Sunday, April 25, 2010

Anak patung yang menakutkan...

On weekend, kitaorg pergi parkson, pada niatnya (niatjelah) just nak beli beberapa bekas pyrex sebab kitaorg dah berjaya mengumpul setem dari parkson untuk melayakkan membeli pinggan pyrex dengan harga diskaun yg murah. For bonus link card holder hanya perlu kumpul 10 setem, 1 setem=RM30, untuk dapat beli mangkuk+periuk brand vision or pyrex with 60% diskaun. WOWW!!.(haha)

Tetapi niat yang suci itu telah bertukar menjadi ngeri kerana agenda yang sepatutnya dilakukan tidak menjadikenyataan. Kenyataannya ialah kami telah secara "sengaja" membeli .....







Tapi berita gembiranya instead of 10 setem skrg dah ada berpuluh setem dah, so bolehlah beli pyrex banyak sket.hehe.Ada sapa-sapa yg nak tumpang sekaki ke?

Owh,kalau ibu+ayah berpeluh-peluh dan tangan yang agak terasa berat bila membayar barangan yg dibeli, Sofea plak sgt gumbira kerana akhirnya dia mendapat baby baru. haa... baby baru yg hidup tau, Sofea yg baru nak 2 taun dah dapat baby dah. Wah!!, i dah dapat cucu gitu!. Sekarang nampaknya anak2 sofea dah bertambah jadi 3org. (Orangke?). hehe, Baby comot+tweety bird+baby alive. Kalah ibu dia baru ada sorangje.. ~wink~

Basically baby alive ni macam baby betullah, macam dulu masa kecik-kecik kan main mak-mak kan? beranganje lebih. haha. So, this baby alive lebih kurang camtulah.. Just like real baby that can "eat" can "poops" (atau dlm bahasa lain "berak"), ha.. baby ni boleh cakap "mommy, i'm hungry", pastu kita kena sediakan special doll food and feed baby ni, Bila agak2 kenyang baby sendawa BURP (sgt tak senonoh gurl burp sekuat itu oke?), then startlah dia cakap "mommy,i've made a stinky.. dengan muka sedihnya.. Laa betul2 plak baby ni "membuang". Dah mommy dia kena tukar diaper, then baby akan ajak play & sing pastu dia menguap and nak tido.. tido berdengkur lagi.

Ish.. sebenarnya kan baby ni cam scary sket, kadang2 terbayang plak buatnya malam2 dia hidup cam cerita "childs play" tu sekali dia cakap "Hi, i'm chucky, do you wanna play with me?.."

Eeee ngerikan??ish, takkan nak pulang balik kot doll ni.Oklah nak tidolah..takot!!.

babai.

Friday, April 09, 2010

Bersyukurlah...

Ntah nape tiba-tiba nak tulis pasal bersyukur ni(dpat ilham),tapi di saat ini saya sgt rasa besyukur sbb:

  1. saya berjaya update blog yang bersawang ni (ok le tu,patut bersyukur oke! =)
  2. memilih mengakhiri zaman bujang pada usia 24. (ok, yg ni bersyukur dapat ikut sunnah nabi di saat rakan2 lain ber'enjoy' saya dapat pahala. :)
  3. mendapat hubby yg sgt sayang kat saya (ya, hubby sy yg terbaik!)
  4. Ada abah yg sgt hebat! (ayah saya sgt kelako dan suara beliau (beliau??, sgt skema) sangat sedap dan merdu)
  5. Ada ma yang superwoman! (ma saya cikgu yang hebat + garang. hehe)
  6. Ada adik beradik yg best! (bole makan maggi dlm stor beramai2, makan jajan besama2, main gusti-gusti, berbagai pertandingan yg agak "budus" tapi sgt semangat untuk menjayakannya.)
  7. Ada mertua dan ipar duai yg sgt sporting (bukan sume org dapat macam apa yg saya dapat)
  8. menjadi ibu diusia 25 (dapat rasa nikmat jadi ibu,)
  9. saya sempurna (mengikut komen2 dari public, masa i sek men diaorg meng"assosiate" muka saya seperti erra fazira! - sila jangan muntah. hahaha!)
  10. Anak yang cantik (Sofea mewarisi kecantikan dan kehenseman parentsnya! - ini confirm. haha!!)
  11. Dapat beli umah masa umur 24. (Tak sume org masa muda dah pikir untuk beli umah. asset is important!)
  12. Dapat kerja di company besar (berangan keje kat bank dari kecik akhirnya dapat jugak, di saat rakan2 lain menganggur sy dapat kerja pas grade. Owh skrg dah jadi lecturer plak. Sgt suka!)
  13. Bekerja dgn org2 yang memberi pengalaman buruk dan sedikit pengalaman baik (ye, pengalaman itu membuatkan sy sgt bersyukur)
  14. Dapat jadi anak cikgu (ye, sgt best sbb dapat bnyk keistimewaan, boleh makan makanan special, dapat susu coklat percuma, masuk darjah satu masa umur 6 taun, darjah 2 masa umur tujuh taun.)
  15. Saya orang Islam (serius oke!)
  16. Masih berada di bawah pemerintahan org melayu(ini juga amat serius)

Apapun sebab untuk bersyukur sebab paling utama saya besyukur sebab ALLAH beri saya nyawa untuk saya BERNAFAS.. Terima kasih ya ALLAH, bersyukur padaMu...

