

week after that, menyibuk² dgn kerja kat ofis... kay (current head of financial management unit) tendered... boss aku panggil aku, aku kena replace tempat tu (again...) hmmm... function treasury aku nih akan ada org lain yg ganti (dah masuk dah pun)... so takpe lah, dunia ni bulat, kadangkala kita kat atas, kadangkala kat bawah (uiks, tak relevannya)... my reaction : takde ape² reaction, suka or tak... at least aku patut bersyukur sebab ramai org tak dapat kerja mcm yg aku ada sekarang nih... within 3 years, you have done so many jobs : finance operation, financial system, account management, reporting, budgeting, cash flow management, money market, bank reconciliations, etc etc... ini bukan RM1m worth of company, tp RM1b worth! just imagine... ape² pun, semua tu akan jadi experience yg amat berharga utk aku, for my own career development in the future...

next, spent masa dgn program² yg dah lama aku tak join... minggu ni plak aku agak tak sihat... MC hari khamis n isnin the next weeknya... flu paling lama setakat ni selama aku hidup... semuanya ujian allah... aku redha, n semoga ini dapat menghapuskan dosa² aku...

apa lagi? dah la sesikit kot... sebahagian drp 'urusan allah' dah aku selesaikan... semoga allah memakbulkan doa n impian kita semua...

pen off... nak tido dah, esok cuti... ha? esok cuti? yahoo!!! abiskan cuti la hehehehe... aku nak layan dvd plak... malam ni arsenal tak lawan, so boleh tido... esok baru kena tengok...

wassalam...

I was lonely,
I needed someone, to see me threw,
I was at the, end of my rope,
I needed someone, to cut me lose
Then an angel, out of the blue,
Gave me the since that I, might make it through
And somehow I survived, with no rhyme or reason,
And now I know I'll make It,
Through the miracle of you

I know the Color Of Love (And It lives in side of you)
I know the color of truth (Its in the image of you)
If it comes for the heart, then you know that its true
It will color your soul, like a rainbow (Like a rainbow)
And the color of love, is in you

Like a bridge,
Over troubled, troubled water
You stood beside me, stood beside me
And your love, did not falter
And then the angel, angel in you,
Gave me the strength to know,
That I will get through,
And that’s how I survived, ain't no other reason
And now I know I'll make it, through the miracle of you

So girl I want to thank you,
I can't thank you enough,
For showing me the meaning,
The meaning of true love,
(When I was lost and so in need you opened up your heart)
(When I needed you to comfort me you opened up you arms)
(I couldn't face another day you said don't be afraid)
You showed my heart the, showed me the way

Ohh, the color of you