Sunday, April 25, 2004

KEMBARA HIDUP

telah jauh aku mengembara
mencari erti hidup di dunia ini
selama ini sering di salah erti
oleh mereka yang bertuhankan hati

ku musafir ke pelusuk dunia
memerhatikan gelagat manusia
ada yang gembira hingga terlupa
ada yang berduka tetapi gembira

terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
terkadang sesat tanpa haluan
sehingga punca hilang di mata
kuturutkan jua hati yang buta

ku pasrahkan padaMu tuhan
segalanya yang telah berlaku
kerana Engkaulah penentu segala
menciptakan dunia penuh pancaroba
tak terdaya rasanya kakiku melangkah

Kau pimpinlah langkahku Tuhan
agar tidaku kesesatan
dari jalan syurgaMu yang ku idamkan
kerana tidakku terdaya menahan siksa neraka
layakkah pula aku untuk ke syurga

ku hanya hamba
yang diciptakan dengan kelemahan
sering daku terlupa
sering jua daku terleka
dengan nikmatMu yang melimpah di depan mata

Monday, April 19, 2004

BLUR II

assalamualaikum,

hari ni, rasa stabil + tak stabil, silih berganti... stabil sebab? tak stabil sebab? hanya Dia yg tahu...

wallahu a'lam...
BLUR

assalamualaikum,

kuang kuang kuang... lamanya tak update... entah la, bukannya malas, tapi kerja banyak kot... biasa la, manusia, tak pernah nak mengakui silap sendiri heheheh... tapi betul tau, memang banyak kerja, nak update pun bukan tak sempat, tapi tak dapat nak bukak template nak update blog nih...

seminggu rasanya selepas aku aku last update blog nih, banyak benda yg berlaku... ada yg gembira, ada yg sedih, ada yg membuatkan aku berfikir, ada yg membuatkan aku rasa tertekan dsb... tapi semuanya ada hikmah, dan ceritanya... cuma aku yg kena pandai berfikir, apa sebenarnya yg Dia nak tunjuk kat aku...

minggu lepas, ada training on student module... buat dekat melaka... overall, ok la, banyak problem yg dijumpai... yg penatnya org² CITS2 la, esther and the gang... tapi aku tak nampak sangat sebenarnya system punya error, tapi user yg punya error... semua ada ego sendiri, malas nak buat kerja banyak sikit, semua nak benda depan mata jek... tak kurang jugak yg tak tau apa yg patut diorang buat... sampai ada benda yg tidak diketahui, siapakah 'pemilik'nya, siapa punya tanggungjawab...

minggu lepas jugak ada meeting dekat melaka... macam budak kecik punya meeting, bosan jek aku... semua nak tuding finance... korang ingat finance nih kena buat semua kerja ke? abis tu korang nak makan gaji buta? ntah la, aku angin la jugak hari tu, terus aku bersuara la sikit kat dalam meeting tu... ntah la... last² aku yg dapat banyak kerja... isk isk isk...

hari jumaat tu, boss aku bagi lagi satu unit suruh aku jaga... billing... tapi utk sementara la, sementara staff baru masuk kat finance nih... so macam biasa, aku kena buat dia punya flowchart la, bosan betul la...

hari sabtu aku pergi PD dgn staff kat finance nih... yg bawak family dalam 4 family, pastu yg lain tu staff bujang... tido dekat desa lagoon, sebelah regency... tempat dia quite best, ada privacy... ada swimming pool, so aku mandi dkt swimming pool jek, sekali je mandi kat laut...

semalam, ada benda yg berlaku kat diri aku... membuatkan aku bengang tak ingat punya la... ada sesuatu yg berlaku, yg rasanya tak perlulah aku type kat sini... cuma apa yg aku harapkan, cuba kita fikir, apa yg diorang rasa kalau org lain buat benda yg diorang tak suka... tu je... mungkin itu satu ujian kesabaran utk aku, dan nyatalah aku gagal utk bersabar...

semoga allah mengampunkan dosa aku... amin...

wassalam...

