Wednesday, May 18, 2005

PLUS UNTUNG BERSIH?


(sumber UTUSAN MALAYSIA)
-guna dapat bonus?-

=======
Untung bersih PLUS melonjak 190 peratus

KUALA LUMPUR 17 Mei - Pengendali Lebuh Raya Utara-Selatan, PLUS Expressway Bhd. (PLUS) telah menjana keuntungan bersih berjumlah RM487.3 juta bagi suku pertama tahun kewangan semasa yang berakhir 31 Mac lalu.

Jumlah keuntungan selepas cukai itu adalah kira-kira 190 peratus lebih tinggi berbanding RM168.3 juta yang dicatat dalam tempoh yang sama tahun lalu.

PLUS dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia menyatakan, lonjakan keuntungan itu berpunca daripada pembayaran ganti rugi oleh kerajaan serta peningkatan pendapatan tol.

"Kerajaan telah membayar kepada PLUS RM331.7 juta sebagai pampasan untuk penutupan Plaza Tol Senai di Johor mulai 1 Mac yang lalu.

"Pendapatan lain, yang tidak termasuk pampasan tersebut, ialah sebanyak RM405.3 juta, meningkat berbanding, RM393.4 juta pada suku pertama tahun lalu," jelasnya.

Mengulas lanjut, katanya, kenaikan pendapatan itu juga ekoran pertumbuhan 1.6 peratus dalam jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada suku pertama tersebut.

Mengenai jangkaan masa hadapan, ujar PLUS, pihaknya menjangka keputusan kewangan yang lebih baik pada tahun kewangan semasa ekoran kenaikan kadar tol 10 peratus sejak 1 Januari yang lalu.

PLUS mengendalikan Lebuhraya Utara-Selatan sepanjang 772 kilometer dari Utara Semenanjung Malaysia hingga Selatan.
=======

p/s :rakyat sengsara dengan kenaikan tol, PLUS mem'PLUS'kan keuntungannya... isk isk isk...

ANAK AYAM BER'IBU'KAN MANUSIA...


assalamualaikum...

(guna dapat bonus!)

aku ada satu cerita benar nak cerita kat sini... kisah benar ini berlaku di Yuhan, sebuah daerah di China... seorang kanak², yg namanya aku dah lupa, telah membeli 20 biji telur ayam dengan menggunakan wang sakunya yg telah dia simpan sejak beberapa bulan lalu...

sejurus sesudah membelinya, dia mengambil ayam betina kepunyaan ibunya lalu diletakkan di satu tempat... kemudian, dia meletakkan telur² ayam itu utk dieramkan oleh ayam betina tersebut... bagus betul budak nih...

selang beberapa hari, terjadi satu insiden di antara ayam betina tersebut dgn anjing kepunyaan jiran budak tersebut... gaduh punya gaduh, ayam tu mati... maka dengan penuh kesedihan, budak tu pun berfikir la macam mana dia nak dapatkan anak² tu...

dia pun dapat idea... dia ambil telur² tu, lalu dibalut dalam selimut yg tebal, ala² toto gitu... selama beberapa hari, dia tidur bersama telur² itu... boleh dikatakan, tidurnya tak berapa nyenyak, kerana taknak telur itu pecah...

hasilnya, setelah hampir 2 minggu dia tidur tak berapa nyenyak, akhirnya pada satu malam, dia terjaga dari tidur apabila terdengar salah satu antara telur² ayam tersebut menetas... budak tersebut gembira tidak terkata... abis cerita... heheh...

aku pun tak tau berita ni betul ke tak, tapi ada dalam internet... add dia dah lupa.. so pepandai la korang cari nanti ye? jangan marah aaa...

wallahu alam...

Tuesday, May 17, 2005

BOIKOT TEH TARIK!


(ihsan dari Utusan Malaysia - 17 mei 2005)

=======
Harga teh tarik naik

KUALA LUMPUR 16 Mei - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal hari ini mendedahkan ada peniaga yang menaikkan harga teh tarik sebanyak 30 sen ekoran kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan itu tidak masuk akal kerana harga diesel hanya naik 20 sen seliter.

``Sebuah lori boleh mengangkut daun teh yang banyak dan kos dieselnya tidaklah bertambah dengan banyak,'' katanya kepada para pemberita selepas melancarkan produk berasaskan kayu keluaran Ekowood International Berhad di sini.

Teh tarik biasanya dijual antara 80 sen dan RM1.20 segelas bergantung kepada saiz gelas dan lokasi jualan.

