Tuesday, June 21, 2005

JUAL DIRI KERANA TERDESAK?


assalamualaikum,

ada komen? (dipetik dari HARIAN METRO - JUNE 19TH, 2005)

=======
JUAL DIRI KERANA TERDESAK...

SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak.

Punca pendapatan ini secara terang adalah haram.

Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah?

Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa?

Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?

RAZIN
Kuala Lumpur

JAWAPAN

HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang.

Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya.

Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan.

Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa.

Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.

Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu.

Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah.

Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat.

=======

wallahu 'alam...

Tuesday, June 14, 2005

NO TITLE...


assalamualaikum,

buatlah baik pada org lain, walaupun kita dibalas dgn keburukan... itulah manusia, memang tak pernah dan tak tahu nak menghargai org lain... hanya tahu 'kesenangan' dan 'kelapangan' diri sendiri sahaja...

wallahu a'lam...

(nukilan ini tidak berkaitan dgn org lain, hanya luahan hati penulis)