Wednesday, March 10, 2010

Bersawang

Tolong!Tolong!!!,blog ni dah bersawang!!.tolong!!!.
hahaha.
itu je entry kali ini.sekian terima kasih.hahaha

Monday, December 28, 2009

Sofea oh Sofea


Pejam celik pejam celik sofea dah setahun setengah dah. Rasanya cam baruje dia lahir. I remember masa dr pregnantkan sofea bnyk kali kena gi hospital pantai tu. sampai nurse dah kenal sgt. Awal pregnant bleeding pastu diabetis plak memanglah kena ambil darah tiap bulan sbb kena control diet.

Masa pregnant i was soo active aku pun xtau sbb apa. aku tak bole duk diam dlm ofis and kebetulan that time PNB nak buat Minggu Amanah Saham yang kebetulan jugak Melaka jadi tuan rumah. Aku adalah antara yg sibuk drive ke sana sini, gi muar, tampin seluruh melaka aku jelajah bg seminar perancangan kewangan and mewarwarkan MSAM tu kat orang melaka. Lastly by 34 weeks dah masuk wad sbb time tu dah bukak 3cm betul-betul after habis program tuh. Dan paling lawaknya aku ingatkan sakit tu sakit pinggang biasa and sampailah ke hospital nurse bising sbb napa aku tak gi hospital awal-awal. Akibatnya kena warded seminggu sbb sofea masih tak cukup bulan and takut komplikasi diabetis aku. Doktor bg cuti lagi seminggu tapi aku gi keje sbb bnyk keje yg xsettle and i got no pembantu yg boleh takeover my place. Relaxje aku bole gi keje and tepat seminggu terus masuk hospital balik and sofea pun lahirlah cukup 36months.

Itu pengalaman dulu, sekarang sofea dah besar, cantik, dan tersangatlah aktif. keletahnya buat kami sgt terhibur dan sesungguhnya aku sgt bersyukur pada-NYA kerana menganugerahkan puteri yang sempurna kepada kami.

Terima kasih YA Allah.

Sunday, December 27, 2009

Christmas yang BUSUK..

Haah.. memang christmas taun nie dinamakan krismas yg busuk sebab kami kena food poisoning yg menyebabkan toilet bowl kena bekerja berganda membersihkan sisa-sisa toksik berlebihan dari perut. Arghhhh!!!!. Aku rasa kalau toilet bowl tu boleh cakap mesti dia dah sumpah seranah kitaorg sbb x sanggup asyik "di terjah" dan "di kerjakan" oleh kami. Malangnya nasib..

Confirm aku x nak pergi "delifrance" lagi.

OWH dah mai dah.....got to go. ARGHHHHH!!!

Friday, November 20, 2009

Perempuan gemuk VS Lelaki gemuk??

By:lagi-lagi Mrs dwen..



Mari kita tengok dialog berikut.

Perempuan A : Eh, aku tengok ko makin gemuk ar? ko mkn badak ke sampai jadi gemuk cam menatang tu ni? (ayat kurang ajar)
Perempuan B : Dalam nada risau sambil mengunyah twisties.. "ha? yeke?. gemuk sgt ke? ala, camni. kena diet ni. kalau x laki aku karang cari perempuan lain plak.

situasi ke 2..

Lelaki A : Aku tgk ko cam makin sihat dan membesar bagaikan johan je skrang? Yelah, dah ada org jaga makan.
Lelaki B : haah.. aku x kisahpun, buncit ni tandanya bahagia..

Ha.. nampak tak perbezaan ayat-ayat di atas? Beza ayat laki dan perempuan dan cara-cara counter attack laki & perempuan. Laki lagi 'cool' kan?

Apa kata hari ni kita membincangkan tentang lelaki gemuk, atau perempuan gemuk, atau orang yang mempunyai keluarga yang semuanya diameter perut yang tidak boleh diampunkan dengan babat yang berlapis-lapis dengan lemak-lemak yang menggelebeh meliputi badan. Ha, tu topik kita today. Boleyke??

Memang aku dapat memahami perasaan orang perempuan yang dilabelkan "gemuk" or "gempal" or "gendut" ni. sememangnya akan ada perasaan 'jealous' dengan tubuh 'fit' orang yang dia jumpa or patung-patung di shopping kompleks yang memakai baju idamannya. Sungguh aku faham sangat!!

Mungkin kebanyakannya dah puas mencuba macam-macam teh kurus, teh halia, pil kurus, jus kurus, segalanya untuk kurus atau bertahun-tahun cuba mengurangkan lemak, minyak dan garam, cuba berdiet serba sikit, siap tampal gambar fitness model si polan di dinding sebagai motivasi tapi sesia belaka sebab kiraan di scale sentiasa berganjak ke angka yang lebih meriah.. Ya..