Sehubungan itu, beliau meminta pengguna bertindak dengan bijak semasa berbelanja. Turut hadir adalah Pengerusi Ekowood Datuk Kalimullah Hassan. - Bernama

=======

kesimpulan : boikot teh tarik! heheheh... tapi teh tarik sedap... camne ye?

Monday, May 16, 2005

PROMOSI...


assalamualaikum,

anda migrain? sakit kepala? insya allah, segalanya dapat diatasi jika badan kita mempunyai kandungan mineral yang cukup...


trace mineral, supplement yg dapat mengatasi masalah ini... bukan tipu, bukan jual ubat, tapi saya serius sudah mencubanya...

untuk kepastian, sila ke testimonial trace mineral
testimonial lain, sila ke website trace mineral


nak product lain, sila ke http://www.cybershop2u.net/?member=ibn_RF


wallahu alam...

Friday, May 13, 2005

DENDAM


assalamualaikum,

hidup tak baik berdendam... kita buat baik dgn org, insya allah org akan buat baik dgn kita... cuba fahami org lain, insya allah org akan cuba faham dgn kita... sebelum membuat tuduhan melulu, lebih baik periksa dulu... kan?< br/>

BERITA HARI INI...


assalamualaikum,

hari ni masa aku tengah breakfast tadi, aku menjengah la suratkhabar KOSMO! yg member aku beli... ada la satu bahagian tu, semua cerita kat page tu semua cerita pasal org kena hukuman kat mahkamah... apa la nak jadi dengan dunia nih...

di kuala lumpur, penemuan mayat seorang wanita dalam kotak amat memeranjatkan... setelah menemuramah dgn kakak si mati, kakaknya menyatakan yg adiknya ada boyfriend seorang anggota polis yg pernah menyertai Ops Tapis satu masa dulu... sehari sebelum penemuan si mati, kakaknya 'mendapat' SMS dari si mati yg menyatakan bahawa si mati ada masalah... kakaknya juga memberitahu mungkin si adiknya dibunuh atas dasar cemburu...

di putrajaya, pekerja hotel, azman bakar dilepaskan daripada tuduhan membunuh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Norjan Khan Bahadar... ini kerana, hakim mahkamah tinggi menyatakan yg pihak pendakwa gagal membuktikan kes mereka melampaui keraguan yang munasabah...

di (tak tau kat mane), pengakuan bersalah oleh lelaki bisu yg dituduh merogol seorang wanita bisu tidak diterima oleh hakim kes tersebut... menurut beliau, lelaki tersebut mengaku berzina dgn wanita bisu itu setelah wanita tersebut meletakkan bayaran sebanyak rm50 jika ingin berzina dgnnya... instead of dirogol, perempuan bisu ni rela sebenarnya...

di (tak tau kat mane jugak), seorang lelaki tua berumur 65 tahun dituduh menjadi bapa ayam... semasa pertuduhan itu dibuat, lelaki tersebut yg juga rabun dan tak larat berjalan, dipimpin ke dalam mahkamah oleh anggota polis dalam keadaan terketar² semasa berjalan... isk isk isk...

di shah alam pulak, seorang suri rumah berbangsa india direman untuk siasatan kes penjenayah yg amat dikehendaki abad ini, michael soosai... michael soosai juga amat dikehendaki oleh pihak interpol dan diletakkan dalam kategori 'merah', iaitu senarai paling atas bagi penjenayah yg amat dikehendaki... dia juga pernah memalsukan sijil kematiannya... hebat hebat...

ini baru sikit nih... belum lagi baca paper kat online nih... entah la, aku pun tak tau... semoga allah mengampunkan dosa² kita dan menjauhkan kita dari segala perkara² maksiat...

wallahu alam...

Thursday, May 05, 2005

BELI dan DAPAT DUIT?


assalamualaikum,

nih cek yang aku dapat semenjak aku pakai product company ni dalam 2 bulan... tak percaya? serius, aku pun tak percaya pada mulanya...




aku pun taknak cakap banyak... tapi kalau korang nak dapat macam apa yg aku dapat, click sini...

wallahu a'lam...

Monday, May 02, 2005

HARI BURUH


assalamualaikum,

hari ni hari cuti... hari buruh... hari cuti utk buruh² a.k.a. buruh² kasar dan buruh² lembut @ buruh² yang bekerja di pejabat² kerajaan mahupun swasta atau badan² berkanun... buruh² yang bekerja di telekom, jpa, petronas, lhdn dsb (sekadar menyebut beberapa 'employer')...

semoga kita mengambil peluang utk berehat dari menjadi buruh² lembut ini...