Monday, March 31, 2008

MMU oh MMU...


assalamualaikum wrb,

mmu tak boleh nak di'list' dlm world ranking of universities... patutla mmu tak boleh nak register, rupa²nya no 3 dlm malaysia...

boleh refer dkt sini

wsalam...

Tuesday, March 25, 2008

CATATAN vs CACATAN...


(ditulis pada 25 march)

assalamualaikum wrb,

lawak lawak... bila semua negeri dah ada MB/ketua menteri, ada la plak satu negeri yg takde MB lagi... bila sultan dah lantik org lain, 'mamat tu' (baca:PM) nak org lain, kononnya dah bg watikah la itu la ini la... ini negara ada sultan la sedara, bukan takde sultan... pastu ckp calon MB yg dilantik ni bertentangan dgn perlembagaan... lembaga apa ni? lembaga 'mereka' (baca:umno) ke perlembagaan negara?

bila salah satu parti dlm kerajaan campuran dkt perak plan nak boikot angkat sumpah MB baru, kecoh team 'mamat tu' ckp parti tu derhaka la itu la ini la... yg pastinya 'mamat ni' (baca:DAP) dah minta maaf secara terbuka... so bila team 'mamat tu' boikot istiadat dkt negeri yg masih takde MB ni, tak derhaka ke? apa la... ckp mcm 'org kulit keruh!

ya allah ya tuhanku, Kau tunjukkanlah kebenaran dan bukakanlah hati mereka² utk menerima agamaMu yg sebenar...

(ditulis pada 20 march, tp tak boleh send)

assalamualaikum wrb,

alhamdulillah, allah masih meminjamkan udaraNya kpd aku utk terus bernafas di bumiNya... hari ni cuti umum sempena maulidurrasul, sempena kelahiran junjungan besar Rasulullah s.a.w. (12 rabi'ul awwal)... since esok tinggal sehari je kerja for this week, aku pun ambik jugak la cuti hehehe...

minggu ni banyak benda yg berlaku yg best... alhamdulillah, rezeki allah... politik tanah air, PM announce kabinet dia, yg dikatakan kabinet 'menyelamatkan diri'... banyak yg disingkirkan i.e. rafidah aziz, radzi sheikh ahmad, JJ, etc... ada yg dah dilantik, tp taknak plak i.e. anifah aman n tengku azlan... ada yg kalah pastu letak jawatan i.e. khir toyo... dll cerita2 politik malaysia skrg ni...

anwar ibrahim dah ada kabinet bayangan utk 'government in-waiting' dia... makin hari makin panas politik malaysia ni... harapnya kita sebagai rakyat tak tertindas n terzalim oleh perkara2 yg berlaku sekarang ni...

mrs dwen dah 25 weeks pregnant... rasa mcm kejap je, nanti pejam celik dah ada baby... hehehehe... tahun ni beraya bertiga la plak aku :-)... alhamdulillah...

ok la, chiow dulu... wsalam...

Monday, March 10, 2008

WIND OF CHANGES


assalamualaikum wrb,

alhamdulillah... PR12 dah habis, banyak kejutan yg berlaku... inilah yg dikatakan angin perubahan dalam senario politik malaysia... walau tekanan dan bias yg dikenakan dari semua pihak, pembangkang berjaya 'menang besar' apabila drp 222 kerusi parlimen yg dipertandingkan, 82 kerusi dimenangi oleh pembangkang (tidak termasuk 3 kerusi yg belum menbuang undi)... in other words, rakyat telah berjaya menafikan majoriti 2/3 kerusi parlimen utk membentuk kerajaan, tetapi BN hanya sekadar membentuk kerajaan dgn majoriti mudah...

yg pastinya, kelantan terus kekal di bawah PAS (TAKBIR!) pimpinan tuan guru datuk hj nik aziz... ada 4 negeri lg telah jatuh dari BN : kedah, pulau pinang, perak dan selangor... ustaz azizan (PAS) dah pun mengangkat sumpah menjadi menteri besar semalam... perak dijangka dipimpin oleh wakil PAS, IR mohamad nizar jamaluddin setelah barisan 'kerajaan negeri baru' perak (PAS, PKR dan DAP) dah setuju utk melantik wakil rakyat DUN pasir panjang itu sebagai menteri besar perak yg baru... (related info: tajul rosli menangis di kediaman rasmi menteri besar perak yg dah tak jadi rumah dia lagi hahahaha)

(footnote: DAP telah memenangi 18 kerusi DUN, PKR 7 dan PAS 6... ikut bilangan, DAP sepatutnya boleh melantik wakilnya sebagai menteri besar, tetapi dalam perlembagaan malaysia, negeri yg mempunyai sultan haruslah melantik menteri besar di kalangan org melayu islam)

DAP pulau pinang melantik lim guan eng sbg ketua menteri pulau pinang yg baru... di selangor (aku mengundi dkt sini ok!) barisan pembangkang telah membentuk kerajaan campuran dan bersetuju melantik tan sri abdul khalid ibrahim (ex-CEO PNB 1979-1994, ex CEO Guthrie 1995-2003) - profile penuh click here...

semoga perubahan yg akan berlaku sejajar dgn perubahan yg kita semua dah tentukan!

senarai penuh keputusan PR12

Parlimen

BN : 137
BA : 82 - (PAS-23),(KeADILan-31), (DAP-28)
Jumlah kerusi : 222
(majoriti 2/3 = 148 kerusi. ini bermakna BN tidak berjaya membentuk kerajaan majoriti 2/3, hanya sekadar 'simple majority' je...)