Sunday, April 11, 2004

DEMAM?

assalamualaikum,

arrgghh!! aku demam arinih... isk isk isk... lama dah tak demam kot, tu yg dia nak datang tu... hari ni patutnya ada meeting luar petang ni, tapi aku tak dapat datang, temperature badan aku panas, badan pun sengal² nih... risau la pulak...

hari khamis hari tu jumpa my CFO, present kat dia apa yg aku dah buat... banyak la jugak, antaranya, FAR (fixed asset register) yg dah aku siapkan 2 3 hari lepas tu, pastu mintak dia endorse user authorisation report tu, pastu yg lain aku explain kat dia apa yg aku dah, sedang dgn nak buat... so far ok la...

dia call aku pagi tu, dia tanye aku pasal farewell party yg aku plan utk kak ju esoknya... aku pun cakap la lebih kurang... aku mintak dia approve supaya semua staff finance break pukul 12 tgh hari, instead of pukul 12:30 tgh hari mcm biasa... dia pun bg... yg keduanya, dia suruh tukaq nombor tepon... ala malasnya... dia kata, 016 nih bukan satu gang dgn telekom... mmu is one of the subsidaries of telekom, so kena la pakai 013 ke, 019 ke... aku diam jek, pastu dia sambung, dia akan uruskan semua registration, dgn pilihan no diserah kat aku... aku pun apa lagi, "sy ikut puan je la" heheheh... tolong le dapat line free, amin.... :D

hari jumaat, farewell party utk kak ju, one of the staff in finance division, staff cik ryn... lama gak dia kat mmu nih, almost 7 years... banyak la jasanya... buat waktu lunch, makan nasi ayam... itu yg aku terfikir utk order, sebab mudah, lagipun kalau banyak² mknn sangat pun takut membazir... 'sesungguhnya membazir itu adalah sahabat kepada syaitan' (ayat quran) mahal pun tak la mahal sangat...

semalam (sabtu), tak buat kerja sangat, lepas kak raha call, pasal refund student tu, aku tolong menolong en sofian pindah, dgn angkat meja dari atas ke bawah la, pastu jadi cits kejap, tolong cek network la, tolong install printer yg tak boleh nak diinstall la, nasib baik tak diminta tolong pindahkan line telefon heheheh... tapi aku tak dapat buat semuanya, tak cukup belajar lagi la tu heheheh...

pening kepala la pulak, tp malas nak makan ubat... kena makan gak kot, nanti tak sihat... aku gak yg susah...

hari selasa kena turun melaka, ada training on student module... ada masa lebih, aku nak discuss dgn kak raha kot... tapi tak tau lagi ada ke tidak masa lebihnya...

wsalam, cya l8er (*.*)/

Wednesday, April 07, 2004

CONFIRM? TAK CONFIRM?

assalamualaikum,

nearly seminggu tak update kot... aku dah semakin busy dgn kerja... busy dgn kerja? ha'ah, kerja semakin banyak... meeting tu tak payah la kira... kta cyberjaya ke melaka ke, kena la pergi jugak... penat? mananya tak penat... tapi apa yg boleh aku buat? benda nih aku rasa sbg satu tanggungjawab aku...

lagipun, dah nak masuk 3 bulan aku kerja kat mmu nih... 3 bulan? kejapnya... tadi masa meeting pun, customer aku masa kat company lama call, nak tanya quotation... aku ingat tak ingat la suara dia... walaupun dah nak masuk 3 bulan, tapi aku sebenarnya masih belum puashati dengan prestasi aku... nampak macam aku 'tak buat kerja'... org tak cakap la, tapi aku yg cakap... nak kata tak buat kerja, banyak la kerja yg ada kat atas bahu aku nih...

semalam, aku baru habis buat standard operating procedure (SOP) untuk fixed asset... benda tu patutnya siap minggu lepas, tapi ada sebab² yg tak dapat dielakkan, terdelay jadi 3 minggu... semalam baru aku submit kat en sofian, nak suruh dia verify... nanti kang submit kat boss terus, menjawap la pulak aku, sebab tak mintak en sofian verify duluh... semalam pun, aku habiskan la jugak utk authorisation user utk finance ICEMS tu... esok ada meeting, pagi petang, tak dapat la aku nak buat 'ayat² power' utk siapkan report pasal authorisation user tu...

tadi meeting kat melaka, more on STF (student trust fund)... banyak pada policy oleh STAD (students' affair n sport division) tadi... aku sangap jek dalam meeting tu, tapi takpe la... dapat la idea sikit pasal STF, maybe boleh aku refer kalau nak enhance system nanti kot...

semoga allah memberi kekuatan utk aku, dalam mencuba utk istiqamahkan benda yg aku buat...

wsalam, cya l8er (*.*)/

Saturday, April 03, 2004

assalamualaikum...

hari khamis, aku pergi melaka... esoknya ada meeting kat melaka... malam tu aku singgah beli kaset baru... kumpulan DeHearty... lagu dia, not bad, aku boleh cakap sedap la... ada 2 lagu yg aku nak share dkt sini... satu tajuk dia 'pasrah segalanya', satu lagi 'kembara hidup'... belilah yg original, pastu boleh buat mp3 heheheh... nak preview, pergi dekat website dia