Dalam fikiran perempuan di label gemuk yang belum berkahwin "Hmm.. nampaknya x de sapalah yang nak pinang aku ni selagi x kurus". Dalam fikiran perempuan yang di label gemuk yang sudah berkahwin " apsal, laki aku ni lain macamje.. ntah2 ada perempuan lain x? yelah.. aku kan dah gemuk..". Abis tu, kalau betul pun nak buek camne kak oii. Memang dah lumrah alam camtu.

Mungkin bagi lelaki beza sket sbb aku rasa laki ni lebih pikir positif. Bagi lelaki plak gemuk tu lambang pada kemewahan, kebahagian dan kemakmuran. Tengok, boleh kata orang-orang yang berduit dan kaya raya semua perut buncit. Kebuncitan/kegemukan bagi lelaki juga bermakna dia seorang yang sasa lagi kuat dan berkuasa. Tengok, mana ada hero-hero or org kuat yang kurus kerimping? semuanya gagah perkasa. Tak pun tengokjelah santa claus tu.. disayangi dan menjadi idola kanak-kanak seantero dunia. Sebab apa? sebab dia akan bagi hadiah time christmas. Mana ada santa claus yang kurus?? adake? x de kan?

Tp bila part mencari jodoh pandai plak pilih. Teringat plak time belajar dulu kawan lelaki aku ni cakap "aku nak perempuan yang genit & comel". ala, macam kuman & kumin tuh dapat kawin pempuan comel and kecik molek". Dalam hati aku, karang ada gak pelamin kau jungkit sebelah. HAHAHA.. ko lupake saiz badan sendiri atau ko pikir ko pun genit jugak? Ada hati tu nak pilih2. (kalau aku cakap terus terang agak-agak mesti aku kena penampar free kan?)

Tapi untuk perempuan memang sememangnya perkataan "G****" tu sgtlah scary!!. mungkin dah lumrah perempuan suka jadi cantik. supermodel yang kerimping macam kena papan tu jugak yang jadi idola. Aku pun macamtu jugak, sgt risau bila angka timbang macam bergerak melebihi separuh angka timbang tu. Tapi x delah nak jadi cam papan.

Memandang diri sendiri dalam cermin, pasrah je lah. Terimalah diri seadanya. Tak guna nak benci diri sendiri sebab tuhan dah jadikan diri kita sume cantik-cantik. Gemukke kuruske semuanya samaje pada tuhan, yang bezakan cuma amalan.

Dan akhirnya, aku sudahi kalam ini sebab coklat yang aku makan time tulis ni dah habis. nak gi cari stok mknn lain.. ~wink-wink~

P/s : Anie : B, camne ni.. ibu dah gemuklah.. (sambil muncungkan mulut tanda tidak boleh terima kenyataan)
Hubby : ala, gemukke kuruske abg tetap syg ibu oke?

Thursday, November 19, 2009

Awak macam tu ke?

by:seperti biasa mrs dwen yang... (x reti-reti lagi).

Macam tu, macam apa? ala, macam tu lah macam gitu-gitu. Ha??. apa punya statement daa. Takdelah, aku rasa mungkin kebanyakan orang yang bekerja akan mengalami situasi ni. Siapa yang tak pernah tu.. kalau aku nak keje kat situ bole tak? hehe.

Pernah tak, bila time buat kerja semua orang harapkan kita, semua takut salah, takut nak buat sebab nanti kena kutuk kalau salah. Masing-masing tolak menolak. Akhirnya bila kita yang keluarkan idea dan kita juga yang beranikan diri membuat perkara tersebut, bila tiba dapat pujian or recognition orang lain pulak yang sibuk. sakit hati kan?

Biasakan, orang dalam dunia yang suka ambil kesempatan pada org lain. Padahal bukan dia yang buat kerja, orang lain punya usaha. Ada jugak bos yang kaki menipu. Nak selamatkan diri tuduh pulak orang lain walhal, orang yang dituduh tak tau menahu sampailah terkantoi.

Ada jugak, ni lagi biasa. Orang yang mulutnya tak benti mengutuk majikan or company."huh, apa punya company, bagi bonus ciput", dan dari mulutnya tak pernah berhenti dari bertasbih mengeluarkan kata-kata yang keji seolah-olah dia orang yang layak pegang jawatan tu. Tapi yang herannya orang macamni sanggup kerja sampai bertahun-tahun ada yang sampai puluh tahun kerja situ, yang bagi anak bini makan dari gaji yang company dikutuknya tu beri.

Nak je, aku cakap en dot.. dot or pn dot dot, apa kata awak berenti keje je dari sini. Ada pun menyusahkan orang!!. boley??

Kahwin oh kahwin..

By : Mrs Dwen d cantiks.

Kawinlah, asal bahagia. Bila melangkah ke alam perkahwinan mestilah fokusnya nak hidup bahagia sampai air hayat.. Betul x? if ada yg ckp tak betul alamat tak lamalah tu (nak kena ganyang ngn bini dia).