*Sabah dan Sarawak masih terdapat 3 kerusi yang masih belum membuang undi.

Dewan Undangan Negeri (Dun)

*Dun Perlis : BN (14), PAS (1) jumlah kerusi = 15
*Kedah : BN (14), PAS (16), KeADILan (4), DAP (1), Bebas (1) = 36
*Kelantan : BN (6), PAS (38), KeADILan (1); = 45
*Terangganu : BN (24), PAS (8); = 32
*Pulau PInang : BN (11), PAS (1), DAP (19), KeADILan (9), = 40
*Perak : BN (28), PAS (6), DAP (18), KeADILan (7), = 59
*Pahang : BN (37), PAS (2), DAP (2),Bebas (1), = 42
*Negeri Sembilan : BN (21), PAS (1), DAP (10),KeADILan (4); = 36
*Melaka : BN (23), PAS (0), DAP (5), = 28
*Johor : BN (50), PAS (2), DAP (4); = 56

Saturday, March 08, 2008

MARILAH MARI, PERGI MENGUNDI...


assalamualaikum wrb,

heheh dah lama tak update blog nih... biasa la, masuk tahun baru, start la audit... audit tu bukan main brp hari, tp bulan pun ada... alhamdulillah dah settle dah akhirnya... final draft dah dihantar ke auditor... next week board meeting... TM pun dah annonce bonus, averagenya lg tinggi dari subsidiary dia... so hopefully ada la berita2 baik sbb financial performance tempat keje aku ni pun baik la jugak compare to sejak 2003 camtu...

hari ni semua rakyat malaysia tunaikan tanggungjawab sbg pengundi... aku dah mengundi dah... pastu singgah pondok panas... rata2 inginkan perubahan... 'kita nak check and balance' kata seorang pengundi tu... semua dah tak larat nak 'ditipu' oleh mereka2 yg dah lama tipu kita nih...

last 3 months ni tak banyak sangat aktiviti aku... asyik audit, audit, audit... kali ni lebih teratur compare to previous years... antara yg jadi isu ialah grants... yg lain ok... tahun ni aku ada plan baru utk cater masalah grants ni... hopefully dpt bantuan dr semua pihak...

mrs dwen dah almost 6 months pregnant... kejap je, rasa mcm baru nikah je semalam... morning sickness pun dah kurang, cuma tak nampak besar sangat... maybe sbb first time kot... ada org ckp kalau first time tu normally tak nampak sangat... baby aku tu pun dah belajar martial arts dalam perut tu... asyik tendang2 je perut ibu dia... sometimes dia main kira2 jugak dlm perut tu, main tekan2 calculator... hehehe tak sangka kan? dah nak jadi ayah dah aku nih... rasa mcm baru je semalam masuk sek rendah... rasa mcm baru je semalam kena ragging kat sekolah... rasa mcm baru je semalam belajar kat melaka... :-)

cuti raya cina hari tu, kitorang pergi cameron highland... that was my 3rd time trip to cameron, dan mrs dwen baru first time pergi cameron highland... kebetulan masa tu PIL* pun pergi teluk intan, rumah pakcik kpd mrs dwen... kitorang di teluk intan dlm 2 malam camtu, lepas tu naik cameron highland... jalan punya la jammed... dari teluk intan dalam pukul 3.30 ptg, sampai hotel lebih kurang pukul 7... huhuhu...

since hari isnin hari tu aku takde kat ofis... hari isnin dgn selasa ada dkt cyberjaya, hari rabu pergi KL, hari khamis pergi cyberjaya balik... hari jumaat je ada dkt ofis... penat tu usah ckp la... nasib baik ku rive sehari je, pergi KL... yg lain semua tumpang org / pergi dgn kereta company...

tu je la kot... so musim2 mengundi ni, fikir2 lah apa yg kita nak... banyak info boleh kita dapat sekarang ni... aku nak tengok berita kat tv pun naik jelik, asyik kempen kempen kempen... kalau fair ok la jugak, ini asik nak 'timbang' jek... kita nak leader yg adil, yg bersih, yg takde scandal, yg tak makan duit, yg memang ikhlas n amanah nak mewakili rakyat... tu je...

ok lah, nanti sambung lagi... nak keluar pergi lunch, abg ipaq nak belanja hehehe...

selamat mengundi!!! 'takde bulan, malam gelap!'