Bila bercinta, macam nak rak. Sampul gula-gula pun nak simpan, silap-silap tisu ada hingus pun simpan gak. eee geli you! u-weks!!. Yelah, "lautan api pun sanggup abg renangi tau yang". ceh, kolam kecik pun tak tentu lagi nak berenang. Dulu bolelah kot sbb time bercinta badan macam ala-ala erra fazira, primadona gitu.Sekali bila dah anak 5, ha amik kau, dah mcm erra dlm cite cinta kolestrol!!.. lemak meleleh-leleh keluar. Time tuh, ha.. if wife lemas, biarkan tenggelam lg bagus. karang susah plak nak kena angkat. xlarat, katanya kena pakai kren lagi!! alahai nasib badan..

Apsal plak cite pasal kawin mawin nih? Sebenarnya cite nih ada kena mengena ngan hidup aku. Eh,bukan ngan my hubby ok? kitaorg bahagia tau!!. (betul,tak tipu). Aku pelik lagi musykil agaknya memang dunia dah nak akhir zaman kot.. Kawin, ada yg lebih 10 tahun, ada yg dasyat sampai becucu. Tapi at last bercerai, hidup terseksa, derita macam-macamlah yg tak sedap didengar. Napa jadi camtu? Kadang-kadang aku tak berapa paham kenapa mesti bercerai bila dah lama kawin. Tapi itu tak faham bukanlah bermaksud aku ni bebal, Oh no!! Tapi selalunya bila poligami akan jadi macamtu, atau alasan lain, xbersefahaman? ha.. ni lagi musykil x bersefahaman tapi anak dah berderet.. camne tuh?

Aku sedih bila benda ni jadi pada saudara mara terdekat, bila aku teringat kebahagian hidup diaorg dulu, tiba2 habis hancur semuanya sebab orang ketiga.. apapun hidup mesti diteruskan, sama-sama bina hidup baru. Yang penting biarlah nasib anak-anak terbela. Mana tau hidup menjadi ibu tunggal mungkin lebih baik dan bahagia dari apa yang dapat sekarang.

Kepada yang belum or lambat dapat kahwin jgnlah rasa down sangat. Biarlah lambat kawin asalkan hidup sentiasa cemerlang dan itu lebih baik daripada cepat kawinnya tapi cepat juga cerainya. Kepada hubby tersayang, sama-sama kita membina bahagia atas perkahwinan ini hingga akhir hayat.

P/s: "kalau hidung still berhingus, tok sah mimpilah nak kawin, tapi kalau hidung tu asyik berhingus je mungkin tanda org menyesal bila berkahwin" ~hwa hwa hwa~

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN


assalamualaikum wrb,

alhamdulillah, allah masih mengizinkan kita semua utk menghirup udara pinjamanNya. syukur juga kepadaNya dgn limpah dan kurniaNya dapat kita sama-sama menunaikan ibadah puasa selama sebulan. di tahap manakah puasa kita pada kali ini?

lama jugak aku tak update blog ni. rasanya dah 2 bulan kot. agak sibuk since july. seorang staf aku on maternity leave so agak kekurangan tenaga kerja jugak la. time ni plak sibuk dgn preparation of business plan, so terkejar-kejar jugak la dari melaka ke cyberjaya. so blog pun memang last priority la.

di kesempatan ini, kami (noridzuan, zuraini & hani sofea) ingin mengucapkan selamat hari raya 'idul fitr kepada semua umat islam local ataupun international. kami memohon maaf zahir dan batin jika ada kesalahan dan kesilapan yg sengaja atau tak sengaja kami lakukan. ada kesempatan, datanglah rumah kami di melaka.



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Wednesday, July 15, 2009

Man.Ur + Arsenal d Gr8est + SOFEA


salam,

not so much things to be shared today. semalam Pakatan Rakyat - PAS menang di PRK DUN Manik Urai. majoriti tipis, 65 undi sahaja. walaupun begitu, rakyat masih boleh menilai mana intan mana kaca. berjuta² RM ditaburkan HANYA utk PRK ini sahaja. janji jambatan telah dibuat, kota agropolitan la, dsb. itu belum lagi 'sumbangan' RM300 - RM700 seorang utk penduduk Manik Urai. ntah la, no comment la. kita boleh menilai.

baik aku cakap pasal bola. lagi best. lagipun EPL season 2009/10 dah nak mula. kita saksikan player MU (Manik Urai?) dah mula meninggalkan clubnya utk ke club² yg lebih berduit. ada yg ke real madrid, ada yg ke manchester city. apa yg tinggal hanyalah senior² yg bila² masa sahaja hantar surat resign utk retire hehehe.

arsenal pun apa kurangnya. tp season kali ni bermula dgn agak positif bila membuat pembelian awal. defender thomas vermaelen telah sah ke arsenal for undisclosed fee. van persie sign long-term contract baru dgn gaji yg lebih masyuk pastinya. yg lain tiada perubahan, selain gaji dan contract yg direvise sejajar dgn prestasi season 2008/09 yg lepas.

rumours terbaru - adebayor akan ke manchester city fgn yuran perpindahan mencecah £25 juta! 3 tahun masa arsenal beli, harga dia £3 juta je. what a worth investment!

pada aku, biar je la adebayor pergi. dia pun bukan dah ada hati sgt dkt arsenal tu. walaupun last season arsenal dah double gaji dia dari £40k ke £80k seminggu, prestasi dia makin merudum. bila manchester city offer dgn gaji yg lebih menawan iaitu £170k seminggu, kalau aku pun mau pikir 2 3 kali jugak. footballers, dia punya retirement age bukan cam keje pejabat. 30 tahun tu dah boleh buat farewell party dah tu.

bila dia pegi, arsenal boleh main formation 4-5-1. rvp dkt depan. cesc mcm biasa akan lead midfield. di posisi wing ada walcott dgn arshavin. dibantu lg dgn song dan nasri midfield. nasri pun tgh digroom dkt tempat tu, cuma song yg perlu diperhatikan. perlu ada new experienced defensive midfielder utk ganti tempat song skrg, dan beri peluang pada song utk sharpenkan skill dia lagi.

cesc akan ke belakang sikit pastu nasri akan diswitch utk main ke flank sikit. next season dah ada ramai creative midfielders. ada rosicky, diaby dgn denilson pun ada lagi utk merebut tempat tu. jgn lupa arsenal masih ada young talent ramsey dan jack wilshere utk bagi saingan sikit dgn senior player.

back four, vermaelen mengukuhkan lagi defender yg sedia ada. cuma yg perlu skrg lagi ialah defensive midfielder utk membantu back four. yg lain, cari goal dkt depan tu hehehe.

so, no replacement for adebayor diperlukan. £25 juta tu boleh beli sorang defensive midfielder dan beberapa young talents yg dah menjadi polisi arsenal utk dalam shoppinglistnya.

abis cerita arsenal. cerita lain plak.

aku dah start belajar balik. ambik professional paper. rasanya utk tempoh² mendatang ni, advance education perlu utk aku. nak harapkan degree yg ada ni je susah, nanti² berlambak² workers yg ada degree. so kita kena at least a level beyond them. baru boleh jadi top management hehehe.

esok ada interview for scholarship. nasib baik company memberi support. dan secara tak langsung lama lagilah aku dkt company ni hehehe.

that's all for today. nanti sambung lagi.

eh lupa. anak kesayangan aku tu dah berjalan! sekarang ni dah taknak pegang dah, nak jalan sendiri je. will upload photos of her dkt fotopages aku. mai singgah!

salam..

Monday, July 13, 2009

ACCOUNTANT


In progress... insya Allah...

Malaysia kekurangan akauntan bertauliah

KUALA LUMPUR 12 Julai - Permintaan yang tinggi terhadap akauntan untuk jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kini menyaksikan Malaysia berdepan dengan masalah kekurangan profesion tersebut.

Presiden Suruhanjaya Penasihat ACCA Malaysia, Datuk Mohd Nasir Ahmad berkata, negara kini mempunyai 25,000 orang akauntan yang mana hanya 600 sahaja diiktiraf sebagai akauntan bertauliah.

Beliau berkata, akauntan merupakan satu jawatan yang mendapat pendedahan pendidikan yang menyeluruh di dalam operasi perniagaan.

''Kekurangan akauntan di negara ini tidak ada kena mengena dengan sistem pendidikan negara tetapi sebaliknya disebabkan oleh permintaan tinggi dalam pasaran kerja.

''Situasi itu menyebabkan kebanyakan graduan akauntan tidak sempat untuk mempraktikkan profesional itu sebaliknya terus ditawarkan sebagai peneraju untuk sektor komersial,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau menganggarkan hanya 30 peratus graduan akauntan benar-benar mempraktikkan profesional itu sekarang.

Mohd Nasir berkata, seseorang akauntan biasanya diberi pendedahan yang meluas dalam aspek akaun, percukaian, audit, pengurusan kewangan dan pengurusan risiko.

Kelebihan itu menyebabkan individu yang bergelar akauntan tidak lagi terhad untuk pekerjaan itu semata-mata tetapi turut melayakkannya menerajui perniagaan sebagai CEO.

Beliau berkata, memandangkan profesion akauntan sangat penting dalam ekonomi negara, Malaysia dianggarkan memerlukan sekurang-kurangnya 60,000 akauntan menjelang 2020.

Bagaimanapun, ACCA tidak mempunyai data spesifik keperluan tenaga profesional itu mengikut penduduk negara.

Namun, beliau berkata, di United Kingdom 25 peratus daripada jawatan CEO, ditunjangi oleh akauntan.

Manakala, di Malaysia sahaja hampir 30 peratus daripada CEO syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) adalah diterajui oleh akauntan yang bertauliah.

Mohd. Nasir menambah, profesion akauntan adalah tunjang utama ekonomi pada masa depan dan permintaannya tidak akan terjejas meskipun dunia dilanda krisis ekonomi.

Sunday, June 21, 2009

SOFEA CAN WALK!


assalamualaikum wrb,

wah wah wah, lamanya tak update. penyakit malas datang la tu. almost 4 months aku tak update blog huhuhu. biasalah sibuk ngan urusan duniawi. hehe. ok la, dipendekkan cerita, aku nak share satu berita gembira. hani sofea dah pandai jalan! by the way umur dia dah hampir 13 bulan. ada org kata kalau dah setahun baru pandai jalan tu maknanya lambat la tu. sofea nie dari memang dah lama bole tatih sket-sket. tp dia malas. bila suruh walk dia akan duduk. agaknya dia confius kot "walk" dengan "sit". hehe. tak kisah la, janji ibu n ayah are happy for you sweetheart!

nie lah progress our baby gurl setakat nie:
1) sebut horse dia akan goyang macam tunggang horse jugak
2) bila dengar orang zikir i.e. lailahaillallah dia akan goyang jugak
3) dah pandai jalan sket-sket. sometimes dia marah bila kita pegang tangan dia sebab dia nak jalan sendiri
4) Dah pandai minum air with straw
5) Dah pandai sebut beberapa words like mama, yah(ayah), dirty, catty(cat)
6) Suka sgt lagu baa baa black sheep and twinkle² little star
7) Bila berenti swing dia akan goyang kaki means suruh henjut swing sambil nyanyi lagu buai laju-laju
8) Bila sebut 'babam sleep' dia akan baring dan tepuk² bantal and buat-buat sleep
9) Pandai shake hand and flying kiss with mmmuah!
10)Dah ada 6 batang gigi. 4 atas and 2 bawah. (tapi lagi 2 gigi bawah baru nak tumbuh jadilah 8 batang gigi nanti)

apa pun, semoga our baby gurl selalu sihat, ceria and jadi org yang berguna nanti. ayah and ibu doakan the best for you honey!


Saturday, March 14, 2009

Thursday, March 05, 2009

update untuk HUBBY ku..



Ada orang tu kan,dia dah lama sgt x update blog dia,sampai dia kata "dah ramai tertanya-tanya bilalah si dwen nak update blog ni". Tapi kan, betulke ada org tanya?? kalau ramai maknanya kira "femes" gak ar blog laki aku nie. haha.

X apalah, nak wek camno, busy memanjang si dwen ni ha, sebabkan kesian, maka wife dia yang cantik nie lah yang tolong updatekan, so this entry special ditulis untuk hubbyku dan peminat-peminat blognya. Aku ni sokmo baca blog-blog orang, rasanya dari zaman U dulu memang ramai kawan-kawan yang dah ada blog sendiri,aku sorang je yang ketinggalan. Nampak cam senang je, apa susah tulisjelah apa yang nak ditulis. sampai ada blog yang aku baca bole guling-guling ar gelak sbb cam kelakar. kira menusuk hatilah tulisan dia tuh. Kadang2 tuh if terbaca blog2 orang yang "kureng", pandai plak aku komen, ish, apalah wat blog camnie.. tinggal tulis je pun xreti.

Di pendekkan cite, bila hubby cakap dah lama xupdate blog, aku pun sibuk ar nak tolong update blog dia, dengan confidentnya cam tau je. konon tunjuk terer ar nak update blog hubby, ala, apa sangat setakat tulisje, tp pastu baru ku sedar yang aku ni xtau rupanya. Terpaksalah tanya hubby aku, camne nak start ek? kena bukak kat ne?. Pastu camne nak letak gambar sume? haha. Dah dwen kena ajar satu-satu. kesian anie nie, rupanya first time menulis blog.

Benda pertama yang aku terpikir nak letak gambar. Mula-mula ingat nak letak gambar bihun ngan kupang yang kitaorg dah makan tadi, tp cam xbest plak, apalah gambar mknn pun nak tunjuk2. xsedap plak tuh. haha. Orang lain sokmo tepek gambar macam-macam kat blog dia. Tapi aku rasa gambar kitaorg yang terkini xde, sbb xbanyak amik gambar. jadi aku terpaksala tepek stok2 gambar apa yang tinggal kat sini. Kira oklah sebab aku rasa bila korang tengok gambar -gambar kitaorg nanti, mesti korang rasa cam tengok gambar artis. haha.. ada kena mengena ke?? apa-apa jelah, yang penting layan!!



Nie gambar aku (wife dwen) yang telah dicompilekan. Lama aku edit gambar nie b4 aku sendiri berpuas hati dengan gambarku yang 'seolah-olah kurus' dan muka yang nampak fresh gitu. Aww!. Gambar-gambar nie kira gambar 2 taun lepas ar. Sekarang kita tengok plak gambar "current"





haa... nak kata yang terkini xgak, tp kira bolehlah sebab niejelah gambar family yang ada buat masa nie. Cer tengok betul-betul siapa yang banyak berubah? I mean fizikal dia change.. Anie?? ish, xdelah(xnak ngaku). Dwen lah!! hahaha.

Mesti ada yang tepikir, apalah, entry cam xde modal je, sebenanya... memang pun aku xde modalpun. Yang penting aku dapat tepek gambar je. hahaha. Kiranya, pasnie aku tumpang tengok and bagi commentjelah kat dwen bout his blog, sbb aku rasa pening bila tulis blog. Nie pun nak siapkan ayat yang xseberapa dah amik masa sejam. ha, amik!!. Sampai sekarang time aku tengah menulis nie aku terpikir2, napa baca blog org lain cam best ek? bila aku tulis napa cam xbest? ish, sebab dah pening memikirkan dan b4 aku jadi lagi pening sampai pengsan so better aku stopjelah. Tapi, if ada yang rasa tulisanku lagi best dari hubby ku, pasnie aku bolelah tumpang sekaki nyebok2 nak tulis gak. sebab....aku perasan diriku best!! hahahaha.

sekian, entryku untuk kali ini.

Wednesday, March 04, 2009

Thursday, January 15, 2009

I'M 28 TODAY!


assalamualaikum wrb,

syukur alhamdulillah, allah telah memberiku peluang utk hidup di bumiNya selama 28 tahun, dan masih terus memberiku peluang utk hidup di bumiNya sehingga kini. aku bersyukur padaMu ya Allah, dan semoga engkau terus memberikan keredhaan ke atas apa jua yg aku dan keluargaku lakukan. amin...



thanks sayang n sofea, for the lovely cards and present! sofea pun dah pandai tulis ye? hehehe...

Monday, January 05, 2009

AL FATIHAH 2


assalamualaikum wrb,

pada 2 Jan 2009, aku kehilangan paklongku Allahyarham Aminuddin Rosly. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hosp Ampang pada lebih kurang pukul 6 petang.

along merupakan abang sulung kepada abah aku. agak rapat dgn family kami, along pernah juga ke london dgn family kitorang pada tahun 2005 yg lepas.

semoga roh-roh mereka tergolong di kalangan insan-insan terpilih oleh Allah, insya allah.

Al-fatihah...





Friday, December 26, 2008

AL-FATIHAH


Assalamualaikum wrb,

Pada tanggal 25 Disember 2008 yang lalu, aku kehilangan nenekku yang tercinta Allahyarhamah Manisah Ibrahim. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hosp Batu Pahat pada lebih kurang pukul 6.30 petang.

Walaupun aku tak berapa rapat sgt dgn dia, sedih jugaklah sebab inilah mak dgn abah aku kedua-duanya dah jadi anak yatim piatu. Allahyarhamah nenek aku sebelah abah dah meninggal pada tahun 2006 yang lepas. Atuk aku kedua-dua belah dah meninggal lama dah.

Semoga roh-roh mereka tergolong di kalangan insan-insan terpilih oleh Allah, insya allah.

Al-fatihah.



Thursday, November 20, 2008

JALAN-JALAN MAKAN ANGIN


assalamualaikum wrb,

16hb nov sampai 24hb nov hari tu, kitorang pergi berjalan2 makan angin di malaysia. mrs dwen ambik cuti wajib, so aku pun tumpang sekali ambik cuti wajib tu.

kitorang mulakan perjalanan ke bukit tinggi, pahang. kami menginap di colmar tropical, bukit tinggi. resort yg bertemakan bangunan2 'french style', memang cantik utk yg nak honeymoon, or bawa family makan angin.

kami dekat sana lebih kurang 2 malam. selain resort tu, ada juga rabbit park, perkampungan jepun, botanical garden, tak lupa jugak gold course. bowling alley pun ada, maybe utk yg nak activity waktu malam kot. aku recommend la tempat ni. tp satu je yg kitorang tak tahan, makanan dia. mahal sangat utk kita2 golongan marhaen ni. dah la tak boleh nak masak. dicadangkan kalau nak pergi sana, bawa la instant food seberapa banyak yg mungkin. bubur ke, maggi ke etc. janji makan. kalau taknak, boleh la turun ke kampung bukit tinggi, lebih kurang setengah jam dari atas bukit tu.

habis 2 hari, kami teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. kami ke perak, lebih specific ke teluk intan. tido rumah uncle kpd mrs dwen. sampai teluk intan pun lebih kurang petang, so tak banyak aktiviti yg boleh dijalankan. waktu malam kitorang lepak je berehat dkt rumah tu.

esoknya kami teruskan perjalanan ke taiping. tp sebelum tu singgah kedai cik iza tengok2 barang apa yg patut. aunty kpd mrs dwen ni ada kedai di teluk intan, betul2 depan menara condong tu. kedai dia ni agak well-known jugaklah bagi masyarakat di teluk intan. jual jewellery, bag, gelang, etc. recommended kalau ke bandar teluk intan.

kami sampai di hotel di taiping lebih kurang pukul 7 malam macam tu. sebelum tu singgah ke KFC di taiping. singgah juga ke klinik sbb badan sofea agak panas. bila cek, doktor kata panas biasa. so doktor bagi ubat utk kebahkan demam sofea.

di KFC, sofea tunjukkan skill dia. dia menjerit2 sampai most of the people dkt KFC tu tengok dia. anak ayah ni memang best la hehehehe... sofea menjerit sepanjang berada di KFC, jeritan dia bertambah kuat bila ada org agah2 dia. huhuhu sofea sofea...

malam tu kami ke rumah ayahlang di taiping. kami sampai agak lewat sbb berehat kejap di hotel. sampai sana sofea dah tido. dari kami sampai hinggalah balik sofea tido dkt sofea tok alang dia.

besoknya kami teruskan perjalanan. tapi singgah di bukit larut, naik bukit tu. really recommended bg sesiapa yg suka thrill. bukit larut ni terletak berhampiran zoo taiping dan MRSM taiping. nak naik bukit ni kena guna 4wd yg disediakan. bayar RM6 seorang.

kitorang ingat jalan dia cantiklah mcm pergi cameron highland or genting, tp hanya tuhan yg tahu betapa cuaknya hati ini bila dalam pajero tu masa on the way ke puncak. perjalanan ke puncak mengambil masa lebih kurang sejam, dgn kecerunan jalan tu boleh dikatakan lebih 45 degree. bayangkanlah utk naik bukit tu, jalan dia mcm tangga dkt rumah 2 tingkat? bayangkanlah kalau sepanjang2 sejam tu, jalan dia mcm tu. itu ok lagi, nak thrill lagi, hanya satu kereta setiap masa. nak tambah thrill lagi, sebelah jalan tu adalah gaung yg kalau jatuh tu memang confirm HILANG! so ad berani nak cuba naik bukit larut?

bila sampai puncak, takdela ape sangat sebenarnya bukit larut ni. tp dkt puncak tu ada la jugak chalet, yg menurut abg ipar aku, berhantu. zaman dulu, bukit larut ni adalah kawasan peranginan bg penjajah british. masing2 ada rumah sendiri. nasib baik mrs dwen beli tiket for 1 hr je dkt atas tu. kalau tak mati kutu jugakla kitorang kat atas puncak bukit larut tu.

perjalanan naik dan turun bukit larut tu memang 'mengecutkan' perut. yg bestnya, sofea boleh tido masa on the way naik n turun. bila sampai je puncak baru dia jaga. nak tambah thrill lagi bukit larut ni, masa on the way turun, hujan turun selebat2nya huhuhuhu. kitorang hanya mampu berzikir dan berdoa semoga allah selamatkan perjalanan kami tu.

kemudian kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, penang. sampai di hotel lebih kurang pukul 7 malam. masa tu musim hujan di utara, so kami agak rugi sebenarnya. takpelah, since holiday ni dah lama plan, so we stick to the plan.

malam tu kami ambik yana dkt rumah dia, ajak pegi makan. nak cari tempat makan best pun adik aku tak tau jalan sbb dia baru je pindah penang ni. last2 kami ke gurney plaza, tengok barang2 je. pegi makan dkt bandar georgetown, dkt satu kedai melayu org kelantan. tu je kedai melayu yg bukak. yg lain semua nasi kandar.

esoknya kami ke bukit bendera. setelah lebih kurang sejam lebih, sampai juga ke bukit bendera TAPI malangnya tempat tu tutup utk maintenance. amat kasihan kami ini. takpelah, teruskan perjalanan ke tempat yg tak sure ke mana. last2 kami balik, tp lepak di batu feringhi. pun hujan jugak. so takleh la nak lepak lama2 dkt pantai tu. on the way balik hotel tu singgah beli nasi kandar.

esoknya kami teruskan destinasi ke utara tanah air. hari tu masa masuk penang kami ikut bridge, so balik ni nak jugak merasa naik ferry. sampai di kedah lebih kurang pukul 5, rehat kejap lepas tu malam tu kami ke sebuah shopping complex yg aku sudah lupa nama dia, utk pergi McD hehehe... last2 kami dapat makan McD + cadar sofea sbb kat situ ada sale hehehe...

esoknya kami plan nak ke bukit kayu hitam. lepas je breakfast terus ke sana. sampai ke signboard padang besar, terus tukar direction, ke padang besar hahaha. perjalanan agak lama sbb tak banyak kereta.

sampai sana, banyak la jugak borong barang, especially baju sofea. baju murah2 compare kalau dkt kedai. dkt blog2 yg jual baju baby pun tak bleh lawan harga dkt padang besar hehehe. mrs dwen pun ada jugak barang yg dibeli, aku pun sambar jugak satu jersey ragbi yg memang aku cari dari dulu.

kami sampai di hotel lebih kurang pukul 5. malam tu keluar makan di satu restoran yg konsepnya mcm foodcourt dkt jusco. ada satay, ada claypot, ada western food, ada jugak nasi pulut.

itulah lebih kurang catatan perjalanan kami masa cuti hari tu. sebenarnya tak habis lagi, sbb dari kedah tu, kami terus ke johor, balik kampung mrs dwen. esoknya sofea nak dikhatankan. dah besar dah anak ayah ni.

best juga jalan2 cari makan ni. tp kena betul pada kos dia lah. kena budget bebetul, kalau tak soru miss jugak hujung bulan hahaha...

nanti aku sambung lagi.

Wednesday, November 19, 2008